Movie Review | Thalaivii (2021)

Sunday, 24 October 2021

Director : A. L. Vijay

Writer : Rajat Arora

Cast : Kangana Ranaut, Arvind Swami, Nassar, Bhagyashree, Raj Arjun, Madhoo, Jisshu Sengupta, Thambi Ramaiah, Shamna Kasim and Samuthirakani

Production Company : Zee Studios, Vibri Motion Pictures, Karma Media And Entertainment, Gothic Entertainment, Sprint Films

Distributor : Zee Studios, Netflix

Genre : Biography / Drama

Running Time : 153 minutes

Release Date : 10 September 2021

Trailer :


Thalaivii merupakan biopik yang menceritakan perjalanan hidup seorang pelakon terkenal, Jayaram Jayalalithaa di industri filem Tamil dan dalam masa yang sama aktif di industri Kannada dan Telugu. Jaya (Kangana Ranaut) mula berlakon sejak zaman remaja dan debut dalam movie Tamil bersama M. J. Ramachandran (Arvind Swami) sebagai heroin. Sepanjang karier Jaya, dia bekerja sebanyak 28 buah filem bersama MJR sebagai pasangan kekasih. 

Sejak awal lagi Jaya mula jatuh cinta dengan MJR kemudiannya ikut jejak langkah pelakon terkenal yang diangkat sebagai Tuhan oleh para peminatnya ke dunia politik. Asalnya Jaya tak berminat langsung dengan dunia politik tapi setelah melihat sendiri kanak-kanak yang terpaksa bekerja supaya dapat makan, dia mula ambil tahu dan bergiat aktif dan diberi nama jolokan ‘Amma’.

First half movie Thalaivii menceritakan hidup Jaya sebagai pelakon wanita yang diuruskan oleh ibunya, Sandhya (Bhagyashree) dan juga pembantunya, Madhavan (Thambi Ramaiah). To be honest tak ada apa pun yang menarik pada first half movie ni sebab hidup dia cuma bergantung dengan MJR. Movie zaman 80-an sehingga 90-an pula tak banyak pun ruang dan peluang yang diberikan kepada watak heroin. Masuk zaman millennium baru ada movie female-centric. Cringe bila tengok kisah cinta diorang sebab MJR tu dah la suami orang, tua pulak tu. Cara dia manipulate supaya Jaya stay dengan dia pun menyakitkan hati. 

Bila pengarah bawa dunia politik masuk ke dalam biopik ni baru lah momentum cerita mula meningkat disebabkan ada konflik dan ketegangan juga cabaran yang perlu Jaya tempuh bila dunia politik didominasi oleh kaum lelaki. Walaupun PM pada ketika itu ialah Indira Ghandi (Flora Jacob) tapi menteri dari Tamil Nadu tak dilayan atas alasan mereka tidak pandai berkomunikasi dalam English dengan baik. 

Patutnya pengarah A. L. Vijay lebihkan pada dunia politik sebab karakter Jaya dapat berkembang dengan baik dan kebijaksanaan dia terserlah pada fasa tu. Kalau ikutkan kisah sebenar, lama juga dia pegang Tamil Nadu sampai 6 kali berturut-turut menang dalam pilihanraya selepas kematian MGR. Ni bukan typo tau sebab nama asalnya M. G. Ramachandran (MGR) tapi dalam movie ni diubah kepada MJR. Bukan setakat ubah nasib kanak-kanak supaya mendapat pelajaran selayaknya malah membantu ramai wanita untuk capai impian dan cita-cita mereka di negeri tersebut. 

Banyak kejayaan Jayalalitha tak diceritakan dengan baik dalam biopik ni disebabkan penulis Rajat Arora lebih fokus kepada kisah percintaannya dengan MJR sedangkan bakti dia lebih besar dan sepatutnya diberikan ruang untuk menjadi peneraju semangat kepada kaum wanita. Mungkin olahan biopik ni lebih menarik kalau diberi kepada pengarah Bollywood macam Neeraj Pandey atau Omprakash Mehra. 

Pengarah masukkan juga scene upacara terakhir MGR dalam movie Thalaivii ni sebab famous gambar tu bila Jaya dan isteri MGR berada di keranda meratapi pemergian lelaki tersebut. MGR dengan Jaya tak pernah berkahwin dan bercinta secara senyap-senyap walaupun jelas sangat hubungan mereka tu di depan media dan kepada sesiapa yang kenal mereka berdua. Tak tahu kenapa isteri MGR masih setia dengan perkahwinan walaupun terang-terang dicurangi. 

Berbalik kepada movie Thalaivii, Kangana Ranaut tambah 20kg berat badan untuk mendapatkan fizikal yang sama dengan Jayalalitha semasa berada dalam dunia politik. Kangana juga belajar menari Bharatnattyam sebab mendiang Jaya merupakan antara penari terbaik Bharatnattyam pada zaman tu. Tarian tersebut digunakan untuk lagu Nain Bandhe Naino Se. Cara Kangana lakonkan watak Jaya baik sebagai pelakon memang sama dengan karakter sebenar. Tapi pengarah tambahkan drama untuk fasa politik sebab karakter Jaya yang sebenar adalah seorang ahli politik yang tenang dan lembut, sesuai lah dengan jolokan ‘Amma’ tersebut. 

Sinematografi Thalaivii yang dihidupkan oleh Vishal Vittal ada kalanya nampak seperti try hard dengan VFX dan green screen dalam beberapa scene. Music score not bad lah tapi lagu Thalaivii berjaya menambahkan impak pada penceritaan ketika Jaya mula tawan hati pengundi dia dan juga penonton. 


Tak pasti lah kalau Kangana Ranaut boleh bawa pulang Best Actress dari National Award untuk watak Jayalalitha tapi yang pastinya lakonan dia memang cemerlang sebagai figura tersebut. Meremang bulu roma bila dia bersumpah akan datang ke Assembly hanya bila dia dapat sandang jawatan Chief Minister dan babak dia minta ahli parti untuk keluar sekiranya ada masalah bekerja dengan wanita. 

Sayang lah lakonan cemerlang Kangana juga barisan pelakon lain nampak tersia oleh skrip dan olahan yang lemah. Tak lah teruk sangat tapi kita nampak ada ruang yang boleh diperbaiki untuk menjadi naskhah yang mantap. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.4/10 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.