Selangor Tak Ada Air Lagi

Wednesday, 13 October 2021

Sebulan sebelum pihak Air Selangor buat kerja-kerja penyelenggaran paip loji, notis tentang kawasan-kawasan terlibat dikeluarkan di posrtal dengan laman sosial. Memandangkan Selangor dah keluar notis untuk tadah air disebabkan gangguan bekalan air, maka kitorang pun isi air untuk bekalan selama 2 hari. Walaupun benda tu dijangka dalam 4 hari tapi area sini jarang lah terkesan. 

Sebab tu dekat office ni ada 2 tong air itupun just in case je kalau tak ada air sebab dah habis musim PKP jadi ramai lah orang dah masuk office. Boleh jadi tangki air pun tak cukup stok. 

Danial yang mendengar kata


Masuk kerusi pun boleh....


Kak Nora beusaha gigih di pantry untuk tadah air

Sebagai rakyat Selangor yang mendengar kata, I tak pernah ada masalah pun kalau pihak Kerajaan Negeri nak tutup bekalan air sebab diorang akan bagi notis awal dari tarikh. Fikir logik lah kan, dah lama guna material mesti lah dia akan rosak, dia perlu diselenggara. Makin dekat dengan tarikh, makin trending lah perkataan Selangor sebab ramai yang merungut. 

Menyampah jugak bila tengok yang merungut tu yang bukan orang Selangor pun tapi tangan tu eiii mengada betul. Lain cerita lah kalau air tak ada awal dari tarikh 13hb tu haaa boleh lah nak marah tapi dah tadah air kan, apa yang nak dimaghohkan sangat?

Bila tak ada air, tisu dengan air minuman dekat Lotus' mesti kosong punya orang dah borong sakan. Anyway sepanjang 13hb Oktober sampai ke 16hb Oktober tu elok je ada air baik dekat rumah ataupun dekat office. So slow-slow je lah guna air tadahan tu sampai habis. Takkan nak buang ye dak? 

5 comments

  1. Ofis ammi masuk list tapi alhamdulillah elok je ada air

    ReplyDelete
  2. Rumah saya takde air, tapi takdelah sampai 4 hari. 2 hari je air dah ada balik.

    ReplyDelete
  3. kalu dpt notis awal, ok skt la sbb boleh buat persediaan. yg x tahan tu ..main tetiba je, eh x de air? hah sudah....

    ReplyDelete
  4. Yup.. kadang yang melebih tu bukan orang Selangor pun.. tapi nak juga menyibuk..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.