Movie Review | Meenakshi Sundareshwar (2021)

Saturday, 6 November 2021

Director : Vivek Soni

Writer : Vivek Soni, Aarsh Vora

Cast : Abhimanyu Dassani, Sanya Malhotra, Purnendu Bhattacharya, Shiv Kumar Subramaniam, Nivedita Bhargava, Komal Chhabria, Manoj Mani Mathew, Archana Iyer

Production Company : Dharmatic Entertainment, Netflix Originals

Distributor : Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 141 minutes

Release Date : 5 November 2021

Trailer :


Meenakshi Sundareshwar adalah nama sebuah kuil yang terbesar di Madurai yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Naskhah terbaru terbitan Netflix Originals mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang mempunyai personaliti dan citarasa yang berbeza tapi bersatu dalam sebuah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. 

Sundareshwar (Abhimanyu Dassani) adalah graduan Engineering yang menganggur selama setahun kerana belum mendapat mana-mana panggilan dari syarikat yang diidamkan manakala Meenakshi (Sanya Malhotra) baru sahaja tamat belajar dalam bidang business admin. Bagi Meenakshi dia nak bekerja di firma perakaunan kecil supaya dapat belajar dan menyumbang ilmu dan tenaga dia kepada syarikat daripada bekerja di syarikat besar tapi tak disedari kewujudannya. 

Walaupun mereka berdua berbeza tapi perbezaan tu yang membuatkan mereka serasi dan boleh berborak panjang tanpa merasa canggung. Adat masyarakat India bila perempuan terpaksa berpindah ke rumah mertua selepas berkahwin. Meenakshi tak ada masalah langsung dengan hal tersebut tapi bila Sundareshwar dapat tawaran bekerja di Bangalore selama setahun, dia terpaksa berjauhan dengan suami. 

‘Your focus defines your personality. SY Technologies only prefers single men and women and that’s because that’s my preference. It’s not legally right. But this is my company.’ 

Kesian dengan nasib Meenakshi sebab dia kena faham polisi syarikat suami dia, terpaksa rahsiakan perkahwinan supaya boleh fokus dengan kerja. Sudah tu kena tolak tawaran kerja yang dia dapat sebab ayah mertua dia (Purnendu Bhattacharya) seorang yang konservatif. Bukan dia buat apa pun dekat rumah tu sebab biras dengan mertua dia ada. 

Tak faham kenapa pengarah Vivek Soni dengan Dharmatic Entertainment olah cerita romantik komedi ni berlatarkan masyarakat India Selatan sedangkan watak Meenakshi dengan Sundareshwar ni dilakonkan oleh pelakon India Utara. Macam pelik je watak utama sembang Hindi tapi watak sampingan sembang Tamil+Hindi kecuali rakan sekerja Sundar dekat Bangalore. Ada la beberapa scene dua watak utama ni cakap Tamil tapi tak heavy pun. Baik buat kisah berlatarkan kuil di Mumbai je. 

Kisah Meenakshi dengan Sundareshwar ni ada masanya macam tak logik tapi disebabkan movie ni purely entertainment dan genre ringan je sebab bertemakan perhubungan jarak jauh so kita pun layan secara santai je lah. Kekuatan utama mungkin pada pelakon utama lah sebab fresh pairing. I memang minat dengan Abhi sejak movie Mard Ko Dard Nahi Hota (2018) sebab pandai berlakon lepastu comel. Senyuman dia sama macam mak dia, Bhagyashree. 

Macam sepadan je bila dia berlakon dengan Sanya sebab Sanya pun sejenis comel. Setiap kali dia muncul onscreen dengan karakter bubbly, rasa happy je. Suka tengok scene diorang dekat fasa awal bercinta sampai penat lah nak sengih tengok perangai masing-masing. Music album dari Justin Prabhakaran menggunakan irama folklore dalam kebanyakan lagu. Lagu Vaada Machaney best sebab rancak, sesuai buat lagu party.


Bab sinematografi dari Debojeet Ray memang tak perlu dipertikaikan lah sebab movie ni dari Dharma dan Netflix yang memang selalu hasilkan visual memukau. Keindahan budaya masyarakat Tamil dipaparkan dengan cantik malah senibina, interior, props, makanan, busana dan juga hiasan semuanya diberikan ruang untuk menyerlah. Masa tengok scene dua keluarga discuss pasal perkahwinan tu teringat pulak ayat Krish dalam movie 2 States (2015) bila dia kata rumah orang India ni kosong macam baru lepas kena rompak. 

Tak pasti kenapa Dharmatic Entertainment letak ‘thanks to Alia Bhatt’ dalam movie ni sedangkan dia tak ada cameo pun, nama kena mention pun tak jugak. Sepatutnya bagi ucapan terima kasih pada Rajinikanth lah sebab Meenakshi obsess dengan superstar tu. 

Naskhah Meenakshi Sundareshwar ni mungkin kurang kemas penceritaannya tapi untuk peminat movie rom-com terbitan Dharma, movie ni boleh jadi pengubat rindu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

2 comments

  1. memula ingatkan filem tamil bila diorang mention rajinikanth. tapi kalau diorang bersembang campur tamil hindi memang i tak perasan..haha

    ReplyDelete
  2. Ramai komen filem ni best sebab chemistry main character ngam sangat

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.