20 Bollywood Movie Bertemakan Keluarga Part 2

Wednesday, 17 November 2021

Bila nampak entry 20 Bollywood Movie Bertemakan Keluarga masuk dalam Popular Post minggu lepas, terus touch up sebab banyak poster hilang. Dah settle touch up baru teringat dah banyak jugak movie Bollywood bertemakan keluarga yang keluar. Ada jugak movie lama tapi baru tengok ataupun tak masuk dalam list sebelum ni. So why not I buat part 2 memandangkan ramai yang mencari. 

Dalam list ni mungkin kebanyakannya ada dekat Netflix since I memang langgan streaming platform tu. Dekat streaming platform lain I tak pasti, kalau ada tu ada lah. Kalau takde, pepandai lah ek. Klik tajuk untuk baca review movie tersebut :)

1. Shaandaar (2015)


Director : Vikas Bahl
Cast : Shahid Kapoor, Alia Bhatt, Pankaj Kapur, Sanah Kapoor, Vikas Verma, Niki Aneja Walia, Sushma Seth, Sanjay Kapoor, Shibani Dandekar
Genre : Romantic / Comedy

Keluarga Arora akan mengahwinkan anak perempuan sulung mereka, Isha Arora dengan Robin Fundwani dek kerana business deal untuk syarikat Shaandaar bersama Fundwani. Mengikut Akta Syarikat, keluarga Arora telah pun diisytiharkan bankrap dan satu-satunya jalan keluar dari status ni adalah dengan berkahwin dengan keluarga kaya. 

Majlis perkahwinan yang gah ni dikendalikan oleh si kacak Jagjinder Joginder aka JJ yang jatuh cinta dengan Alia Arora sejak pandangan pertama. 

2. Sui Dhaaga (2016)


Director : Sharat Katariya
Cast : Varun Dhawan, Anushka Sharma, Raghubir Yadav, Yamini Das, Sawan Tank, Sidharth Bhardwaj, Ashish Verma
Genre : Drama

Mauji cuma pekerja biasa di kedai mesin jahit tapi dianggap kuli batak oleh bos dia. Setiap hari kena berlakon jadi anjing supaya bos terhibur. Masa wedding ceremony anak bos dia pun Mauji kena berlakon jadi anjing depan semua orang sampai jatuh air muka keluarga terutamanya si isteri.

Mamta pujuk Mauji berhenti kerja dan bekerja sendiri sebagai tukang jahit disebabkan bakat terpendam Mauji. Sayangnya bakat tu cuma disimpan di rumah je sebab datuk Mauji jatuh miskin bila jadi tukang jahit sampaikan ayah Mauji bekerja di usia muda untuk tampung keluarga. Bukan keluarga Mauji je tapi kebanyakan keluarga dekat kampung tu senasib dengan diorang.




Director : Vishal Bhardwaj
Cast : Radhika Madan, Sanya Malhotra, Sunil Grover, Vijay Raaz, Namit Das
Genre : Comedy / Drama

Apa jadi kalau musuh dalam hidup ni ialah adik beradik kita sendiri? Memang dari kecik membawa ke besar bergaduhnya. Ada je yang tak puas hati. Sama macam tajuk movie ni, Patakha, suasana dalam rumah memang riuh macam letupan bunga api. 



Director : Qasim Khallow
Cast : Shweta Tripathi, Jitendra Kumar, Vipin Sharma, Deepika Amin, Brijendra Kala
Genre : Comedy / Drama

Masalah keguguran rambut Enakshi bermula sejak zaman sekolah menengah bila ibu dia perasan lepas dia mandi bilik air mesti bertakung dengan air disebabkan tersumbat dengan rambut yang sangat banyak. Sama juga di bantal Enakshi.

Awalnya parents Enakshi ingatkan cuma masalah keguguran rambut biasa tapi makin merisaukan bila kepala Enakshi mula nampak tompok botak di banyak tempat. Kawan-kawan Enakshi mengejek dengan panggilan Gone Kesh (Rambut Hilang) dan Enakshi terpaksa tutup dengan selendang bila keluar dari rumah disebabkan malu. 

