Pengarah : Jeihan Angga
Penulis Skrip : Jeihan Angga
Pelakon : Rizky Nazar, Michelle Ziudith, Ephy Sekuriti, Totos Rasiti, Ria Irawan, Rasyid Karim
Syarikat Produksi : MD Pictures, Dapur Film
Penerbit : Disney+ Hotstar, Netflix, Vidio, Viu
Genre : Satira / Komedi
Durasi Tayangan : 93 minit
Tarikh Tayangan : 21 November 2019 (JAFF), 5 March 2020 (Indonesia)
Trailer :
Sebelum ni pernah nampak blogger Tiara share pasal movie satira komedi arahan Jeihan Angga ni dekat blog dia. Masa scroll Netflix ternampak pulak movie ni terus tekan play sebab naskhah santai. Mengisahkan tentang Eddy (Rizky Nazar) yang ingin menunaikan haji di Mekah supaya dapat berkahwin dengan kekasihnya, Eni (Michelle Ziudith).
Malangnya dia ditipu oleh ejen pelancongan tapi salah dia jugak sebab dengan mudah percaya dengan penjual tiket yang dia jumpa di tepi jalan. Watak Eddy ni seorang yang tak boleh diharap sebab buka bengkel pun gagal bila tak ada ilmu mengenai automotive pun. Mak dia selalu lemah jantung bila nampak ada kereta meletup dekat kampung tu. Dah tahu dah siapa punya angkara.
Sama la jugak dalam kes nak pergi Haji ni bila dia tak buat research langsung tentang ejen tersebut. Kita yang tengok ni pun dah nampak that guy is shady. Tapi nak dijadikan cerita jugak kan, menangis lah Eddy dengan si Fajrul (Ephy Sekuriti) lepas tahu ditipu dengan ejen yang sama. Nak balik ke kampung, takut. Nak tak nak terpaksa lah bekerja dengan Pak Rojak (Rasyid Karim) dan tumpang tinggal di rumahnya.
Nasib baik lah Eddy dengan Fajrul ni ada skills masing-masing sampai perniagaan Pak Rojak yang hampir melingkup boleh berkembang dengan baik. Dalam masa yang sama, Eddy minta bantuan Fajrul untuk edit gambar dia di Mekah untuk dihantar kepada Eni dan bapanya (Totos Rasiti). Cadangnya Hari Raya Aidilfitri nanti dia akan pulang ke Jawa kemudian berkahwin dengan Eni. Berjaya tak plan tersebut kena tengok sendiri lah.
First half movie ni memang I tak enjoy langsung sebab menyampah dengan watak Eddy dan juga beberapa babak yang try hard untuk buat lawak. Lagipun I tak boleh nak relate dengan keputusan Eddy untuk pergi ke Mekah sampai gadai aset yang dia ada. Tapi tu lah realiti masyarakat Muslim sekarang sampai berhutang sana-sini walhal pergi Haji tu untuk yang mampu. Masuk second half baru lah syok nak layan especially part Eddy balik ke kampung dia tu dengan scene Pak Soleh mute suara Eni dekat gunung tu.
Memandangkan movie Mekah, I’m Coming ni terbitan MD Pictures jadi tak hairanlah kalau sinematografi hasil karya Robby Herbi memukau dengan keindahan kawasan pergunungan. Walaupun pengarah Jeihan Angga baru debut dengan movie ni tapi paparan visualnya diolah dengan bagus sekaligus menghidupkan babak kelakar dengan pergerakan kamera yang kreatif. Wardrobe dan art team juga menyerlah dengan busana yang cantik terutamanya pada kumpulan qasidah Eni.
Lakonan Rizky Nazar sebagai Eddy yang loser tapi baik hati antara kekuatan movie satira ni. Dia tak berlebihan untuk buat komedi ataupun tak berlebihan dalam babak putus cinta dengan Eni. Scene dalam tempayan tu kelakar. Movie ni adalah movie terakhir untuk pelakon senior Ria Irawan. Nampak sesuai benar dia jadi ibu kepada Eddy. Cantik anak-beranak tapi kepala masuk air.
Selain dari mesej untuk berwaspada dengan ejen travel haji yang pernah menjadi isu besar di negara Indonesia, mesej supaya jangan menghakimi seseorang pun diketengahkan beberapa kali di dalam naskhah ni. Betul lah apa yang Eddy cakap tu, dia cuma tipu dia berada di Mekah melalui beberapa gambar uang diedit tapi dia tak pernah mencuri duit sesiapa pun.
Movie Mekah I’m Coming ni sesuai untuk tontonan keluarga secara santai supaya dapat ambil pengajaran yang dipaparkan.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8/10
Thnx for the review. Belum berkesempatan menonton. Mcm best pulak
ReplyDeletelayan secara santai not bad la..haha
ReplyDelete