Director : Park Hyun Yong
Writer : Park Hyun Yong
Cast : Son Byung Ho, Son Jin Hwan, Park Myung Shin, Choi Jae Sub, Lee Seon Hee, Lee Do Yup
Production Company : N/A
Distributor : N/A
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 75 minutes
Release Date : 4 March 2021
Trailer :
Filem Don’t Go Too Far yang ditayangkan di Busan International Film Festival mengisahkan tentang kekecohan semasa pembahagian harta oleh pihak peguam yang datang ke rumah bila mendapat khabar Jung Byung Kwon, pemilik harta tersebut sudah nazak. Adik-beradik mana tak bergaduh kalau pembahagian harta tak sekata, si abang sulung dapat 900 juta won sedangkan anak ketiga dapat 300 juta won sahaja.
Belum habis bergaduh tentang harta, mereka mendapat panggilan telefon bagitahu anak si sulung diculik dan wang tebusan perlu dihantar sebanyak 2 billion won. Syarat utama jangan libatkan polis dalam hal ni.
Si sulung mula risau dengan keadaan anak tunggal dia. Dah la nak dapat anak kena tunggu bertahun, bila dah besar kena culik pula. Dia mula merayu dengan adik-beradik yang lain supaya berikan semua harta peninggalan ayah sebab dalam keadaan genting macam ni, duit tak penting tapi nyawa. Susah untuk yang ketiga nak bersetuju dengan si sulung sebab dia perlukan duit pusaka untuk selamatkan kewangan keluarga.
Yang bongsu, Hun Gyu bersetuju dengan si sulung tapi yang kedua masih lagi diam membatu. Tak lama kemudian Jin Ho pulang ke rumah dan mengejutkan semua orang. Rupanya penculik tersebut salah keluarga. Seo Han, anak kepada anak kedua yang diculik. Situasi bertukar bila anak kedua yang merayu kepada adik-beradik untuk kumpulkan harta peninggalan untuk dijadikan wang tebusan. Si sulung mula membangkang bila dia beritahu tentang keadaan kilang yang hampir muflis. Lagi sekali mereka berdua bergaduh tentang harta.
Penceritaan movie Don’t Go Too Far yang ditulis dan diarahkan oleh Park Hyun Yong berkonsepkan stage play dan straightforward. First half memang menarik dengan pergaduhan tentang harta pusaka dan penculikan. Dekat situ saja dah boleh tarik perhatian audience sebab relatable sangat dengan mana-mana keluarga. Bab duit memang boleh jadi tegang walaupun kerana sekecil perkara.
Pandai betul pengarah sorok siapa penculik tu sebab sepanjang masa kita dapat agak yang penculik tu dalam rumah tu juga. Hint paling kuat bila jumlah wang tebusan 2 billion won tu sama dengan jumlah aset peninggalan ayah mereka. Bukan setakat jumlah wang saja yang sama, masa penculikan pun tak lari jauh dari pengumuman oleh peguam.
Tapi macam ada scene yang pelik sebab masa Jin Ho tu balik, takkan lah tak ada watak yang soal siasat tentang penculik tu sebab Jin Ho dengan Seo Han keluar beli snek sama-sama. Ada juga lah scene lain yang patut dikembangkan lagi untuk buatkan naskhah ni lebih menarik sebab movie tak sama dengan teater yang terhad pada bajet atau ruang.
Sinematografi dipaparkan dengan baik terutamanya reaction setiap watak sebab faktor tu yang paling utama dalam filem seperti ni. Lighting dia agak malap tapi tak lah sampai tak nampak sangat sebab semua watak pun berkumpul dekat dengan lampu. Sesuai jugak lah keadaan ruang tu malap sebab senario ketika itu dalam pergelutan yang tak nampak penghujungnya.
Bila dah habis tengok movie yang berdurasi 75 minit ni baru nampak kenapa tajuk movie ni Don’t Go Too Far even dekat minit-minit awal movie ni anak kedua tu bagi pesanan, jangan pergi jauh sangat. Tepat lah dengan mesej dari movie ni bila watak-watak yang terlibat melampau batas. Feels dia sama lah macam tak berfikir sebelum buat hajat. Recommended.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10
Wah.. kalau Farhana Recommended nak kena tengok juga nie..
ReplyDelete