5. Pareeksha – The Final Test (2019)


Director : Prakash Jha
Cast : Adil Hussain, Priyanka Bose, Sanjay Suri, Shourya Deep, Shubham Jha, Seema Singh
Genre : Drama

Bucchi selalu bertegur sapa dengan Ms D’Souza dan berborak tentang pembelajaran Bulbbul yang sentiasa dapat markah tinggi di dalam kelas tapi cuma bersekolah di sekolah kerajaan. Kalau ada cikgu yang masuk dapat lah belajar tapi kalau tak ada, Bulbbul akan belajar sendiri. Bagi Bucchi anaknya tu akan jadi lebih baik kalau dapat peluang untuk belajar di sekolah swasta yang bagus.

Satu hari selepas hantar lelaki kaya ke parti, dia terjumpa wallet berisi cash Rs80,000. Bila dia cuba untuk pulangkan, parti tersebut dah pun habis. Isteri dia minta supaya diamkan hal ni dan biar duit tu jadi admission fee Bulbbul ke sekolah yang lebih bagus. Impian tu sebenarnya agak gila untuk golongan kelas rendah tapi hanya pendidikan akan ubah nasib hidup anak tunggal mereka.



Director : Shonali Bose
Cast : Priyanka Chopra, Farhan Akhtar, Zaira Wasim, Rohit Suresh Saraf
Genre : Family / Drama

Diadaptasi dari kisah sebenar kehidupan Aisha Chaudhary yang menghidap Severe combined immunodeficiency (SCID) sejak lahir. Sebelum Aisha, Aditi dan Niren dah pernah kehilangan Tanya yang juga menghidap penyakit genetik yang sama. Niren dah bersyukur bila Ishaan lahir sebab dia takut untuk rasa kehilangan lagi. Aditi percaya dia boleh panjangkan lagi tempoh hayat Aisha walaupun doktor bagitahu perkara tersebut adalah mustahil. 



Director : Raj Mehta
Cast : Akshay Kumar, Kareena Kapoor Khan, Diljit Dosanjh, Kiara Advani, Adil Hussain, Tisca Chopra, Anjana Sukhani, Faisal Rashid
Genre : Comedy

Deepti dan Varun berusaha untuk dapatkan anak selepas 7 tahun berkahwin tapi semua cara mereka gagal sama ada cara moden ataupun tradisional. Mereka bersetuju untuk buat In Vitro-Fertilisation (IVF) di salah satu klinik kesuburan terbaik di Mumbai lepas dengar saranan adik ipar dan suaminya. 

Lepas 12 hari injection sperm, Dr. Sandhya Joshi call untuk buat emergency checkup bila pihak klinik tertukar sperm dengan pasangan lain yang juga ada surname Bhatra – Honey  Monika. Varun dan Deepti ambil keputusan untuk gugurkan kandungan dan saman pihak klinik atas dakwaan kecuaian tapi Bhatra dan Monika merayu supaya baby mereka dikekalkan.



Director : Terrie Samundra
Cast : Riva Arora, Shabana Azmi, Leela Samson, Sanjeeda Sheikh, Satyadeep Mishra, Hetvi Bhanushali
Genre : Horror / Drama

Mengisahkan tentang keluarga kecil Shivangi yang terima panggilan untuk balik ke kampung bila nenek dia jatuh sakit. Parents dia dah mula bergaduh sebab nenek dia tak suka menantu yang tak mampu bagi cucu lelaki. Walaupun sakit teruk tetap tak menghalang mulut nenek dia menghina kelemahan menantu walhal silap tu pada chromosome anak lelaki dia sendiri. Keluarga ni ada rahsia gelap yang disembunyikan dan Shivangi menerima padahnya.

9. Angrezi Medium (2020)


Director : Homi Adajania
Cast : Irrfan Khan, Radhika Madan, Deepak Dobriyal, Kareena Kapoor Khan
Genre : Comedy / Drama

Champak Bansal, peniaga kecil cuba merealisasikan hajat anaknya untuk belajar ke luar negara. Walaupun Tarika slow dalam pelajaran tapi dia berjaya dapat markah tinggi dan peroleh biasiswa untuk belajar di London's Truford University. 



Director : Neeraj Udhwani
Cast : Manisha Koirala, Javed Jaffrey, Nikita Dutta, Shirley Setia, Prit Kamani
Genre : Drama

Mengisahkan tentang anak-beranak yang menjaga legasi keturunan Rustom yang berasal dari Parsi dan pindah ke South Bombay dan buka restoran. Signature menu di Rustom Café ialah Maska Bun ataupun roti disapu butter di bahagian tengah. Roti ni diuli sendiri oleh tukang masak iaitu owner café dengan teknik rahsia. Dari datuk diturunkan kepada ayah dan bakal diwariskan kepada Rumi Irani tapi Rumi ada impian untuk menjadi pelakon di Bollywood. Rumi tinggalkan rumah dan buktikan yang dia akan jadi big star suatu hari nanti. Tapi lepas 3 bulan pergi audition, tak ada satu role pun dia dapat.



