Movie Review | Saawariya (2007)

Tuesday, 16 November 2021

Director : Sanjay Leela Bhansali

Writer : Prakash Kapadia, Vibhu Puri 

Cast : Ranbir Kapoor, Sonam Kapoor, Rani Mukherjee, Salman Khan, Zohra Sehgal

Production Company : Columbia Pictures, SPE Films India, SLB Films

Distributor : Sony Pictures Releasing

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 138 minutes

Release Date : 9 November 2007

Trailer:


Diadaptasikan dari novel White Nights karya penulisan Fyodor Dostoyevski, Saawariya mengisahkan tentang kisah cinta antara Raj (Ranbir Kapoor) dan Sakina (Sonam Kapoor) yang diceritakan melalui seorang pelacur bernama Gulab (Rani Mukherjee).

Pertama kali Raj datang ke kawasan tersebut, dia sapa mesra Gulab tanpa prejudis tentang status sebagai seorang pelacur ataupun kawan-kawan Gulab yang lain. Sebab tu Gulab bagitahu Raj yang Lillian (Zohra Sehgal) ada bilik kosong di rumahnya. Tapi dengan syarat, Lillian cuma benarkan bilik tersebut kepada orang yang dia suka. 

Tak susah pun untuk Lillian buka hati dia untuk Raj sebab karakter yang ceria dan persona Raj mengingatkan dia pada anak tunggal lelaki yang menghilang selepas masuk tentera. Malam tersebut Raj terjumpa Sakina di jambatan kecil kemudian jatuh cinta pandang pertama. 

Lepas beberapa kali berjumpa dan berkawan, Sakina bagitahu dia menunggu Imaan (Salman Khan) datang untuk bawa dia keluar dari tempat tu. Raj tahu Sakina cuma reka cerita sebab mustahil sangat untuk orang jatuh cinta tanpa kenal peribadi seseorang. Ironinya, Raj juga begitu. 

Pace movie Sawaariya ni slow sangat tanpa cerita yang menarik ataupun dialog yang kuat dari mana-mana watak. Tak pasti lah sebab pelakon utama baru debut jadi tak boleh letak banyak dialog sebab susah nak hafal. Shooting Sawaariya ni pun banyak kali tertangguh sampai Sanjay Leela Bhansali bengang tapi disebabkan dua-duanya anak pelakon terkenal, terpaksa lah proceed juga sebab parents sendiri yang inject capital. 

Kalau movie dari SLB Films memang terkenal dengan visual yang memukau. Kalau movie Devdas dengan warna merah sebagai warna tema utama, movie Black (2005) dengan visual yang malap, Saawariya pula lebih kepada warna biru. Sinematografi dari Ravi K. Chandran berjaya serlahkan kehendak SLB dengan paparkan kecantikan Sonam Kapoor. Bukan setakat watak Raj je terpesona malah audience juga sebut Masya-Allah. Sonam bagitahu SLB suka shooting dengan Sonam sebab semua sisi nampak cantik.

‘If that girl is meant for you, then nothing on Earth can keep her from you. And if she isn't meant for you, then nothing on Earth can bring her to you. The decision isn't in your hands; it's in God's. Now we have to see how God decides to place His cross. This way or that way.’ - Lillian

Kekuatan naskhah romantik Sanjay Leela Bhansali ni adalah pada music album dari komposer Monty Sharma dengan 10 buah lagu yang dimuatkan dalam filem sebagai main soundtrack ataupun side-track. Dari dulu suka dengan lagu Jab Se Tere Naina sebab watak Raj angau dengan Sakina. Sesuai lah dengan tagline movie ni – When he first fell in love…. Lagu Chhabeela pula fun dengan suasana yang meriah sementara Saawariya pula serlahkan kecomelan Ranbir Kapoor. 

Movie ni mungkin tak kena selera dengan semua orang sebab penceritaan yang dibikin ala teater atau stage play. Mungkin lebih menarik kalau pengarah kembangkan lagi watak Imaan supaya audience rasa berbelah bahagi untuk pilih sama ada Raj ataupun Imaan. Tapi boleh jadi jugak pengarah sengaja nak usik penonton supaya kecewa macam Raj jugak bila dia dapat tahu Sakina setia dengan Imaan. Watak Gula pun boleh dikembangkan lagi ataupun banyakkan lagi scene dia dengan Raj sebab friendship diorang comel. Watak Gulab tu sendiri comel, sesuai dengan Rani. 

Walaupun I tak berapa suka dengan beberapa aspek dalam movie ni tapi Saawariya ada special place dalam hati sebagai peminat Sonam dan Ranbir since chemistry diorang not bad jugak. Movie ni tak kutip pulangan yang tinggi sebab Tarikh tayangan clash dengan movie Om Shanti Om (2007) yang lebih menarik dan santai untuk ditonton di panggung wayang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

5 comments

  1. alamak ..ada rani... minat sangat...suara sexy

    ReplyDelete
  2. dah lama sgt x layan cita hindustan

    ReplyDelete
  3. Suka lagu Jab Si Tera Naina tu. Rasanya tak pernah tengok lagi. Ala Moulin Rouge pulak

    ReplyDelete
  4. Suka dengar lagu-lagu dari filem ini.. Lepas tu dia punya paparan tu lawa sebab biru kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.