Director : Alex Van Wagner, Maureen Bharoocha
Writer : Sean O'Connor
Cast : Kenan Thompson, Kevin Jonas, Joe Jonas, Nick Jonas, Priyanka Chopra Jonas, Sophie Turner, Danielle Jonas, Pete Davidson, Niall Horan, Lilly Singh, John Legend
Production Company : Fulwell 73, Netflix Studios
Distributor : Netflix
Genre : Comedy / Musical
Running Time : 68 minutes
Release Date : 23 November 2021
Trailer :
Bekerja berkumpulan ni memang banyak kali tak sependapat sampai bergaduh tambah pula kalau adik-beradik bekerja sekali. Ada je tak puas hati, ada je nak diperli sebab tu Nick come up dengan idea roast show di mana beberapa comedian terkenal, isteri-isteri dan rakan artis roast Jonas Brothers on stage. Tambah pula ramai fans dan rakan artis yang sakit hati dengan keputusan Nick bila dia nak gerak solo sampai bubarkan band.
I’m a fan of Jonas Brothers and when they decided to call it quits, I was devastated. Bila Jonas Brothers buat comeback dengan lagu Sucker, I antara yang terpaling happy. Lagi bertambah happy bila tahu Nick Jonas nak kahwin dengan Priyanka Chopra. Walaupun ramai yang tuduh relationship diorang PR semata tapi as long as Priyanka dengan Nick happy, I pun happy jugak.
"Nick and I have a 10-year age gap. Yes. We do, and there are many '90s pop culture references he doesn't understand and I have to explain them to him, which is fine because we teach other. We teach each other things. He showed me how to use TikTok, for example, and I showed him what a successful acting career looks like." – Priyanka Chopra Jonas
Joe bagitahu diorang ada datang masa rehearsal untuk tengok stage setup tapi tak tengok langsung apa yang mereka yang dijemput tu rehearse. Jonas Brothers tak kisah pun kalau kena perli atau kutuk sebab dah biasa hadap dah walaupun Kevin yang paling teruk kena dan yang terpaling sensitive.
"Kevin is actually my favorite Jonas brother. Because he makes you believe that anyone can be a pop star. When you see a picture of him next to Nick and Joe you always think, 'Wow, Nick and Joe are really close with their accountant.'" - Lilly Singh
Show Jonas Brothers Family Roast yang ditayangkan secara eksklusif di Netflix ni bukan yang pertama kali dan sesuatu yang biasa untuk American in having some fun. Since tayang dekat TV of course ada la boundaries yang kena jaga. Yang paling banyak kena attack haruslah Kevin tapi bosan jugak sebab peluru yang ditembak tu semuanya lebih kurang sama je. Nak tekankan yang Kevin paling tak famous dan tak function dalam group Jonas Brothers.
"Show some respect. Nick's a legit actor now. He's won everything from Kids' Choice Award to a Teen Choice Award." - Pete Davidson
Masa segmen Joe Jonas dengan Niall Horan macam awkward sebab kutukan diorang tak kelakar pun sampai audience pun macam pelik dengan situasi yang tengah berlaku masa tu. Sama juga dengan part Dr. Phill, it is so unnecessary to bring him on stage. Kevin Senior ada dalam roast show tapi Franklin dengan Denise Jonas tak dapat datang sebab pergi ke konsert Justin Bieber katanya. JB jugak tu haha
At some point roast show ni nampak macam PG13 atau under Disney dan sesetengah skrip macam tak patut ada dalam program ni. Anyway since I tengok sebab Priyanka dengan Jonas Brothers then okay je nak layan. Priyanka Chopra Jonas pun nampak cantik dalam dress hijau perak dengan hairstyle small curl macam tu. Walaupun ada moment krik krik tapi suara dia lah yang paling kuat dekat situ. I rasa macam Karpil Show lagi kelakar dari roast show ni.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.6 = 6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.