Movie Review | Girls Trip (2017)

Monday, 27 December 2021

Director : Malcolm D. Lee

Writer : Erica Rivinoja, Kenya Barris, Tracy Oliver

Cast : Regina Hall, Tiffany Haddish, Larenz Tate, Mike Colter, Kate Walsh, Jada Pinkett Smith, Queen Latifah

Production Companies : Will Packer Productions, Perfect World Pictures

Distributor : Universal Pictures

Genre : Adventure / Comedy / Drama

Running Time : 122 minutes

Release Date : 14 June 2017 (American Black Film Festival), 21 July 2017 (United States)

Trailer :


Penulis terkenal, Ryan Pierce yang dianggap sebagai the Next Oprah kerana kata-kata motivasinya yang memberi harapan kepada pembaca dan peminatnya, dapat tawaran sebagai keynote speaker di Essence Music Festival di New Orleans. Alang-alang dia dapat VIP access dan book 5 star suite, dia ajak geng Flossy Posse reunion dan have fun dekat sana. 

Dah lama dia tak jumpa Lisa Cooper (Jada Pinkett Smith) yang sibuk sebagai jururawat dan membesarkan dua orang anaknya selepas bercerai. Sasha Franklin (Queen Latifah), penulis di blog sensasi, Sasha Secret di mana dia mempunyai banyak gossip panas tentang selebriti Hollywood dan Dina (Tiffany Haddish) yang periang orangnya tapi ada masalah tak boleh kawal sifat agresif dia. 

Flossy Posse terkenal di zaman kolej dulu bukan hanya kerana cantik dan popular tapi pandai menari jugak tapi makin lama masing-masing bawa haluan masing-masing. Dekat first half movie pengarah Malcolm D. Lee paparkan keakraban mereka berempat walaupun Ryan dengan Sasha agak canggung lepas apa yang berlaku 5 tahun lepas. Masuk second half baru pengarah dedahkan apa masalah 4 sekawan tu. 

Kali kedua sebenarnya tengok movie Girls Trip ni dan kali kedua jugak lah berdekah tengok perangai masing-masing dekat festival tu. Walaupun movie ni bersifat women-centric tapi tak lah masukkan elemen feminism pun. Kiranya lebih kepada bagi semangat secara santai kepada perempuan supaya have fun dan berdikari tanpa perlu bergantung pada lelaki yang toksik. 

Setuju je dengan semua yang diketengahkan dalam movie ni tapi part Sasha sampai kena tutup blog dia tu macam a bit stretch lah sebab dia bukannya reka cerita untuk tarik ratings atau viewers pun. Selebriti yang cipta kontroversi tapi bila kantoi nak marah dekat owner blog pulak. It shouldn’t happen at the first place kot. 

Since Essence Music Festival ni dihadiri oleh black people, ramai lah selebriti berkulit hitam yang buat cameo dalam movie ni macam P. Diddy, Ne-Yo, Terry McMillan, Faith Evans dan ramai lagi. Sambil layan kegilaan Flossy Posse sambil berhibur juga dengan persembahan dari semua selebriti yang ada. Performance dari Ne-Yo lah paling best sekali sebab memang suka dengan lagu dia. 

Movie Girls Trip ni ditayangkan secara perdana di American Black Film Festival pada tahun 2017 dan terima banyak pujian sebab jalan cerita yang menarik dengan barisan pelakon yang mempunyai bonding dan chemistry yang kuat dan meyakinkan. Baik komedi ataupun drama, keempat-empat pelakon deliver dengan bagus. 

Banyak juga pencalonan yang movie ni dapat termasuklah Best Movie dan Best Supporting Actress - Tiffany Haddish. Berdekah tengok scene dia masa sembang pasal grapefruit dengan flying fox tu. Dalam movie ni sebenarnya dia ada age gap yang besar dengan 3 lagi pelakon lain dalam 9 hingga 10 tahun macam tu tapi steady je dia tapau watak dia dan menyerlah setara dengan yang lain. 

Movie Girls Trip terbitan Will Packer Productions dan Perfect World Pictures ni ada banyak babak dan dialog kelakar tapi sesuai ditonton oleh golongan dewasa je lah sebab masing-masing pun gersang dalam movie ni. Even mission diorang pergi festival tu pun bermatlamatkan yang itu jadi sangatlah tak sesuai untuk tontonan remaja. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 8.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.