Movie Review | Sardar Udham (2021)

Sunday, 24 October 2021

Director : Shoojit Sircar

Writer : Ritesh Shah, Shubhendu Bhattacharya

Cast : Vicky Kaushal, Kirsty Averton, Stephen Hogan, Shaun Scott, Banita Sandhu, Amol Parashar

Production Company : Rising Sun Films, Kino Works

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Bioghraphy / History / Drama

Running Time : 162 minutes

Release Date : 16 October 2021

Trailer :


‘In the war that is at our door step, the empire will need all her fighting men. In the last war, I filled all the quotas for the Indian soldiers. Over 100,000 Sikh soldiers from my Punjab fought for the crown. And I made sure that the Indians contributed generously to the war loan. The Empire was and is a force for good. And that is why, ladies and gentlemen, it is not only our right but our duty to rule India. Without us, they will return to savagery, looting and killing one another.’ - Michael O'Dwyer 

Yang tengok pun menyirap bila dengar ucapan Michael O’Dwyer (Shaun Scott) di Caxton Hall, London apatah lagi Udham Singh (Vicky Singh) sendiri. Siapa yang bagi dia hak untuk menjajah dan membunuh rakyat negara tersebut tanpa sebab? Kekejaman Michael O’Dwyer yang membunuh seramai 20,000 orang penduduk Amritsar di Jallianwala Bagh pada 13 April 1919 diceritakan dalam naskhah terbaru Shoojit Sircar melalui watak pejuang yang lahir di tanah Punjab. 

Dari pengalaman dan penceritaan Udham Singh yang bekerja dengan Michael O’Dwyer, pesara askar tersebut merupakan seorang yang zalim. Tujuan dia membunuh semua yang hadir sebagai tanda protes adalah untuk hadirkan rasa tenang tanpa bunyi bising meminta itu dan ini. Saiz peluru yang askar British guna tu memang besar sampaikan ada anggota badan yang hancur atau terputus. Tak kisah lah yang tua, wanita atau kanak-kanak, semuanya ditembak tanpa belas. 

Udham Singh tak pergi perhimpunan aman tersebut sebab dia berehat selepas penat bekerja di kilang. Dia terjaga bila kawan sebilik datang dalam keadaan yang cedera parah akibat ditembak askar British. Udham cuba mencari Reshma (Banita Sandhu), kekasih dia yang bisu di sana tapi end up jadi sukarelawan mencari dan selamatkan mangsa yang masih hidup untuk dibawa ke hospital. Sudahlah menembak rakyat Punjab, bekalan air juga terputus disebabkan perintah berkurung yang dikenakan. 

Udham Singh kemudiannya turut serta dalam perjuangan menentang askar British bersama Bhagat Singh (Amol Parashar) dalam HRSA dan pergi ke London setelah kematian tokoh pejuang tersebut. Di sana, Udham berjumpa dengan pertubuhan expat India dan mengumpul maklumat mengenai Michael O’Dwyer selama 6 tahun. 

Olahan Shoojit Sircar untuk biopic Udham Singh ni berbeza dengan naskhah biopic yang lain bila pembunuhan Michael O’Dwyer berlaku pada first half movie dan flashbacks demi flashback dipertontonkan melalui penceritaan Udham semasa di dalam penjara sementara menunggu hukuman digantung mati. 

Dalam movie Sardar Udham ni tak ada langsung lagu yang diselitkan sebab pengarah nak emosi tu wujud sepenuhnya dari lakonan Vicky Kaushal dan penceritaan. Tapi untuk I yang dah biasa dengan kehadiran lagu dalam elemen drama atau emosi memang terasa hambar dan bosan pada first half tapi rasa gerun tu mula wujud bila tengok babak pembunuhan secara besar-besaran di Jallianwala Bagh. 

Perasaan tu berlarutan sehinggalah ke hujung movie. Lagi sakit hati bila tengok credit scene di mana Jeneral Reginald Dyer (Andrew Havill) dan Michael O’Dwyer tak ada rasa kesal atau bersalah pun dalam sesi sosal siasat dengan Hunter Commission. Memang patut lah Udham Singh bunuh tanpa rasa kesian sebab diorang rasa ada hak untuk jajah negara orang lain dan rampas apa saja harta negara tersebut. Penduduk Amritsar sampai sekarang terkesan dengan pembunuhan tersebut sebab pasca pembunuhan tersebut mereka mengalami masalah kebuluran bila seramai 4 juta orang meninggal dunia. 

Dah la penjajah ni tinggalkan trauma yang mendalam dari generasi ke generasi, tubuhkan sistem dan wujudkan jurang perbezaan yang sukar untuk dihapuskan sehingga sekarang, lepastu sejarah dihapuskan untuk buang rasa benci atas nama keamanan dunia. Tak cukup dengan tu ramai pula menyanjung tinggi negara-negara penjajah. Sama lah dengan Udham Singh bila banyak lagi dokumen rasmi dia disorokkan oleh beberapa pihak tertentu. Segala apa yang diceritakan dalam filem ni adalah berdasarkan apa yang ditulis dalam diari Udham Singh sendiri. 

Kekuatan movie Sardar Udham bukan setakat pada sinematografi yang mantap hasil karya Avik Mukhopadhyay bila menggunakan transition dan bermain dengan camera angle untuk  menghidupkan penceritaan secara realistik dan sarat dengan emosi, malah penggunaan props yang digunakan seiring dengan latar masa pada tahun 40-an juga diberikan perhatian yang teliti. 

Movie Sardar Udham ni merupakan projek impian Shoojit Sircar dan Vicky dah buat yang terbaik melalui lakonan cemerlangnya dalam avatar pejuang yang bermatian menentang ideologi penjajah yang kejam. Boleh nampak Vicky bawa balik banyak award tahun depan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

5 comments

  1. aduhhh cerita macam ni klo tengok emo seminggu ni..memang best masuk dalam wishlist

    ReplyDelete
  2. kalau Pana rate 9/10 maknanya best sungguh la tu..

    ReplyDelete
  3. LH pernah tengok cerita India yang tak ada lagu. Tapi cerita tu memang berat. Tak ingat cerita apa. Drisyham kot. India banyak keluarkan cerita-cerita bersejarah macam ni. Sebab tu, dunia tau mengenai sejarah diorang, Disebabkan movie-movie macam ni lah, diorang lebih menghargai sejarah

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing your review. suka period/historical movie macam ni. main emosi betul

    ReplyDelete
  5. Naskah yang berat dan sampai pada penonton..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.