Drama Review | Mr. Bibik (2021)

Sunday, 28 November 2021

P

engarah : Pali Yahya, Eez Jalaluddin

Penulis Skrip : Farhana Fauri

Pelakon : Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Roy Azman, Norish Karman, Liza Abdullah, Wanns Ahmad, Dayang Areeda, Meor Mohd, Balkisyh Semundur Khan, Syazuwan Hassan, Sefik Khair, Watie Elite

Syarikat Produksi : Saphire Screen Sdn.Bhd

Penyiaran : TV3, iQiYi

Genre : Romantik / Komedi / Drama

Jumlah Episod : 20 Episod (42 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 29 Oktober 2021 – 25 November 2021

OST : "Cinta Jatuh" - Kael


Diadaptasikan dari novel Mr. Bibik karya penulisan Aein Dhiyauddin, mengisahkan tentang Firas (Saharul Ridzwan) yang bekerja sebagai cleaner selepas putus tunang dengan Arisya (Dayang Areeda). Keadaan di mana susah untuk dia mencari kerja walaupun mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda membuatkan dia bersyukur mempunyai kerja tanpa perlu bergantung harap dengan ibunya. 

Disebabkan pekerjaan dia sebagai cleaner, dia ditangkap basah ketika mengemas rumah Auliah Izzatunnisa (Zara Zya) selama seminggu di sana. Awalnya dia memang tak suka langsung untuk berkahwin dengan anak Dato’ Halim (Roy Azman) yang pengotor dan pemalas tapi apakan daya, dia perlu bertanggungjawab. 

Tangkap basah tu cuma helah Dato’ Halim dan Aulia untuk lepaskan diri dari gangguan lelaki gila bayang, Mukhriz (Raja Afiq) yang tak berhenti mengganggu siang atau malam. Bukan setakat Aulia yang diganggu malah satu keluarga dikacaunya semata untuk dapatkan perhatian Aulia. Mukhriz dan Aulia ditunangkan pun sebab Dato’ Halim rasa terhutang budi bila Tan Sri Mahruf (Azhar Amir) membantu dia dari segi kewangan semasa dia jatuh bankrap dulu. Semua hutang sudahpun dibayar namun hutang budi tak dapat dielakkan sehingga anak kesayangan dia menjadi mangsa. 

Penceritaan drama Mr. Bibik yang berkisarkan cleaner di syarikat pembersihan memang segar dan kreatif yang dibawakan oleh pengarah dan penulis. Malangnya pekerjaan sahaja lah yangberbeza, konflik dan alur cerita masih lagi sama dengan stigma dan prejudis yang masih menebal dalam kalangan masyarakat kita. 

Nasib baik lah drama Mr. Bibik terbitan Saphire Screen Sdn.Bhd ni genre romantik komedi jadi tak lah terasa geram sangat bila ada beberapa babak yang mengecewakan ataupun red flag. Drama ni pun tak lari jauh dari si isteri minta si suami untuk bermadu atas nama pengorbanan. Merepek lah nak buktikan cinta dengan bermadu walhal poligami tu sesuatu yang berat. Boleh je kan berbincang daripada buat keputusan terburu-buru. Babak Siti (Balkisyh Semundur Khan) cakap pasal orang sakit mental tu pun tak patut. 

Ni pertama kali tengok Zara Zya digandingkan bersama Saharul Ridzwan dalam satu drama romantik. Not bad lah chemistry diorang sebab dua-dua pun selalu berlakon watak kelakar. Suka tengok watak Puan Salbiah dengan Puan Ameena dalam drama ni bila masing-masing bekerjasama dalam operasi mendapatkan cucu. Liza Abdullah pun nampak natural je berlakon sebagai ibu kepada Firas. Jenis yang sokong jalan dan keputusan yang dipilih oleh anak tunggal dia tapi tak lah sokong membuta tuli. 

Pandai jugak cating director pilih pelakon dalam drama ni sebab muka Arisya dengan ibu dia, Watie Elite tu lebih kurang sama. Sama lah dengan Norish Karman dengan Zara Zya, lebih kurang je muka diorang, nampak la beberapa watak ni hidup dan meyakinkan bila berlakon bersama. Kadang-kadang terfikir pelakon Wanns Ahmad dalam drama ni ada bau bacang dengan Zizan ke sebab gaya dan cara cakap diorang sama. Fizikal pun lebih kurang. 

Watak antagonis dalam drama ni boleh tahan menyakitkan hati jugak. Geram tengok Mukhriz dok sibuk kacau Aulia siang malam. Keluarga dia pun sama toksik jugak bila Aulia buat aduan, diorang defend pulak perangai anak padahal dah sampai tahap menculik dan nak perkosa. Dah lah tak berguna langsung, kerja tak nak, biadap pulak tu. 

Sama lah dengan Zuhairi (Syazuwan Hassan), suami Arisya. Harap muka je lah handsome tapi kerja tak boleh diharap langsung. Tak tahu macam mana Arisya boleh kenal dengan Zuhairi padahal dah elok plan future sama-sama dengan Firas. Kesian dekat orang tua Arisya lah selalu risaukan anak perempuan diorang. Dah la kaki perempuan, balik rumah pukul isteri sampai gugur. 

Sinematografi drama Mr. Bibik ni biasa je lah tahap drama TV. Tertarik dengan rumah Puan Salbiah dan Arisya sebab binaan rumah kampung dengan seni binaan yang cantik. Anjung rumah pun nampak cantik dan kemas dengan pokok bunga hiasan. Dalam episod 2 ada scene Firas pergi beli barang dapur. Dekat depan kedai tu ada temperature sanner dengan hand sanitizer tapi Firas tak pakai mask pun. Dah tak memasal ganggu latar masa drama ni. Warna darah masa Zuhairi kena belasah dengan ah long pun cair kemain. 

Lagu latar utama, Cinta Jatuh - Kael untuk Mr. Bibik ni comel, sesuai dengan mood cerita.  Lagu Jagakan Dia - Shiha Zikir pun sesuai lah untuk menghidupkan elemen drama. 

Anyway drama ni not bad lah kelakar especially scene Aulia nak pergi Sabah sebab suka makan udang tu sampai masuk fyp dekat TikTok. Dekat hujung drama banyak flashback padahal boleh je kalau letak scene Arisya dengan Firas ataupun flashback Aulia dengan Firas yang tak pernah tengok lagi. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

1 comment

  1. drama ni kelakar, suka tengok gandingan zara zya dan saharul tapi itulah drama pukul 7 nak expect apa lagi, memang takde yg fresh pun dengan jalan cerita melainkan kena kahwin dengan bibik sendiri..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.