Director : Anu Menon
Cast : Vidya Balan, Sanya Malhotra, Amit Sadh, Jisshu Sengupta
Genre : Biopic / Drama

Berteraskan soalan ‘Mampukah genius membina keluarga?’, movie biopic yang diadaptasikan dari kisah hidup ‘Human Computer’, Shakuntala Devi yang diceritakan dari perspektif anak perempuan tunggalnya, Anu setelah bercerai dengan suami yang baik tapi kesunyian. Sejak zaman remaja Devi menjadi tumpuan di London kerana kepintarannya. 



Director : Nitin Kakkar
Cast : Saif Ali Khan, Tabu, Alaya Furniturewala, Kumud Mishra, Chunky Pandey, Kamlesh Gill
Genre : Comedy / Drama

Jaswinder "Jazz" Singh pegang prinsip flying solo, hidup tanpa isteri ataupun anak-anak dan bebas untuk berfoya-foya dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa. Mostly dia jumpa di bar kawan dia, Rocky. Mak dia dah risau Jazz sebenarnya gay macam anak jiran dia. Satu hari seorang perempuan muda bernama Tia datang berjumpa dengan Jazz. Tia bagitahu yang 33.333% kemungkinan Jazz adalah ayah dia.



Director : Sudhir Mishra
Cast : Nawazuddin Siddiqui, Indira Tiwari, Yogesh Yadav, Nassar, Aakshath Das, Sanjay Narvekar, Shweta Basu
Genre : Drama

Movie yang diadaptasikan dari novel Serious Men karya Manu Joseph yang diterbitkan pada tahun 20101 ni mengisahkan tentang usaha seorang ayah dari kasta rendah, Ayyan Mani dalam memastikan anak dia akan dapat pendidikan based on merits dan bukannya sebab kasta.

Di India, kasta mempengaruhi banyak perkara dalam kehidupan rakyat. Baik dari segi layanan mahupun sistem pendidikan serta taraf kehidupan. Rajin macam mana pun, kalau datang dari kasta rendah tetap akan bekerja sebagai kerani dan hidup di slum area.



Director : Raghava Lawrence
Cast : Akshay Kumar, Kiara Advani, Sharad Kelkar, Ayesha Raza Mishra
Genre : Horror / Comedy

Perkahwinan inter-religion antara Rashmi dan Asif tak direstui keluarga sampai mereka berdua ambil keputusan untuk kahwin lari. Beberapa tahun kemudian, Rashmi cuba pujuk ayah dia supaya terima Asif walaupun dia beragama Islam. 

Awal tu memang menyampah tapi bila dia nampak karakter Asif yang baik dan pandai jaga Rashmi, dia pun mula buka hati untuk terima Asif sebagai menantu. Tapi Asif mula buat perkara-perkara pelik seperti pakai sari, pakai gelang tangan ataupun lumur kunyit untuk jaga kecantikan kulit. Seolah-olah perempuan! 




Director : Renuka Shahane
Cast : Kajol, Tanvi Azmi, Mithila Palkar, Kunaal Roy Kapur
Genre : Drama

Mengisahkan tentang 3 generasi wanita di dalam sebuah keluarga yang messed up and broken. Nayantara Apte adalah penulis terkenal era 80-an  dan seorang ibu tunggal tapi perspektif dan lifestyle dia bercanggah dengan anaknya, Anu. Cucunya, Masya pula lebih selesa dengan cara hidup yang konservatif. Masalah bukan muncul pada ketidakserasian tapi sebenarnya pada komunikasi. 



Director : Laxman Utekar
Cast : Kriti Sanon, Pankaj Tripathi, Sai Tamhankar, Manoj Pahwa, Supriya Pathak, Evelyn Edwards, Aidan Whytock, Jaya Bhattacharya
Genre : Comedy / Drama

John dan Summer datang ke India untuk mencari ibu tumpang. Tak perlukan masa yang lama untuk Mimi terima tawaran sebanyak Rs20 lakh tersebut sebab duit tu boleh bantu dia debut di Bollywood. Semuanya berjalan lancar sehinggalah Dr. Asya maklumkan yang bayi dalam kandungan Mimi mengalami Down Syndrome. 

