Pengarah : Jason Chong
Penulis Skrip : Azril Hamzah, Jason Chong
Pelakon : Ezzaty Abdullah, Remy Ishak, Aisya Hasnaa, Bront Palarae, Kartina Aziz, Maya Matahari, Hasnul Rahmat
Syarikat Produksi : Grand Brilliance
Pengedar : Primeworks Studios
Genre : Romantik / Drama
Durasi Tayangan : 93 minit
Tarikh Tayangan : 7 September 2017 (Malaysia)
Trailer :
Kau Takdirku mengisahkan Kamar (Remy Ishak) yang lemas di sungai kemudiannya terselamat kerana kain batik yang berada pada bayi perempuan di pinggir sungai. Rasa bersyukur dengan peluang yang diberikan, Kamar bawa bayi tersebut pulang ke rumah.
‘Kamar jumpa ni di tepi sungai. Kamar nak jaga dia boleh? Siapa yang jumpa dia punya, kan?’
Dari kecil sehingga lah Alya (Ezzaty Abdullah) besar, memang tak pernah dia berenggang dengan Kamar dan sebagai abang yang protective, ke mana saja Alya pergi pun dia akan ikut sekali. Kawan-kawan Alya mengusik bila mereka perlu jalani latihan industri di sebuah pulau selama 3 bulan. Kamar awalnya membantah keputusan Alya sebab jurulatih di sana adalah kawan baik dia yang terkenal dengan perangai kaki perempuan. Dia tak nak Alya jadi salah seorang mangsa godaan Haris (Bront Palarae).
Tapi kalau dah jodoh, dihalang macam mana pun tetap juga akan bersama. Alya buat keputusan untuk berkahwin dengan Haris selepas grad dan Kamar berpindah keluar dari rumah neneknya. Nak ubatkan hati yang terluka sebenarnya bila Alya diambil orang padahal dari kecil Kamar anggap Alya lebih dari seorang adik. Nenek (Kartina Aziz) dah lama perasan bila Kamar selalu mengelak untuk berjumpa dengan perempuan lain.
Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan movie terbitan Grand Brilliance padahal ada Bront Palarae sebagai pelakon utama. Bila nampak dekat Netflix terus layan kisah cinta tiga segi arahan dan penulisan karya Jason Chong. Penceritaan Kau Takdirku agak meleset dari apa yang I jangka sebab tajuk dan babak awal juga beberapa hint tunjuk yang Alya adalah takdir Kamar tapi bila dekat ending berubah pula cerita dia.
Plot dia pun macam terlampau ringan dan ringkas untuk dipaparkan selama 93 minit. Personally I rasa kisah cinta tiga segi ni elok jadi telefilem je sebab elemen drama dan melankolik tak disampaikan dengan emosi yang tepat. Pendirian Alya pun senang berubah mengikut kehendak penulis. Bila cerita tu perlu bersimpati dengan Kamar, hati Alya beralih kepada Kamar dan bila Haris nak bawa diri, hati Alya pindah perasaan kepada Haris pula. Tapi logik lah sebab dalam dunia Alya pun ada Kamar dengan Haris je. Tak sempat nak keluar teroka dunia luar, dah kena ikat dengan perkahwinan dan tanggungjawab.
Cara pengarah mewujudkan konflik pun kelihatan merepek terutamanya bila watak Haris beria nak turun laut dalam untuk mencari mutiara cantik buat Alya sedangkan cuaca masa tu buruk. Pengarah tunjuk ada angin kuat dan kilat dalam babak tu. Kita orang biasa ni pun tahu betapa bahayanya turun laut masa tu tapi watak Haris yang memang tinggal di laut tak peduli asalkan dia dapat apa yang dia nak.
Sinematografi dan visual movie Kau Takdirku nampak cantik dan menarik sebab lokasi penggambaran dibuat di Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Even rumah Nenek tu pun cantik dengan props yang moden walaupun rumah tu dah berapa banyak kali dah muncul dalam beberapa filem, telefilem atau drama tempatan. OST dari Datin Alyah pun sesuai dengan mood melankolik movie ni.
Movie ni dah lama kena peram atas sebab-sebab tertentu jadi bila muncul pada tahun 2017 memang kurang lah mendapat sambutan sedangkan selera penonton dah keluar dari cerita air mata macam ni. Okay lah kot dapat masuk Netflix, boleh lah nak buat balik modal. Boleh lah fans Remy ataupun Bront layan untuk hilangkan rindu.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10
Lama rasanya tak tengok cerita lakonan Bront.
ReplyDeletePsst..nanti tengok sini ya https://www.syaznirahim.com/2021/10/topcommentatorseptember2021.html
tak pernah tahu pun pasal drama ni..hehee walhal kalau lakonan Bront Palare memang selalu best..
ReplyDeletehurm..memang tak tahu pun kewujudan cerita ni. Di Malaysia ni kalau genre romantik, buat drama bersiri laku lah. Kalau filem rasanya lepas Ombak Rindu dan Pilot Cafe, takde dah filem romantik yang betul-betul best
ReplyDeleteTak pernah tgk juga
ReplyDeleteMenarik drama ni.. tak tgk lg pun. Remy ishak nampak mudaaa
ReplyDeleteOk.. Akak xpernah tau pun cerita ni... Nak kena tgk la walaupun fana kata byk x logik kan.. Bront dengan remy punya pasal 🤣
ReplyDeleteTak pernah tahu pun ada movie ni. Nak tengok movie melayu lah senang sambil buat kerja sebab tak tengok boleh faham dialog mereka hahah
ReplyDeleteUish gandingan Bront dan Remy..
ReplyDelete