Pintu Surau Terkunci

Thursday, 14 October 2021

Sejak minggu lepas dah perasan tombol pintu surau macam dah longar. Nak kena pusing habis bila buka pintu tapi tak lah teruk sangat sampai nak tercabut ke apa. Cuma plate dekat tombol tu dah tercabut. Masa hari kejadian tu dah terdetik nak minta tolong sesiapa tukarkan tapi terlupa pulak. 

Bila Danial tanya siapa ada dalam surau, I jawab Ain lah kot sebab tadi dia kata nak solat. Tapi Danial kata Ain ada dekat luar dah. Takkan terkunci dekat dalam kot? Ah masak....


Ikutkan diorang nak pecahkan je pintu tapi takut nanti framing rosak pulak sebab pintu tu untuk dinding partition je bukan dinding batu. Memandangkan flooring dekat luar ni luas dan bersambung ke surau, Danial try lah masuk ke surau nak tengok apa punca. Pintu terkunci sebab lock dalam tombol pintu tu dah masuk dalam. Even nak buka dari dalam pun tak boleh. Pastu dah alang-alang Danial dekat dalam tu, mintak tolong lah dia ambil semua telekung yang ada dekat surau.Takkan nak bergilir pakai telekung yang sama sampai dua tiga orang kan? Kang basah lencun pulak telekung tu. 


Masa ni blok sebelah dah usha sebab tak ada lagi orang keluar dekat belakang ni. Kitorang terpaksaaaa, takkan nak pergi panggil BOMBA datang pulak kan? Petang sampai malam usahakan tombol pintu tu baru la berjaya bukak lepastu tukar tombol pintu baru. Lepas ni kalau nampak tombol tu dah mula meragam dah boleh dah cepat-cepat tukar. 

5 comments

  1. Haaaa.. sy pernah tau, terkunci dalam bilik yg tombolnya rosak. Yg dari dalam tak boleh buka, yg dari luar apatah lagi. Kesudahannya terpaksalah dipecahkan 😂

    ReplyDelete
  2. ohh nasib baik tak terkunci masa dh dalam surau, tak pepasal memanjat cam danial tuk keluar 😁

    ReplyDelete
  3. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ♥️🌷 Salam Maulidur-Rasul

    ReplyDelete
  4. bahaya weh tombol rosal jo..tiba2 kita sorang kat dalam naya..

    ReplyDelete
  5. Woah kalau time tu sorang sorangg kat dalam tu memang nangis lah

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.