Drama Review | Ganjil (2021)

Tuesday, 28 December 2021

Pengarah : Yusry Abdul Halim

Penulis Skrip : Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam, Evelyn Afnilia

Pelakon : Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek, Imuda, Amir Nafis, Danish Hazriq, Azri Sabri, Takahara Suiko, Sofi Jikan

Genre : Fantasi / Drama / Romantik

Syarikat Produksi : Razor’s Edge Pictures

Penyiaran : Viu

Jumlah Episod : 10 Episod (40–50 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 25 September - 28 Oktober 2021

OST : Bisikan -  Noh Salleh

Trailer :


Mengisahkan Bel (Diana Danielle), anak tunggal kepada En Haris (Eizlan Yusof) dan Rina (Aida Aris). Setiap hari dia akan mengalami mimpi yang sama di mana dia akan terjatuh gaung setiap kali ingin selamatkan kalung pemberian ibunya. Dia pernah tanya hal ni kepada kawan baik dia, Ihsan (Izzue Islam) tapi jawapan yang diberi tak membantu pun. 

Tak mungkin lah sebab Bel selalu fikir tentang jatuh gaung atau rantai sampai dia terbawa dalam mimpi. Siapa yang nak mimpi yang mengerikan? Makin bertambah persoalan dia bila Amry (Fattah Amin) muncul untuk selamatkan dia. Amry, seorang jurutera di syarikat besar yang menunggu tawaran untuk naik pangkat supaya dapat biaya rawatan kemoterapi untuk ibu dia. 

Dalam mimpi tersebut dia sentiasa dapat lihat keluarga di kampung semasa kecil sebelum ayah dia meninggal. Bel dan Amry berkenalan dalam dunia mimpi tersebut dan cuba untuk berjumpa di dunia nyata. Tempat yang dijanjikan tu sama, mereka berdua juga tinggal dalam kawasan yang berdekatan tapi tak pernah berjumpa. Seolah-olah mereka berdua berada dalam dimensi yang berbeza. 

Geram sangat bila Bel dengan Amry dah nak berjumpa ataupun dah berada di tempat yang sama tapi tak pernah berjumpa. Kita pun jadi penasaran sebab nak tahu kenapa dua watak ni susah sangat nak berjumpa. Jadi berat hati nak pergi macam mana Bel rasa bila Ihsan ajak dia balik lepas beberapa jam dia tunggu dekat bangku taman tu. 

Amazed dengan tema dan konsep cerita Ganjil arahan Yusry Abdul Halim ni sebab unik dan segar. Setiap episod dipaparkan dengan baik dan setiap watak diberikan ruang untuk berkembang dalam kadar tersendiri. Flow dekat awal-awal episod tu lebih kepada watak Bel dan Amry mengembara dalam dunia mimpi mereka. Dekat hujung-hujung pula mencari diri sendiri dan takdir hidup mereka. Tak semua yang kita nak kita boleh genggam erat, ada benda kita perlu lepaskan juga. 

Memandangkan drama Ganjil mengisahkan tentang alam mimpi jadi visual dibikin dengan cemerlang walaupun penggunaan CGI adakala agak lemah terutamanya pada babak gaung tapi puas hati lah layan. Visual pun Yusry nak ala-ala filem sebab tu bermutu kualitinya. Sinematografi dari Irwan Munir menggunakan panorama dan shot dengan baik untuk menjelaskan situasi dan menaikkan impak dalam kebanyakan babak. Suka tengok Angeline's Bistro sebab mewah dan bercirikan restoran Perancis macam yang Bel suka. 

Sembang pasal lakonan, Fattah Amin dah improved banyak dalam drama ni tapi untuk scene drama tu dia belum dapat deliver dengan mantap lagi. Tak banyak pun sampai mencacatkan penceritaan so okay je nak tengok. Sama juga dengan Diana walaupun dia banyak speaking dalam drama ni walhal orang tua dia Melayu tulen. Chemistry Diana dengan Fattah pun meyakinkan walaupun pertama kali bekerja sekali. 

Dah lama tak nampak Imuda berlakon lepas dia berehat dari dunia lakonan dan dalam drama ni dia jadi seorang pelukis walaupun tak ada babak khas untuk serlahkan bakat dia walaupun umum tahu dia memang ada bakat melukis. Suka babak Imuda cerita pengalaman dia sebagai pelukis walaupun dalam masyarakat kita bidang seni tak dipandang tinggi sejak dulu lagi. Sebab tu Amry happy bila jumpa bapa Sally sebab dia adalah acuan stigma masyarakat yang kena bekerja lawyer, doctor, engineer walhal bakat dia dalam seni lukisan lebih besar. 

Banyak mesej yang diketengahkan dalam drama Ganjil dan sesuai untuk tontonan keluarga. Happy bila dapat layan naskhah yang bagus dari industry tempatan. Harap lepasni Yusry boleh bekerja lagi dengan Fattah dengan Diana. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

2 comments

  1. ramai reviu kata citer ni best. ok nak tengok nanti

    ReplyDelete
  2. jalan cerita sgt unik, jenuh berteka-teki kenapa diorang tak pernah jumpa dalam realiti. lakonan memasing mantap tapi satulah kurang berkenan diorang byk speaking padahal drama viu sebelum ni boleh je guna full malay..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.