Pengarah : Syafiq Yusof
Penulis Skrip : Nazri M. Annuar
Pelakon : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Jalaluddin Hassan, Salina Saibi, Puteri Qaseh, Johan As'ari
Syarikat Produksi : Skop Productions, Astro Shaw
Pengedar : Astro First
Genre : Seram / Thriller
Durasi Tayangan : 89 minit
Tarikh Tayangan : 25 Mac 2021 (Malaysia), 15 April 2021 (Singapura)
Trailer :
Mengisahkan tentang Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz), pasangan suami isteri yang perlu selamatkan keluarga mereka dari musnah. Ibu tiri Amir, Datin Maria (Sabrina Ali) mengalami gangguan makhluk halus yang menyeramkan. Dato' Hafsyam (Jalaluddin Hassan) mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ yang digelar Tok Haji (Nasir Bilal Khan) juga isterinya Huda (Salina Saibi).
Anna tak bersetuju dengan cara Tok Haji mengubat Datin Maria bila bacaannya tak jelas, menggunakan lidi dan banyak lagi perkara yang dirasakan janggal dan bercanggah dengan ajaran agama. Arwah ayah Anna adalah seorang ustaz yang sentiasa membantu orang mengusir gangguan makhluk halus jadi serba-sedikit dia tahu untuk bezakan siapa bomoh yang mengambil kesempatan dan yang benar-benar ikhlas membantu.
Awalnya Amir malas nak layan sangat apa yang isteri dia khawatirkan tapi bila keadaan Datin Maria semakin teruk, duit upah yang diberikan oleh ayah dia kepada Tok Haji pun tebal, anaknya Sara pun diganggu, dia mula cari jalan untuk halang Tok Haji datang ke rumah. Malangnya dia pula yang dihalau keluar rumah tersebut.
Jalan cerita Penunggang Agama ni tak lah berat mana pun dan mudah difahami. Boleh kata Penunggang agama adalah movie Munafik bila konsep seakan sama. Bezanya Munafik dibikin oleh Syamsul Yusof manakala Penunggang Agama olahan adiknya. Katanya movie ni berdasarkan kisah benar yang dialami oleh Syafiq sendiri jadi kalau dah adik-beradik duduk dalam satu rumah, mesti lah pengalamannya sama saja.
Personally for me, movie Penunggang agama ni kelihatan lemah sebab bergantung dengan hantu untuk memberi pengajaran sedangkan filem dan drama Korea atau Hollywood yang menggunakan manusia sendiri sebagai antagonisnya. In real life pun dah banyak kes manusia yang menunggang agama demi kepentingan sendiri. It’s not that hard to find some examples and tells the story in a movie.
Plot pada first half pun bercanggah dengan second half sampaikan rasa mehhh bila menonton pertembungan antara Tok Haji dan Amir. Ingatkan watak Anna yang akan selamatkan keluarga ni tapi pengarah nak juga Amir, lepasan Al-Azhar yang berlawan. Tak tahu lah kenapa masyarakat kita obsess sangat dengan lepasan Al-Azhar seolah-olah lepasan UIA tak mampu baca Al-Quran atau jadi imam di masjid. Amir kerja apa pun tak jelas dalam movie ni. Macam mana Datin Maria dapat cupcake pun tak diceritakan.
Sinematografi dari Indra Che Muda agak mengecewakan terutamanya pada babak Huda dirasuk hantu yang dipuja oleh Tok Haji. Sebelum ni ramai yang puji transition movie Misteri Delaila (2019) yang kreatif tapi berbeza betul dalam movie Syafiq kali ni. Kebanyakan babak berlaku pada waktu malam jadi suasana agak suram dan gelap, sesuram poster dia juga. Belah siang nampak cantik sebab beberapa lokasi di Cameron Highlands dihias cantik dengan deretan bunga.
Music score oleh Extreme Music over setiap kali hantu muncul. Hantu paling tak perlu muncul ialah hantu bertanduk. Merepek. Jumpscare memang banyak ya dalam movie ni, kalau lemah semangat tak payah lah tengok ataupun tengok berteman.
Dalam semua kelemahan yang wujud dari movie ni, ada juga yang menjadi tarikannya bila lakonan Azira Shafinaz yang paling menyerlah antara semua watak yang wujud. Dialog dia jelas, meyakinkan malah dia pandai deliver emotion melalui facial expression. Renungan Anna masa Amir tolak pelawaan Datin Maria tu pun kita dah boleh baca dan rasa. Scene dia berlawan dengan hantu dan baca ayat al-Quran pun fasih, rasa sedap je dengar. Dah la suara dia memang sedap.
Berbaloi lah Azira prep watak sebab hasil dia tu memang cemerlang. Hopefully Azira dapat peluang untuk lakonkan watak yang lebih kuat dalam movie yang kemas skripnya dan menyerlah setanding dengan barisan pelakon wanita hebat yang lain.
1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.1 = 3.6/10
3.6 je? ala berbaloi ke idok ni...nak tgk tapi tu la penakut amat
ReplyDeleteThanks for your sharing:)
ReplyDeletebetul apa yg farhanah tuliS memang agak kurang sikit movie ni
ReplyDeletetak tengok lagi movie ni. sebab tengok movie thaai dgn korea dulu
ReplyDeleteTak tgk lg
ReplyDeleteProduction anak beranak tak sepatutnya terlalu ada kesamaan. Pendapat saya lah..
ReplyDeleteBaca sinopsis pun dah boleh agak macam Munafik dan Khurafat difusionkan jadi satu filem. Kalau Syamsul Yusof berlakon rasanya lagi ke laut
ReplyDeleteMacam tak menarik je.. Tapi macam teringin nak tengok lakonan Azira tu..
ReplyDeleteAmir belajar je di al azhar tapi tak percaya benda ghaib keje pun kat pej kesihatan
ReplyDelete