Drama Review | D.P. (2021)

Tuesday, 14 December 2021

Director : Han Jun-hee

Writer : Kim Bo-tong, Han Jun-hee

Cast : Jung Hae-in, Koo Kyo-hwan, Kim Sung-kyun, Son Seok-koo, Jo Hyun-chul

Production Company : Climax Studio, Shotcake, Homemade Films

Distributors : Netflix

Genre : Drama / Action

Episodes : 6 episodes (45 – 55 minutes per episode)

Release Date : 27 August 2021

Trailer : 


Diadaptasikan dari webtoon D.P Dog's Day hasil karya Kim Bo-tong, drama yang berkisarkan ketenteraan mengangkat tema buli. Jangankan di Korea, dekat Malaysia sekarang pun tak hilang lagi luka kehilangan arwah Zulfarhan akibat buli yang berlaku dalam kem tentera atas alasan askar kena tahan dibuli untuk menguji kekuatan mental dan fizikal. 

Statistik di Korea Selatan menunjukkan 946 kes buli dalam kem tentera yang dilaporkan pada tahun 2020 dan malang bagi penduduk Korea bila latihan ketenteraan adalah aktiviti wajib bagi lelaki selama 3 tahun. Bukan tempoh yang singkat kalau individu tersebut mengalami penderaan mental dan fizikal di sana. 

Latar masa drama D.P pun cuma berlangsung selama 1 tahun dan mempunyai baki lebih 500 hari lagi untuk watak Prebet An Jun-Ho (Jung Hae-In) habiskan latihan ketenteraan dia. Terpilih sebagai D.P. (Deserter Pursuit) bukanlah sesuatu kelebihan pada dia. Setiap kali diberikan tugas menangkap askar yang lari dari kem, hati dia remuk sebab mereka ini lari kerana kes buli yang melampau. 

Dia sendiri pun dibuli jadi dia tahu betapa sakitnya balik ke tempat yang penuh dengan sakit dan trauma melampau. Nasib dia baik ada Korporal Han Ho-Yeol (Koo Gyo-Hwan) yang jaga dia sepanjang dalam tugasan ataupun di kem. Tapi yang lain macam mana?

‘You know the canteens we use? Do you know what’s written on them? It says 1953. They were used during the Korean War. They won’t even change the canteens.’ - Jo Suk-bong (Jo Hyun-chul)

Bukan setakat buli saja yang dipaparkan dalam drama D.P yang ditayangkan khas di Netflix, malah cover-ups dari pihak atasan bila Cheon Yong-Deok (Hyun Bong-Sik) marah Kapten Lim Ji-Seob (Son Suk-Ku) pasal kes Suk-bong yang lari dan membahayakan D.P dari kem lain. Dia tak nak bekerjasama dengan polis sebab tak nak kes ni tersebar ke pihak media tapi dalam masa yang sama tak nak juga perbaiki masalah yang berlaku setiap tahun. 

Keluar dari kem askar pun belum tentu jadi yang terbaik sebab akan end up patuh dengan boss dekat tempat kerja jugak. Kena buli dengan boss pulak so pendek kata buli ni memang dah sebati dengan masyarakat Asia dari generasi ke generasi tak pernah berubah. Ayat ‘zaman ayah/atok/mak/nenek dulu bla bla bla’ tu pun sejenis pengabaian kepada masalah jugak tu. Sudahnya bertakung lah masalah tu sampai jadi barah dan tak dirawat. Pandangan Sergeant First Class Park Bum-gu (Kim Sung-kyun) dekat Kapten Lim tu jelas terserlah betul apa yang dia rasa masa tu. 

Sembang pasal buli ni tak kisah lah ringan atau berat, kecil atau besar, semua jenis buli meninggalkan trauma dan susah untuk kita telan pahitnya kehidupan sebegitu. Dalam drama ni tak dipaparkan dengan jelas macam mana teruknya buli tapi cukuplah scene yang seberapa ni untuk hidupkan elemen drama dan cetuskan kesedihan dan trauma. 

Sinematografi Yoo Ji-sun menghidupkan lagi suasana seram dalam kem tentera ditambah dengan music score yang bersifat high beat hip-hop dari Primary. Stunt chorography yang digunakan tampak kemas dan scene An Jun-ho bertinju dengan Jeong Hyeon-Min (Lee Jun-Young) antara highlight dalam drama D.P. Chemistry dan dinamik Koo Kyo-hwan  dengan Jung Hae-in antara kekuatan drama ketenteraan ni. 

Kalau tak kuat semangat jangan tengok drama D.P. sebab it will triggered the memory and trauma. Sakit hati jugak lah tengok ending dia sebab realiti yang dipaparkan oleh pengarah dan penulis, Han Jun-hee tepat seperti apa yang akan dilakukan oleh mana-mana institusi. Season 2 dah confirm akan keluar dan mungkin penceritaan akan lebih mendalam lagi sebab ada kes yang lebih besar jadi pada penghujung episod 6. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. Wah best juga ni.. Suka layan jenis drama macam ni

    ReplyDelete
  2. Nak tengok tapi tulah bak kata awak boleh trigger old memory. Sincerely, bekas mangsa buli. Huhu

    ReplyDelete
  3. Buli ini sangat memberi kesan pada mangsa.. Bahaya kalau tak dibendung..
    Drama ni best..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.