Jatmiko (Bhisma Mulia) ialah seorang pemilik kedai kopi yang bergelut dengan masalah kewangan bila kedainya jarang dikunjungi. Berkonsepkan café moden dengan interior menarik dan menghidangkan kopi-kopi international akhirnya terpaksa ditutup sebab tak mencapai target untuk bayar bil bulanan. Sampai lah satu hari Saras (Denira Wiraguna) muncul dan mencuri hati Jat.
Khas untuk Saras, kopi yang dibancuh berbeza dengan kopi-kopi lain bila Jat menggunakan kopi Tembang Manis. Kopi ni adalah hasil gabungan tiga jenis biji kopi – Robusta dari Banaran, Arabica dari Temanggung dan yang terakhir ialah Excelsa dari Wonosobo. Sebelum dikisar, kesemua biji kopi perlu digongseng (dipanggang) dahulu.
Kebetulan Saras sedang mencari bahan untuk thesis dia tapi sulit untuk dia bekerja bila ramai lelaki yang suka berdrama datang mengganggu dia. Jat mula menghulurkan bantuan dan menceritakan tentang kopi Tembang Manis dan proses pembuatan minuman istimewa yang dihasilkan dari generasi ke generasi. Anehnya Jat tak pernah cuba untuk jual minuman sedap ni di café miliknya. Kenapa simpan buat yang teristimewa kalau boleh berkongsi kebahagiaan tu dari orang lain yang lebih menghargai? I mean, coffee lovers mesti happy bila dapat minum kopi yang sedap selain Americano, latte atau cappuccino yang boleh didapati di mana-mana café kan?
Tarikan utama filem Sobat Ambyar (The Heartbroken Club) yang diarahkan oleh dua pengarah - Charles Gozali dan Bagus Bramanti ni adalah penampilan istimewa oleh penyanyi terkenal, Didi Kempot yang diberi nama jolokan King of Heartbroken Songs. Movie ni adalah movie yang pertama dan yang terakhir dia buat penampilan khas. Watak Jat juga adalah peminat setia penyanyi tersebut.
Dari tajuk movie pun dah boleh agak perjalanan cerita macam mana cuma kita tak tahu perjalanan ceritanya sahaja bagaimana. Masa tengok Saras bagitahu pasal lelaki-lelaki yang mengganggu dia pun dah tahu perangai dia macam mana cuma watak Jat ni terlampau naïf sebab karakter dia pun pemalu. Memang mudah sangat untuk Saras ambil kesempatan. Tengok muka dia menggoda pun dah boleh nampak ni bukan pertama kali.
Olahan movie ni tak lah menarik sangat sebab elemen drama tu tak mendalam sebagaimana dalamnya emosi pada lagu-lagu Didi Kempot. Selain dari drama, movie terbitan Netflix ni juga banyak bergantung pada babak komedi yang ada masanya tak lah menjadi sangat. Watak lelaki-lelaki yang mengganggu juga try hard untuk menghidupkan suasana kelakar tapi penulis tak kembangkan dengan baik. Mungkin lebih menarik kalau letak backstory bagaimana Saras permainkan cinta diorang?
Objektif pengarah adalah menjadikan Sobat ambyar sebagai tribute kepada penyanyi Didi Kempot tapi lebih baik kalau diterangkan lebih banyak lagi tentang penyanyi terkenal tersebut supaya yang tak kenal jadi kenal. Kenapa lagu dia menjadi pengubat lara kepada mereka yang patah hati? Instead of biarkan watak Pet (Erick Estrada) yang ajar Jat untuk move on dan menghargai orang sekeliling. Tak faham kenapa Saras nak datang balik untuk pulangkan rantai emas vintage yang Jat belikan kalau karakter dia digambarkan sebagai antagonis dalam kisah cinta mereka berdua.
Banyak plot yang tak dikembangkan dengan baik walhal barisan pelakon deliver watak dengan bagus. Bhisma Mulia dan Denira Wiraguna pun nampak serasi dan comel untuk babak-babak romantik. Visual yang menarik oleh Hani Pradigya dan music album dengan lirik yang meghidupkan mood juga sesuai dengan situasi antara faktor positif dalam movie Sobat Ambyar. Untuk tontonan santai bolehlah layan.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10
Bila plot yang tak dikembangkan dengan baik ni, boleh ganggu emosi yang tengah menonton juga kan
ReplyDelete