Director : Tejas Prabha Vijay, Deoskar
Writer : Tejas Prabha Vijay, Deoskar, Devashree Shivadekar
Cast : Madhuri Dixit, Sumedh Mudgalkar, Sumeet Raghavan, Vandana Gupte, Renuka Shahane, Ritika Shrotri
Production Company : Dark Horse Cinemas, DAR Motion Pictures, Blue Mustang Creations
Distributor : Dharma Productions, AA Films
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 130 minutes
Release Date : 25 May 2018
Trailer :
‘Bucket list is my identity. Without it, my life holds no purpose.’ – Radhika (Ritika Shrotri)
Madhura Sane (Madhuri Dixit Nene) hanya seorang suri rumah biasa tapi mengalami masalah jantung. Disebabkan kemalangan jalan raya, Sai meninggal dunia dan keluarganya bersetuju untuk mendermakan jantung kepada Madhura. Terhutang budi dengan penderma jantungnya, Madhura buat keputusan untuk lunaskan semua impian Sai sebelum hari jadinya yang ke-21.
Mohan (Sumeet Raghavan) tak ada masalah dengan keputusan Madhura asalkan isteri dia ingat tanggungjawab terhadap keluarga dan mertua. Tak mungkin juga Madhura mampu tunaikan semua impian yang ditulis dalam bucket list tersebut bila ada impian yang merepek seperti digari oleh pihak polis, going viral ataupun bergambar dengan pelakon terkenal, Ranbir Kapoor.
Movie debut Madhuri Dixit di industri perfileman Marathi ni seakan sama dengan movie English Vinglish (2012) lakonan mendiang SriDevi. Bezanya, skrip movie tersebut lebih kemas dengan mesej sosial yang membuka mata dan bersifat women empowerment. Manakala Bucket List terbitan Dharma Productions ni lebih kepada hiburan yang menggunakan genre komedi supaya alur cerita tampak relevan.
Sepanjang 130 minit kita cuma nampak keterujaan Madhura untuk lunaskan impian Sai tapi kita tak diceritakan macam mana bucket list Sai ni membantu Madhura sebagai individu ataupun sebagai si ibu. Lagi bertambah pelik bila Madhura bertegas untuk stay di India sedangkan Mohan perlu berpindah ke San Jose selepas naik pangkat. Bukan ke sepatutnya perubahan ni jadi peluang untuk dia hidup dengan nafas baru dengan keluarga kecil dia?
Kenapa Madhura nak terkesan dengan pendirian Salil Deshpande (Sumedh Mudgalkar) sedangkan watak dia tak cuba nak faham pun situasi Madhura sebagai seorang ibu dan isteri? Dia tahu nak marah je setiap kali muncul. Penulis juga sengaja timbulkan elemen drama dengan wujudkan konflik dalam rumahtangga Madhura dan Mohan beberapa jam sebelum berlepas sedangkan boleh diselesaikan dengan cara baik. Sepatutnya Madhura jadi lebih matang tapi dia pula bersikap keanakan lepas penuhi bucket list milik Sai. Baik penulis tambah momen Madhura dengan mak Sai sampai dia tersentuh kemudiannya karang puisi.
Patutnya scene dekat Langkawi tu dah boleh tick satu wishlist Sai tapi pengarah sengaja je drag. Dah la movie ni tak lah kelakar mana, panjang pulak tu sampai 130 minit. Fans Madhuri mungkin akan kecewa lah dengan movie ni sebab tak ada pun dance performance dari Madhuri macam dalam movie dia yang lain. Ingatkan babak dia jumpa Ranbir Kapoor tu diorang nak menari sama-sama sebab chemistry diorang cantik kot masa menari lagu Ghagra dalam movie Yeh Jawaani Hai Deewani (2015). Got excited for nothing tskkkk
Patutnya pengarah kurangkan babak Madhura dengan Mohan ataupun buat watak mereka ada masalah rumahtangga sebab Madhuri nampak canggung dengan Muneet. Lagu romantik tu pun macam tak perlu sebab draggy. Better kalau pengarah letak sebagai promo materials je dan buat Hindi version sebab lagu dia best. By the way saree yang Madhura pakai dekat Langkawi tu kemain panjang, bersih Langkawi dia sapu.
Sayang lah bila debut movie Madhuri tersia dengan skrip yang lemah dan cliché padahal Madhuri boleh buat lebih dari yang pengarah paparkan dari watak Madhura tu. Facepalm bila tengok trailer movie Bucket List ni sebab apa yang menarik dalam full movie semua dah ditayangkan dekat dalam trailer so what’s the point of watching?
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10
Ya.. Saya pernah tengok. Agak membosankan
ReplyDeletebukan selalu identiti penderma organ ni rahsia ke, macam mana Madhura tahu pasal Sai dan bucket list tu?
ReplyDeletesebab dia jumpa dengan wartawan yang cover pasal accident Sai tu hahaha tak logik tapi kasi ye je lah
Deletenampak banyak flaws movie ni bila baca review awak..haha
Delete