Drama Review | Decoupled (2021)

Monday, 20 December 2021


Director : Manu Joseph
Writer : Hardik Mehta
Cast : R. Madhavan, Surveen Chawla, Aseem Hattangadi, Darren Eric Scott, Sonia Rathee, Dilnaz Irani
Production Company : Andolan Films, Bombay Fables Motion Pictures 
Distributors : Netflix
Genre : Comedy / Drama
Episodes : 8 episodes (30 minutes per episode)
Release Date : 17 December 2021

Trailer :


Series terbaru dari Netflix, Decoupled arahan Manu Joseph mengisahkan tentang kehidupan perkahwinan yang retak menanti belah antara penulis novel Arya Iyer (R. Madhavan) dan Shruti (Surveen Chawla), investment banker. Mereka berdua bertahan dalam perkahwinan tu pun sebab tak nak lukakan hati anak tunggal mereka, Rohini. 

‘Thousands and thousands of windows, and behind every window is a shit marriage. And amongst these marriages, the worst kind are the ones that are stuck right in the middle of the shit scale. No joy, yet not enough reason to break up.’ – Arya Iyer


Shruti tak sanggup nak bagitahu Rohini pasal penceraian tapi dah menyampah nak tinggal bersama Arya yang susah untuk berkompromi dalam banyak perkara. Mana sahaja dia pergi mesti akan timbulkan masalah. Musuh utama Arya adalah Cheetan Bhagat, penulis novel terkenal di India dengan novel 3 Idiots dan 2 States. Everytime diorang dua berjumpa mesti bergaduh. 


Shruti mula tukar relationship status di Facebook kepada Single kemudiannya mendapat perhatian dari lelaki lain. Sama juga dengan Arya yang mula dapat hints dari perempuan muda sejak dia famous di Twitter gara-gara video tular tentang layanan kepada orang gaji. Walaupun Arya a bit out of shape tapi R. Madhavan kot, dia tetap ada charming side dia yang tersendiri. Mungkin tu sebabnya bila watak Arya buat perangai, susah untuk rasa marah. 


Sepanjang 8 episod ni, drama Decoupled menceritakan proses mereka berdua untuk keluar dari perkahwinan. Alur cerita tu nampak meyakinkan lah sebab Arya dan Shruti slowly keluar dari habit mereka bersama bukannya terus jump on another new person in their life. In certain episodes boleh nampak yang pasangan ni masih lagi ada perasaan towards each other tapi sama macam diorang, kita pun keliru tu rasa cinta ataupun sebab dah terbiasa bersama. 

Tak diceritakan macam mana both of them boleh jumpa sebab perangai Arya memang annoying. Of course I do agree with most of what he said in everything they debate in this drama but he has his own toxic issues too. Shruti pula wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk dengan smartphone, tak suka bergaul dengan makcik bawang dalam kejiranan tu dan seorang yang tegas. Mungkin juga arranged marriage sebab Shruti ada mentioned yang parents Arya sejenis konservatif. 


Episod-episod awal drama Decoupled ni lebih kepada drama sebab penulis nak kenalkan karakter beberapa watak kemudian secara perlahan-lahan drama ni berubah mood kepada kelakar. At first macam skeptikal jugak since drama ni berkisarkan penceraian yang mostly akan ada pergaduhan atau mengungkit sana sini but it turns out refreshing and funny.  

Selain berkisarkan perkahwinan, Decoupled juga sentuh tentang perbezaan kasta di India. Moden macam mana pun, perbezaan kasta masih lagi menebal macam Dr. Basu (Mir Afsar Ali) layan orang gaji dia ataupun cara Arya layan driver dia, Ganesh. Berdekah tengok scene Ganesh datang ke galeri seni Dr. Basu tu. 


Drama Decoupled berlatarkan masyarakat urban di Gurgaon dan perkara ni agak segar lah sebab boleh lari dari latar suasana bandaraya Mumbai tapi tak banyak pun team production bawa identity Gurgaon yang terkenal sebagai technology hub kepada India ke dalam drama ni. Sinematografi Decoupled pun a bit annoying sebab suka zoom in dan zoom out macam template English comedy series i.e The Office.  

Walaupun ramai yang mempertikaikan watak Arya tapi as an entertainment, Netflix really did a great work with this one. Tak sabar nak tengok Season 2 sebab tengok pada achievements yang R. Madhavan share dekat Twitter macam ramai yang suka dengan drama ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

3 comments

  1. OK bole layan filem ni... !!
    macam menarik juga , lain dari yg lain :)

    ReplyDelete
  2. Kalau refreshing mesti menarik..tapi part zoom in zoom out tu tak menariklah.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.