Marks & Spencer China Blue Bath Cream

Saturday, 18 December 2021

Sebelum ni tak pernah pulak tahu Marks & Spencer keluarkan beauty product sebab kalau pergi store dia dekat One Utama memang ke bahagian heels dia je. Tak perasan sebab beauty section dia ada satu shelf je tak silap. Bila Kak Nora offer body lotion dia, baru tahu ada beauty products juga. 

Lotion yang Kak Nora bagi tu dari floral collection, China Blue edition. Tak pernah tahu langsung pasal bunga China Blue ni tapi dia memang wangi dengan bau yang lembut tapi melekat dalam kepala. For me, I fell in love instantly. Since Kak Nora lebih suka dengan bauan musky, dia offer lah kalau nak lotion dia pakai je sebab tu dia letak dekat office.

 

Masa pergi Marks & Spencer try lah cari kot kot ada lagi edition tu sebab China Blue ni seasonal memandangkan bunga dia hidup sekejap je, dari bulan April sampai Jun. Memang sesingkat musim bunga saja. So by that fact, mesti lah tak banyak Marks & Spencer keluarkan. Masa I pergi tu memang dah tinggal sikit. Tak pasti lah dekat store One Utama je macam tu ataupun memang dah nak habis stock. 

Malangnya hand cream ataupun body lotion dah habis which is kind a bummer lah sebab segan lah nak mintak Kak Nora je kan walaupun dia bagi. Kalau pakai orang punya ni, sekali dua pastu calit sikit-sikit boleh lah. Sebab tu nak beli sendiri tapi habis pulak. Lucky for me, bath foam dengan bath cream ada lagi. 

Store assistant tu bagitahu kalau bath foam tu untuk mandi dekat bath tub since dia keluarkan buih banyak. For me yang tak ada bath tub ni baik ambik bath cream je lah. Memandangkan dia bath cream, tekstur dia memang pekat jadi boleh tahan lama sampai 3 bulan. Kalau pakai sorang lah, kalau pakai ramai-ramai sebulan pun dah habis. 

Just like I expected lah, happy betul dengan bau dia. Wangi! Masa mandi happy dengan bau wangi bunga China Blue, lepas mandi pun rasa macam bersepah bunga dekat badan. Wangi dia memang tahan lama lepas mandi. Kalau ada lotion sekali mesti semerbak. 

Harga sebotol Marks & Spencer China Blue Bath Cream 300ml ni RM24, dekat store dan dekat Shopee. Mahal sikit dari sabun dekat drugstore tapi puas hati lah untuk kebahagiaan. Kulit pun lembap lepas guna bath cream ni. Yang tak bestnya satu benda je lah, bottle cap dia bukan jenis pump. Leceh nak kena buka tutup lepas mandi. Untuk travel, secure lah. 

Lepas ni memang kena beli lagi sebab dah jatuh cinta dengan bau dia tapi kalau jumpa sabun atau lotion dari brand lain yang lagi murah dan senang dapat, maybe I'll opt for that one. 

2 comments

  1. menarik bath foam tu. beli je nanti mana tau nak staycation. hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau puas hati, mahal sikit pun takpe kan Farhana..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.