Movie Review | Back To The 90's

Saturday, 9 October 2021

 

Director : Yanyong Kuruangkura

Writer : Yanyong Kuruangkura

Cast : Baifern Pimchanok Leuwisetpaiboon, Achita Pramoj Na Ayudhya, Dan Aaron Ramnarong, Vaan Chanintorn Jitpreeda, Phone Chonlakarn Puangnoy, Mam Vichuda Pindum

Production Company : Mono Pictures

Distributor : Netflix

Genre : Time travel / Romance / Comedy

Running Time : 111 minutes

Release Date : 19 March, 2015

Trailer :


Masa scroll dekat Netflix ternampak poster ada muka Baifern sebagai heroin, terus tekan play sebab suka dengan lakonan dia. Masa tu tak tahu pun movie ni ditayangkan pada tahun 2015 sebab konsep dan tema movie ni pun berkisarkan time travel di mana Kong (Dan Aaron Ramnarong) balik ke zaman 90-an dan berkenalan dengan bapa dia, Tam (Vaan Chanintorn Jitpreeda). 

Hubungan Kong dengan ayah dia tak baik pun sebab di mata dia, Tam ni sibuk dengan kerja dan selalu abaikan keluarga. Bila balik je mesti lukakan hati mak dia, Mam (Mam Vichuda Pindum). Ada saja yang tak kena dan nama yang selalu menjadi punca haruslah nama Som (Baifern Pimchanok Leuwisetpaiboon). 

Bila Kong patah balik ke zaman 1994, dia dapat kenal siapa sebenarnya Som dan kenapa Tam sentiasa prihatin dan ambil berat. Majikan Tam bagitahu yang Som adalah adik kepada kawan baik Tam yang meninggal secara mengejut. Siapa nak jaga Som yang yatim dan sebatang kara di situ? Dalam diam, Som simpan perasaan dengan Tam dan berharap agar Tam putus dengan Mam. 

Putus pun, belum tentu Tam nak terima Som sebab dia anggap tak lebih dari seorang adik. Sayang dia pada Mam memang dalam sampaikan sanggup berkorban untuk kebahagiaan Mam. Kelakar bila Kong sampai dekat zaman 90-an tu bila dia serabut nak adapt. Pelik dia tengok perangai Som yang sanggup dating berjumpa Tam untuk bagitahu sepatah dua perkataan je. Kan senang kalau hantar text dekat LINE je. 

Zaman tu nak telefon pun kena fikir ayat ataupun prepare skrip dulu sebab rate mahal. Sekarang ni bersepah telco yang offer pakej unlimited calls. Ada internet laju dah boleh WhatsApp call ataupun Zoom. Tak payah nak naik bas ataupun motor datang jumpa orang tersebut. Petrol mahal :’)

Tarikan movie ni bukanlah pada kisah cinta bersegi antara Som, Tam, Mam mahupun Kong tapi kepada suasana dan props yang wujud pada zaman 80-an. Dalam bilik penuh bertampal poster band alternative rock yang mendapat tempat di hati remaja. Tam dan Som ada minat yang sama sebab tu senang untuk Som jatuh cinta di saat dia kehilangan tempat bergantung. Kesian dekat Tam jugak sebab tersepit antara dua. Nak salahkan Mam pun tak boleh jugak sebab dia boleh nampak agenda sebenar Som. Kira tepat lah keputusan takdir untuk hantar Kong balik ke zaman 90-an tu. 

‘I'd rather spend my time here making good memories than living with regret.’ - Som

Memandangkan genre movie ni ringan je tapi lakonan Baifern tetap menyerlah dan mencuri tumpuan dalam kesemua scene dia sepanjang 111 minit tayangan. Sayangnya chemistry dia dengan Dan Aaron Ramnarong kelihatan lemah sampaikan kisah cinta mereka tak meninggalkan impak mendalam. Mungkin sebab Dan masih kekok ataupun dia tak selesa dengan watak Kong atau co-star dia. 

Nasib baik visual dengan summer grading tone dan music score yang sarat dengan lagu-lagu genre alternatives dihimpunkan untuk menaikkan mood dan sesuai dengan jalan cerita yang dipaparkan oleh pengarah dan penulis Yanyong Kuruangkura. Not bad lah nak layan tapi rasa macam lagi menarik kalau dikembangkan lagi kisah cinta Mam dengan Tam. At least ada la jugak kisah cinta yang kuat sebagai menepati kehendak genre kan?

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

3 comments

  1. menarik ni. bolehlah ubat rindu zaman 90an, zaman kanak-kanak

    ReplyDelete
  2. movie ringan dan kembali ke zaman lalu.. menarik ini..

    ReplyDelete
  3. best juga movie ni tapi masuk second half macam lemau betul nak habiskan..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.