Director : Cedric Nicolas-Troyan
Writer : Umair Aleem
Cast : Mary Elizabeth Winstead, Miku Martineau, Woody Harrelson
Production Company : 87North Productions, Clubhouse Pictures
Distributor : Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 106 minutes
Release Date : 10 September 2021
Trailer:
Movie bermula dengan misi Kate (Mary Elizabeth Winstead) menembak sasaran yang merupakan seorang yakuza di Osaka. Kate ragu-ragu untuk teruskan misi tersebut kerana kehadiran Ani (Miku Martineau) tapi tak mungkin mereka akan dapat lagi peluang ni.
Sejak kejadian tersebut Kate mula trauma dan minta untuk berhenti namun Varrick (Woody Harrelson) cuba yakinkan dia yang hidup di luar tak semudah yang disangka. Tak lama kemudian Kate diracun dengan polonium-204 akibat misi di Osaka.
Dia cuma ada satu hari untuk balas dendam kepada Kijima (Jun Kunimura) sebab racun polonium-204 tu merebak dengan cepat dan makan organ dalam terutamanya bone marrow. Nak pula bila polonium-204 dalam badan Kate dimasukkan dengan jumlah yang besar. Marie dan Pierre Curie jumpa racun polonium-204 pada tahun 1989. Walaupun ada penawar kepada racun tersebut, keadaan Kate terlampau teruk untuk dirawat.
Bukan mudah untuk berjumpa dengan Kijima sebab Kate perlu berlawan dengan semua peringkat anak buah dalam organisasi tersebut. Kijima juga jarang tunjukkan muka melainkan ada hal penting. Misi membalas dendam dia dibantu oleh Ani yang masih lagi belum mengetahui kejadian di Osaka. Bagi Ani, Kate adalah idola dia tapi bagaimana reaksi dia bilat ahu Kate adalah orang yang membunuh ayah dia? Satu-satunya manusia yang mengambil berat tentang Ani?
Sebelum ni ad abaca dekat blog Kak Sha pasal movie Kate ni sebab tu confident nak tengok bila Kak Sha kata movie ni menarik dengan action stunt yang bagus. Turns out it’s true sebab Mary Elizabeth Winstead sendiri yang buat semua stunt kecuali scene dia kena campak dekat dinding. Masa tu dia injured kena tembak dekat tangan so terpaksa guna body double. Yang lain semuanya dia lakonkan sendiri berbekalkan training sessions di Thailand.
Sinematografi oleh Lyle Vincent dalam movie Kate ni unik sebab menggunakan unsur anime dan gabungan warna-warna neon sepanjang 106 minit ditayangkan. Ada masa dia membantu menambahkan impak pada penceritaan tapi ada beberapa babak jadi terganggu bila subtitle berwarna hijau malap. Tak tahu kenapa pilih warna malap sedangkan warna utama adalah neon.
Memandangkan movie Kate ni berlatarkan bandar Tokyo, Jepun jadi kebanyakan bangunan dihiasi dengan figura anime yang terkenal. For me it’s quite amusing lah sebab anime adalah karya seni yang terkenal di Jepun dan mempunyai peminat di seluruh dunia. Wardrobe team pun menghidupkan lagi budaya tu dengan pamerkan pada watak Ani.
Selain kekuatan lakonan Mary Elizabeth Winstead, pelakon remaja Miku juga mempunyai ruang untuk menyerlah setanding dengan Kate. Watak Varrick pula dah boleh dijangka gerak-geri dia jadi plot twist di second half nampak lemah tambah pula bila dia tak ada assassin sehebat Kate. Nampak pointless bila dia setuju dengan strategi pihak lawan.
I rasa macam tak syok pulak bila watak Kate dibunuh dengan cepat, ni bukan spoiler since watak dia memang akan mati sebab polonium-204 pun. Taka da masalah pun kan kalau pengarah Cedric Nicolas-Troyan buat franchise sebab watak assassin Kate tu power. Dinamik dia dengan Miku pun strong and beautifully portrayed on several scenes.
Kalau buat franchise dah boleh nampak watak Ani berkembang dan jadi sama hebat dengan Kate, silap-silap boleh tapau organisasi Varrick yang masih lagi rahsia. Bajet untuk movie ni tak lah tinggi mana pun untuk pengarah pilih jalan selamat dengan terbitkan satu movie sahaja. Buat sekuel dah tak syok, nak buat prekuel pun tak syok.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10
Dah tengok filem ni. Bolehlah, tapi dah boleh agak Varrick tu jahat. Somehow saya terbayang watak Winstead as Crossbow Killer dalam Harley Quinn so agak kacau di situ.
ReplyDeletedah kenapa dimatikan watak utama? tak best la camtu..
ReplyDeleteyeah!!>> syokkan filem ini tang aksi..
ReplyDelete