Director : Kim Sung-ho
Writer : Yoon Ji-ryeon
Cast : Lee Je-hoon, Tang Joon-sang, Lee Jae-wook, Ji Jin-hee, Hong Seung-hee
Production Company : Page One Film, Number Three Pictures
Distributor : Netflix
Genre : Drama
Running Episodes : 10 episodes (50 minutes per episode)
Release Date : 14 May 2021
Trailer :
Sebelum ni pernah la tahu pasal cleaning service untuk orang yang dah meninggal sebab dekat Jepun memang ramai orang tua yang meninggal tanpa keluarga atau waris sebab kesan dari Perang Dunia Kedua bila ramai yang pergi berperang. Barang yang ada dalam apartment si mati sama ada dijual, dilelong ataupun dibuang.
Lebih kurang sama lah macam cleaning service oleh syarikat Move to Heaven yang dimiliki oleh Han Jeong-gu (Ji Jin-Hee) di mana dia akan kemas kediaman si mati seperti permintaan oleh landlord, polis ataupun keluarga. Jeong-gu dibantu anak tunggalnya, Han Geu-ru (Tang Joon-sang) yang mempunyai sindrom Asperger, salah satu jenis penyakit autism.
'People with Asperger syndroms don't know how to give up. Once he is fixated on something, he must get it done.' - Na-moo (Hong Seung-hee)
Selepas kematian Jeong-gu, dia buat kontrak hak penjagaan Geu-ru kepada adik tiri dia, Cho Sang-gu (Lee Je-hoon) yang bakal keluar dari penjara selepas menyebabkan kecederaan parah tanpa sengaja kepada pihak lawan dalam pertarungan haram MMA. Awalnya dia menolak sebab jaga diri sendiri pun tak mampu apatah lagi nak jaga anak kepada abang yang dia menyampah. Perlukan perhatian yang lebih pulak tu. Tapi lepas dapat tahu Geu-ru ada harta yang banyak, dia terus setuju walaupun terpaksa tidur dalam khemah.
Selain menjadi penjaga kepada Geu-ru, dia juga terpaksa bekerja di Move To Heaven sebagai cleaner dan bantu serahkan barang kepunyaan si mati. Awalnya dia menyampah tapi makin lama dia mula faham apa itu trauma cleaners dan belajar banyak perkara sepanjang dia bekerja. Sang-gu mungkin nampak jahat di mata orang lain tapi seorang yang baik pada pandangan Geu-ru.
'People don't like it when death occur in their surroundings. Dad and I have been often asked to move our van too.' - Geu-ru
Walaupun drama tayangan Netflix ni merupakan naskhah dengan genre drama tapi disebabkan konsep yang menarik dan setiap episod mempunyai kisah kematian yang berbeza, buatkan drama ni mempunyai kekuatan yang tersendiri. Selain belajar tentang trauma cleaners, dapat juga didedahkan dengan individu yang mempunyai Asperger syndroms. Penulis juga buka sedikit demi sedikit kisah hidup Sang-gu sehingga ke episod akhir.
Predictable bila watak Geu-ru ubah karakter Sang-gu tapi olahan dari pengarah tu yang bagi impak luar biasa pada penceritaan. Watak Lee Je-hoon dalam drama ni lebih ringan sikit berbanding drama Taxi Driver (2021) walaupun kedua-duanya mempunyai nasib yang sama. Menangis tengok scene dia dengan Su-cheol (Lee Jae-Wook) dan kenapa dia benci sangat dengan Jeong-gu.
Naskhah yang terinspirasi dari artikel pekerja trauma cleaners yang diterbitkan pada tahun 2005, arahan Kim Sung-ho ni sarat dengan emosi dan melodrama pada setiap episod dengan kisah-kisah sedih yang dialami oleh si mati sebelum mereka pergi meninggalkan dunia. Ada yang meninggal sebab cedera parah di tempat kerja tapi tak layak claim insurans sebab majikan kejam, ada yang dibunuh oleh kekasih sendiri, ada yang mayatnya mereput sebab tiada waris atau keluarga. Ada scene yang meloyakan sebab mayat reput sampai bilik tu penuh dengan ulat.
Sinematografi drama Move To Heaven mengukuhkan lagi emosi tersebut dengan penggunaan cahaya pada beberapa babak penting, movement camera semasa kerja-kerja mengemas dijalankan dan beberapa teknik lain dan juga visual effects yang tampak menarik setiap kali watak Geu-ru guna kelebihan minda yang tajam dan daya ingatan yang kuat.
Walaupun drama ni bersifat melankolik tapi visual dia menggunakan warna cerah dan terang. Ada juga beberapa scene menggunakan filter dan tona warna yang cantik. Rumah Geu-ru tu cantik senibina dan interiornya dengan barisan pokok ceri di bahagian tengah jalan. Footage video untuk watak Matthew nampak real sampai rasa macam tengok dokumentari. Penggunaan footage asal mengenai Sampoong Mall yang runtuh pada tahun 1995 dalam episod 10 pun agak mengerikan.
Music soundtrack Move To Heaven kebanyakannya cuma instrumental music dengan alunan lembut dan menenangkan bila kebanyakannya muncul sewaktu watak-watak utama menjalankan kerja-kerja pembersihan. Macam “Träumerei” - R. Schumann Kinderszenen, Op. 15, “Moonlight” - L,v. Beethoven Sonata Op. 27, No. 2 ataupun lagu Merry Christmas dengan instrument Cello. Daripada tak suka mengemas terus rasa nak kemas sebab rasa lega tengok tempat yang berselerak jadi rapi. Some sort of therapy jugak lah scene mengemas dalam drama ni.
Setakat ni belum ada lagi berita ataupun official statement dari team production untuk terbitkan Season 2 tapi ada harapan jugak sebab ada urusan Madam Jung (Jung Ae-Youn) yang belum selesai. Scene akhir antara Geu-ru dengan klien Move To Heaven tu pun macam menarik juga untuk dikembangkan lagi pada Season 2.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Nice..
ReplyDeletemenangis tengok drama ni lagi2 scene Jin Jihee. mantap pelakon drama ni..
ReplyDeleteKreatif betul Korea ni. Ada je idea nak buat siri drama
ReplyDelete