Resipi | Sandwich Inkigayo

Monday, 8 November 2021

Masa tengok Youtube channel Chanwoo ternampak pulak resipi sandwich Inkigayo ni sebab dia banyak kali prepare sandwich ni. Maknae iKON ni paling jarang masak sebab malas satu hal, kembar dia tukang masak satu hal lagi. Kalau dia prepare sandwich ni maknanya betul-betul sedap dan terpaling senang. Bobby dengan DK pun happy bila makan sandwich ni.


Bahan pun tak banyak, nak prepare pun terpaling senang lah pendek kata. Masa tahun 2018 Sandwich Inkigayo ni trending sebab sedap. Ramai la idol stars suka makan kalau buat performance dekat sana. Bak kata Chanwoo entah pukul berapa mak cik kantin tu bangun pagi untuk siapkan sandwich ni. 


Resipi ni edisi derhaka tau sebab resipi asal guna spam tapi disebabkan spam halal banyak yang habis stok, terpaksa lah I guna chicken slice je. Sebelum ni I pernah guna sosej tapi tak jadi. Sedap tapi tak sama macam yang diorang makan sebab isi sosej tu tebal. Sembang macam pernah pergi kantin Inkigayo je 

Bahan-bahan:

- Roti potong (I guna roti potong Gardenia sebab lembut)
- Jam strawberry
- Chicken Slice
- Butter


Cara penyediaan:

1. Goreng chicken slice dengan butter sampai masak dan garing.
2. Sapu strawberry jam dekat roti. Banyak mana nak sapu jam tu ikut tekak masing-masing. 
3. Letak chicken slice di bahagian jam strawberry.


Kalau ikut resipi asal kena letak telur goreng tapi I lagi suka macam ni sebab you boleh rasa masin dan masam manis strawberry jam tu. Kalau chicken slice you garing lagi sedap sebab rasa crunchy bila makan. 

Senang je kan nak buat Sandwich Inkigayo ni. Yang lecehnya bila nak defrost chicken slice je lah. Kalau spam tu buka tin terus masak je. Kepada yang berminat nak try, selamat mencuba :)

8 comments

  1. menarik nih, baru 1st time tahu ni dik oi hehehhe...

    ReplyDelete
  2. tak pernah terfikir gabungan strawberry dengan ayam. kreatif betul

    ReplyDelete
  3. macam tak boleh bayang rasa masam dan masin tu.. hehehe.. tapi pasal spam halal tu, memang susah nak cari.. laju je habisnya..

    ReplyDelete
  4. Macammana rasanya ada jem strawberi dan chiken slice

    ReplyDelete
  5. Masuk ke rasa jam & ayam? Risau xleh gi je dgn tekak

    ReplyDelete
  6. Thanks for your visite my laptop :) I'm following your blog...

    ReplyDelete
  7. Unik pulak jem bersama chicken slice. Tak cuba tak tahu rasa dia kan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.