Director : Ram Madhvani
Writer : Puneet Sharma, Ram Madhvani
Cast : Kartik Aryan, Mrunal Thakur, Amruta Subhash
Production Company : RSVP Movies, Ram Madhvani Films, Lotte Cultureworks, Global Gate Entertainment, Lionsgate
Distributor : Netflix
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 104 minutes
Release Date : 19 November 2021
Trailer :
Remake kepada movie Korea, The Terror Live (2013) arahan Kim Byung-woo mengisahkan tentang Arjun Pathak (Kartik Aryan), news anchor untuk program Bharosa 24x7 mendapat panggilan daripada pekerja buruh yang bekerja di tapak pembinaan jambatan Bandra-Worli Sea Link. Jambatan sepanjang 5.6km dengan kelebaran 8 laluan yang menghubungkan Bandra dan Mumbai Selatan terletak tidak jauh dari bangunan studio TRTV itu mempunyai bom dan akan meletup.
Arjun yang nampak peluang untuk dapatkan berita eksklusif segera buat panggilan kepada Ankita (Amruta Subhash) supaya boleh disiarkan secara langsung di TV. Kalau rating cecah 70%, bukan sahaja Arjun malah Ankita juga akan dinaikkan pangkat dan mendapat ganjaran. Tapi sebelum berita gembira tersebut jadi milik mereka, pemanggil tersebut minta untuk pihak TRTV untuk pindahkan sejumlah wang ke dalam akaun bank miliknya. Jika tidak, berita eksklusif tersebut akan diberikan kepada rival mereka, INL News.
Strategi Ankita dan Arjun adalah supaya melengahkan masa untuk jadikan letupan tersebut sebagai serangan pengganas, masukkan elemen drama dan patriotik kemudiannya pemanggil tersebut akan ditangkap sebaik sahaja pihak polis berjaya trace location si pemanggil. Permintaan dari pemanggil ialah untuk minta menteri Patil supaya memohon maaf secara terbuka dalam rancangan tersebut.
Tak mungkin lah menteri akan mengakui salah lakunya menerima sejumlah rasuah semasa pembinaan jambatan tersebut dilakukan. Disebabkan keengganan seorang menteri, beberapa orang rakyat tak berdosa menjadi mangsa. Arjun pula diugut supaya ikut sahaja permintaan pemanggil sebab earpiece dan kerusinya telah diletakkan bom. Isteri dia, Saumya (Mrunal Thakur) juga berada di tempat kejadian sebagai wartawan yang buat liputan di sana. Mampu tak Arjun selamatkan isteri dia dari serangan tersebut, kena tengok lah dekat Netflix.
Terkejut masa dapat tahu Kartik Aaryan berlakon dalam movie Dhamaka sebab dia kata dia akan berlakon dalam movie genre komedi sebab genre tu yang lonjakkan nama dia dalam industri. Disebabkan movie ni jugak lah dia kena buang dari projek movie Dostana 2 under Dharma Productions sekaligus kontrak 3 movie dengan Dharma dibatalkan serta-merta.
As a fan, I believe that this is the best decision for his career sebab movie Dhamaka ni dibikin oleh pengarah Ram Madhvani yang terkenal dengan genre thriller. Mission Kashmir (2000), Neerja (2017) dan Aarya (2020) adalah naskhah cemerlang yang dihasilkan oleh beliau. Mungkin Dhamaka tak mempunyai impak yang sama tapi sedikit sebanyak boleh ubah persepsi penonton tentang bakat dan keupayaan Kartik sebagai pelakon.
Kebanyakan babak dilakonkan oleh Kartik dengan pelbagai emosi yang bercampur-baur – melankolik, gembira, resah, keliru, terkejut dan banyak lagi angkara permintaan yang dibuat oleh pemanggil adalah di luar bidang kuasa Arjun. Dia cuma seorang anchor news biasa yang mengikut arahan boss untuk naikkan rating dari penonton. Tagline untuk bercakap benar hanya ungkapan penarik supaya penonton percaya sepenuhnya pada dia.
Walaupun watak ni agak mencabar untuk Kartik tapi bukan sesuatu yang mustahil pun untuk dia deliver sebab sebelum ni dia pernah berlakon dengan genre drama dalam movie Akash Vaani (2010) bila babak menangis dia dapat tarik perhatian penonton. Suka tengok chemistry Kartik dengan Mrunal dalam lagu Kasoor walaupun babak mereka berdua tak dapat banyak screentime. Sedih bila tengok babak Arjun bagitahu dia tunggu Saumya balik dengan selamat.
Movie Dhamaka mungkin ada kelemahan pada sinematografi bila letupan di Sea Link tak begitu meyakinkan dek kerana penggunaan CGI. Movie ni shoot di hotel selama 10 hari masa lockdown so I tak expect banyak pun tapi teknik kamera untuk wujudkan elemen saspen nampak menjadi. Newsroom pun nampak meyakinkan.
First half Dhamaka menarik dan saspen dengan beberapa kejadian yang tak dijangka, dikuatkan lagi dengan lakonan Kartik dan ketegangan antara watak Arjun dan Ankita. Second half, terutama selepas watak pemanggil misteri tu muncul nampak longgar dan merepek sebab Arjun dibiarkan berseorangan. Lama jugak nak tunggu SWAT muncul. Scene sniper tu tak logik sebab bangunan sebelah dah rosak dan kenapa sniper tak tembak Arjun sekali kalau Timbalan Menteri kata Kerajaan India tak akan berunding atau berlembut dengan pengganas?
Ending dia predictable macam template movie Korea Selatan padahal Ram Madhvani boleh ubah ikut selera Bollywood ataupun open ending. Mana tahu boleh wujud Dhamaka 2 pulak kan? Ram Madhvani belum pernah ada franchise movie so this could be the opportunity. Anyway, I have fun watching Dhamaka and happy it turns out great just as I expected. Thanks for the team production and Netflix in delivering good movie like this.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10
Ini adalah movie hindustan kedua yang adopt dari Korea yang saya pernah tengok
ReplyDeletewah.. diadaptasi dari filem korea.. Menarik..
ReplyDelete