Movie Review | Gerald's Game (2017)

Sunday, 17 October 2021

Director : Mike Flanagan

Writer : Mike Flanagan, Jeff Howard

Cast : Carla Gugino, Bruce Greenwood, Chiara Aurelia, Carel Struycken, Henry Thomas, Kate Siegel, Bryce Harper

Production Company : Intrepid Pictures

Distributor : Netflix

Genre : Horror / Drama

Running Time : 103 minutes

Release Date : 19 September 2017 (BFI Southbank), 29 September 2017 (United States)

Trailer :


Sebelum ni dah pernah baca review menarik dari blogger Maizan untuk movie Gerald’s Game yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama hasil karya penulis terkenal, Stephen King. Pengarah dan penulis Mike Flanagan dah lama mencari peluang untuk buat movie adaptasi dari novel tersebut sejak zaman sekolah menengah lagi. Tak hairan lah kalau karya dia diberikan sepenuh perhatian dari segala aspek dengan sebaik mungkin. 

Mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Gerald (Bruce Greenwood) dan Jessie (Carla Gugino) cuba untuk selamatkan alam perkahwinan mereka dengan cara yang luar dari kebiasaan. As you can see in the poster, Gerald goes that way. Tapi percubaan menuju kebahagiaan tu bertukar tragedi malang bila Gerald kena serangan jantung tanpa Jessi mampu berbuat apa-apa sebab tangan yang digari di katil. 

Tak lama kemudian anjing liar datang dan makan sedikit demi sedikit anggota badan Gerald dan menunggu Jessi sebagai santapan seterusnya. Tak mungkin Jessi mampu lepaskan dari gari tersebut dan badan dia semakin lemah akibat kekurangan air dan makanan. Sementara menunggu bantuan, dia berhalusinasi dan berbicara dengan Gerald dan diri dia sendiri. 

Gerald yang muncul adalah watak ciptaan Jessi dan karakter suami yang dia harapkan digabungkan dengan karakter sebenar. Ada masanya Gerald akan tunjukkan simpati dan prihatin tapi dia juga manipulative dan agresif. Manakala Jessi adalah diri dia yang optimis dan tenang supaya dapat cari jalan untuk keluar dari kemelut tersebut. Dinamik karakter dan kekuatan lakonan Carla Gugino dan Bruce Greenwood buatkan beberapa babak drama meninggalkan impak tersendiri. 

‘Everybody's got a little corner in there somewhere; a button they won't admit they want pressed. Year after year, I barely gave you a glimpse of mine.’ - Gerald

Walaupun filem ni cuma berkisar tentang survival strategy Jessi tapi sepanjang 103 minit, filem ni tak rasa bosan pun sebab sentiasa ada rahsia dan plot yang pengarah paparkan untuk buat penonton teruja nak tahu apa akan jadi seterusnya. Terutamanya rahsia Jessi (Chiara Aurelia) dengan Tom (Henry Thomas) masa gerhana bulan. Licik dan manipulatif untuk sorokkan jenayah dia sampai tinggalkan trauma yang mendalam kemudiannya dorong Jessi untuk berkahwin dengan Gerald. 

‘The people who were supposed to protect you from the monsters turned out to be monsters themselves...’ – Jessi 

Kehadiran Moonlight Man (Carel Struycken) a.k.a Crypt Creeper pula mengerikan dan mengelirukan sebab tak pasti sama ada Jessi berhalusinasi ataupun lelaki tersebut benar-benar wujud. Kalau dia wujud kenapa dia tak bunuh Jessi? Kalau dia cuma ilusi, kenapa anjing liar tersebut menyorok dan takut? 

‘People are safe from ghouls and ghosts and the living dead in the daylight. And they're usually safe from them at night, if they're with others. But a person alone in the dark... women alone in the dark are like open doors, Jessie, and if they scream for help, who knows what might answer. Who knows what people see in the moment of their solitary death. Is it so hard to believe that some of them might have died of fear? No matter what the words on the death certificate say... died of fear... because they saw, at their bedside, the Moonlight Man. Maybe that's just what death looks like.’ – Gerald 

Watak Moonlight Man dicipta dari pembunuh sebenar Ed Gein pada tahun 1950 di mana dia membunuh 2 orang perempuan dan mencuri barang kepunyaan mayat yang baru meninggal di tanah kubur. Jenayah yang dilakukan menjadi inspirasi kepada beberapa filem seperti Psycho, The Texas Chainsaw Massacre, dan The Silence Of The Lambs.

Novel Stephen King kebanyakannya berkisarkan tentang trauma dan ketakutan yang dialami pada zaman kanak-kanak yang kemudiannya memberi impak sehingga dewasa. Sama juga dengan movie Gerald’s Game bila trauma yang dialami Jessi membuatkan hidup dan perkahwinan dia sengsara. Selain dari menyelamatkan diri dari mati kebuluran, anjing liar, pembunuh bersiri, Jessi juga perlu keluar dari trauma toxic parenting. Totally love the ending. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.