Movie Review | Mencari Rahmat (2021)

Monday, 22 November 2021

Pengarah : Al Jafree Md Yusop

Penulis Skrip : Al Jafree Md Yusop

Pelakon :  Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan, Eric Fuzi

Syarikat Produksi : AB Roll

Pengedar :  MUBI

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 29 Julai 2017, 31 Ogos 2021

Trailer :


‘Dari mula aku kenal kau, kau kata nama kau, Rahmat. Dan aku kenalkan kau pada semua orang dengan nama Rahmat dan kau menjawab dengan panggilan Rahmat. Dan muka kau, muka Rahmat! Hah, pelik aku sekarang bila kau katakan yang nama kau bukan Rahmat?’ – Azman (Amerul Affendi)

Razak, seorang peniaga berjaya yang tinggal di Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu untuk berseronok atau lebih tepatnya, mengejar cinta Roselina (Nadia Aqilah), anak Datin Azizah (Adibah Noor).

Manakala Azman pula adalah sepupu Roselina yang berpura baik di hadapan Datin tapi menggunakan watak rekaan Bunyamin yang sentiasa sakit di Pulau Pinang. Dia bosan terperuk di rumah dan perlu akur dengan kehendak Datin Azizah setiap kali jamuan atau acara diadakan bersama kenalannya. Azman dan Reza (Eric Fuzi) seronok grill Razak bila dia kantoi mempunyai identiti samaran iaitu Rahmat supaya Roselina jatuh cinta. Kata Rose, nama Rahmat seperti irama muzik yang menyentuh jiwa. 

Bila Azman dapat tahu Razak mempunyai anak buah bernama Ratna (Sharifah Amani), dia mencari peluang untuk menyamar sebagai Rahmat untuk berseronok sepertimana yang dilakukan oleh Razak terhadap Roselina. Tak sangka dia akan menemui cinta sejati dan ingin segera berkahwin dengan Ratna. Dilanda dilemma yang sama dengan Razak, Azman takut jika Ratna menolak lamaran sekiranya dia tahu Azman bukanlah Rahmat. 

Mencari Rahmat adalah naskhah kreatif hasil karya penulis juga pengarah Al Jafree Md Yusop kerana menggunakan konsep seperti teater yang mana dibikin semula dari teater The Importance of Being Earnest. Sepanjang 90 minit kesemua watak dalam movie Mencari Rahmat ni hanya menggunakan perbualan sama ada mengenai cinta, sosial, musik ataupun kehidupan peribadi. Yang menjadikan dialog ni menarik bila ada perdebatan sama ada ilmiah atau falsafah sampah. 

Yang kurang menariknya bila Bahasa Melayu baku yang digunakan bercampur-aduk dengan bahasa pasar buatkan dialog tu kedengaran jelik. Ada beberapa babak yang diselitkan bahasa makian yang kasar jadi movie ni tak sesuai untuk ditonton dengan keluarga. Penggunaan tona suara juga ada kalanya over bila sengaja ditinggikan terutamanya watak Razak. 

Dinamik antara Namron dan Amerul Affendi antara kekuatan dalam naskhah terbitan AB Roll Sdn Bhd. Disebabkan mereka berdua pun dah selalu bekerja bersama, memang tak ada masalah langsung nak cipta chemistry tu. Sama juga dengan lakona Nadia sebagai Rose, sudahlah cantik dan sofistikated orangnya, suara dia pun guna tona yang tepat untuk zahirkan emosi dia mengikut situasi.

'Oh tidak mengapa, orang Kuala Lumpur tidak menggunakan gula sebagai pemanis. Gula menggemukkan.' - Cik Roselina Shahira Mandalusia binti Zainal

Movie ni ada 3 plot utama dan plot ketiga – Haram Jadah dah boleh dijangka namun reaksi dari Azman bila tahu kisah sebenar tu kelakar. Rasanya dekat scene tu je terhibur sangat, mungkin sebab dah tahu movie ni dah habis kot. Nak kata movie ni bosan tu tak lah sangat sebab suka dengan konsep dan alur cerita Mencari Rahmat. Mungkin ada yang tak suka sebab pace dia terlampau perlahan. 

Sinematografi dari Madnor Kassim not bad sebab dia tahu angle mana yang menarik macam babak Rose dengan Razak di laman rumah ataupun pada babak solo Ratna masa merokok. Scene flashback yang guna animasi tu macam tak perlu sebab tak memberi impak pada penceritaan pun. Lagi terkesan kalau biar pelakon saja yang menceritakan situasinya sebab boleh nampak ekspresi muka dan bahasa badan. 

Music score dari Pacai sesuai dengan babak tu tapi masa Makcik Normah (Fauziah Nawi) bercerita dengan Datin Azizah tu suara dia tenggelam sebab musik latar terlampau kuat. Movie Mencari Rahmat ni dikarang skripnya pada tahun 1991 menggunakan typewriter tapi baru dapat difilemkan pada tahun 2017 guna duit simpanan EPF dia. Semua pelakon shoot dalam masa 7 hari saja dan hasilnya memuaskan lah untuk streaming platform tapi kalau di panggung wayang macam tak sesuai sebab tak semua akan suka dengan konsep ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10

6 comments

  1. lamanya terperuk skrip ni..
    yelah bukan semua org mampu buat sesuatu tu there and then..

    ReplyDelete
  2. satu review yang sangat menarik..

    ada sisi baik dan sisi negatif

    memang adil

    ReplyDelete
  3. konsep movie ni agak menarik juga walaupun ada part macam bosan. tapi pelakon dia best sebab boleh deliver watak masing2 dgn baik..

    ReplyDelete
  4. Filem ni memang menarik sebab unik. Minat sangat Nadia Aqilah sejak tengok dia dalam biopik Zaiton Sameon

    ReplyDelete
  5. Yup.. tak ramai yang suka konsep macam ini.. Tapi syok layan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.