Jenama minyak wangi yang mula mendapat tempat di pasaran dan perhatian ramai, mengorak langkah dengan membantu 300 orang peniaga tempatan untuk bangkit selepas pandemic Covid-19. Banyak perniagaan tidak terkecuali yang didirikan secara kecil-kecilan oleh golongan usahawan dan peniaga tempatan menerima tempias akibat mata pencarian mereka yang terjejas.
Semangat anak muda yang begitu rajin dalam berusaha mencari rezeki demi terus menyara keluarga dan kehidupan seharian mereka ini lah didokong oleh SugarBomb melalui bootcamp untuk melatih dan mengasah skills jualan, marketing, distribution dan beberapa ilmu lain. Kebanyakan peserta yang datang adalah yang berasal dari kawasan pedalaman negeri Sarawak seperti Lundu, Kabong, Mukah, Sarikei dan banyak lagi.
SugarBomb telah ditubuhkan pada tahun 2017 yang bermula dari belakang oleh Ahmad Azhari atau lebih dikenali sebagai Boss A yang ketika itu baru pulang dari menamatkan pengajiannya di UK Bristol. Bermula dengan hanya 3 orang pekerja, 5 orang pengedar dan 300 botol perfume pada tahun 2017 dan kini SugarBomb bangkit dengan mempunyai 220 orang pekerja, 10,000 orang pengedar seluruh Malaysia dan penghasilan lebih 30 juta botol perfume pada tahun 2021. Dalam masa setahun, SugarBomb mempunyai sebuah Pejabat Urusan, sebuah gudang dan 3 kilang pembuatan.
Misi SugarBomb adalah untuk menjadi jenama wangian terkenal di dalam industri wangian sehingga ke peringkat antarabangsa. Menawarkan harga terendah untuk wangian berkualiti supaya semua orang dapat menikmati wangian yang unik.
“SugarBomb Bootcamp 2021 telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan. Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan aspirasi yang mana rakan-rakan media lain turut sama menyertainya.
Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagilagi dalam musim pandemik COVID-19. Program ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka.”- Ahmad Azhari bin Rosli, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd
Bootcamp yang berlangsung selama dua hari pada hujung minggu ni bermula dengan sesi berkenalan atau ice breaking pada waktu pagi disusuli dengan ucapan dan kata-kata semangat dari Boss A dan beberapa top seller yang lain. Diteruskan pula dengan seminar tentang marketing dan production.
Untuk sesi petang pula kesemua peserta diberi peluang untuk bereksperimentasi dengan mengenal pasti jenis bauan yang digunakan dalam minyak wangi SugarBomb sama ada jenis Musky, Woody, Floral, Fruity ataupun Spice. Susah juga nak bezakan yang mana satu sebab ada bau yang seakan sama macam Floral dan Musky. Fruity yang paling mudah sebab bau dia manis. Masa eksperimen berjalan ada 11 orang pakar kimia yang memantau serta membantu peserta. Kumpulan yang dapat kenal jenis bau dengan tepat akan diberikan ganjaran.
Pada sebelah malam pula peserta akan berhibur bersama kumpulan hip-hop terkenal Malaysia, Ruffedge yang menyanyikan lagu-lagu hit mereka seperti “Khayalan”, “Bila Rindu” dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, “Kau Memang Da Bomb”. Majlis makan malam tersebut untuk meraikan dan menghargai semangat kesemua peserta yang hadir ke Sugarbomb Bootcamp 2021 dengan tagline Bangkit Dengan SugarBomb.
Keesokannya pula peserta akan merangka dan membuat business strategy plan untuk tahun 2022 bersama beberapa orang panel dan tokoh usahawan SugarBomb. Kesemua aktiviti bermanfaat ni diharap akan membantu ramai usahawan dan dalam masa yang sama menarik lebih ramai lagi peniaga, usahawan, anak muda atau sesiapa sahaja untuk menceburkan diri sekaligus mengubah nasib hidup ke arah yang lebih positif.
Tak hairan kalau semua peserta rasa semangat dan enjoy join SugarBomb Bootcamp 2021 ni sebab peribadi dan persona Boss A sendiri seorang yang ramah, mesra, tak lokek dengan senyuman dan mudah diajak berbual. Dalam masa 5 minit dah boleh dapat banyak input mengenai produk SugarBomb dan program ni.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SugarBomb atau dapatkan info terkini mengenai produk SugarBomb boleh hubungi mereka di laman web https://wearesugarbomb.com/ atau laman sosial media Instagram dan Facebook.
Semoga lebih ramai yang mendapat manfaatnya
ReplyDeletewahhh
ReplyDeletewah bersemangat sekali semuanya!
ReplyDeletegood program
ReplyDelete