Kecewa dengan keputusan test tersebut, mereka berdua lari tinggalkan Mimi dan minta supaya kandungan tersebut digugurkan. Buntu dengan apa yang terjadi, Mimi pulang ke rumah keluarga dan mengaku Bhanu adalah suami dia untuk mengelakkan keluarga menanggung malu.



Director : Kaashvie Nair
Cast : Arjun Kapoor, Rakul Preet Singh, Neena Gupta, John Abraham, Aditi Rao Hydari, Kanwaljit Singh, Soni Razdan, Kumud Mishra, Divya Seth, Mir Mehroos
Genre : Drama / Comedy

Amreek merupakan cucu kesayangan Sardar dari kecil lagi jadi dia berharap sangat Amreek dapat tunaikan hajat untuk pergi ke Lahore supaya dapat lawat rumah lama di sana sebelum dia meninggal akibat tumor. Rumah tu dibina pada tahun 1940, sebelum India dan Pakistan terpisah menjadi dua negara. Agak susah nak tunaikan hajat Sardar tu sebab dia dah pun disenaraihitamkan dari negara Pakistan akibat pukul kepala Datuk Bandar masa perlawanan kriket. 



Director : Pavan Kirpalani
Cast : Saif Ali Khan, Arjun Kapoor, Jacqueline Fernandez, Yami Gautam
Genre : Horror / Comedy 

Vibhooti Vaidya dan Chiraunji Vaidya yang berkerja sebagai Bhoot Police (Polis Hantu). Ayah mereka, Ullat Baba adalah tantrik yang membantu ramai orang dalam menghalau hantu, makhluk halus dan ubatkan individu yang dirasuk. Tantrik adalah amalan kuno masyarakat India dengan gabungan ajaran Buddha juga Hindu. Antara kes yang Ullat Baba berjaya selesaikan ialah menangkap hantu Kichkandi di ladang teh Silawar. 

Setelah berbelas tahun kejadian tersebut berlaku, kini Kichkandi muncul kembali mengganggu pekerja-pekerja di ladang teh tersebut. Maya Kulbhushan minta bantuan dari Bhoot Police untuk tangkap semula hantu Kichkandi tersebut. Dia tak nak kehilangan satu-satunya legasi peninggalan mendiang ayah dia. 



Director : Seema Pahwa
Cast : Naseeruddin Shah, Vinay Pathak, Vikrant Massey, Konkona Sen Sharma, Vineet Kumar, Manoj Pahwa, Parambrata Chattopadhyay, Supriya Pathak, Deepika Amin, Ninad Kamat
Genre : Comedy / Drama

Kematian guru musik, Ram Prasad ketika cuba bermain piano dalam bilik tidurnya mengejutkan semua orang. Keesokannya kesemua anak, menantu, cucu dan birasnya datang ke rumah untuk upacara terakhir (Tehrvi) juga berkabung selama 13 hari mengikut adat mereka. Anak sulung, Gajraj pastikan upacara berjalan lancar bersama adik-adiknya. Bila dah berkumpul ramai-ramai di bawah satu bumbung, macam-macam perkara yang berlaku termasuklah berebut harta dan mengumpat sana sini. 



Director : Abhishek Jain
Cast : Rajkummar Rao, Kriti Sanon, Paresh Rawal, Ratna Pathak Shah, Aparshakti Khurrana
Genre : Romantic / Comedy

Selalunya konflik untuk pasangan yang nak berkahwin ni diorang akan susah cari tempat untuk majlis kahwin ataupun tarikh yang sesuai tapi movie terbaru dari Maddock Films arahan Abhishek Jain ni mempunyai masalah yang unik bila pengantin lelaki, Dhruv Shikhar mencari ibu bapa palsu. 

Dhruv jatuh cinta dengan Anya Mehra, freelance blogger yang datang untuk cover majlis perasmian peranti Jaadugar yang menggunakan VR untuk melawat keindahan destinasi pelancongan yang popular di India. Cinta berputik antara mereka berdua tapi masalah timbul bila Anya nak berkahwin dengan lelaki yang ada keluarga dan seekor anjing. 

Part 2 is done, happy watching with your family :)

4 comments

  1. Shandaar je yang dah tengok. The Sky is Pink tu banyak jugak review kata best

    ReplyDelete
  2. banyak juga movie yang best dalam list, nanti i ada masa boleh try layan sebab semuanya belum tengok lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. The Sky Is Pink tu nampak menarik.. Bhoot Police tu baru tengok sikit.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.