'Hi Unifi, wifi connection saya slow lah.'
'Dah cuba restart modem?'
Selalunya kalau call memang macam ni je lah respond yang I dapat bila connection slow sampai ganggu urusan kerja. Bukan setakat kerja kita tak boleh buat, satu office pun terkesan. Dah lah sekarang makin banyak online meeting dan court hearing. Geram je bila boss bising pasal wifi ni.
Then I dapat tahu pasal MESH wifi, pakej baru dari pihak Unifi tapi kecewa bila call sebab diorang tak boleh install dekat office ni. Katanya sebab dah guna business plan yang paling tinggi so dah tak perlu ada MESH pun. Pelik jugak lah masa tu sebab kalau paling laju, kenapa teruk sangat connection dia? Dah panggil technician pun dia kata ni yang terpaling laju dah. Modem dengan router semuanya okay tak ada masalah pun.
Banyak jenis internet adapter dah kitorang guna dekat office ni tapi line masih sama jugak. Dah buat aduan dekat MCMC pun sama jugak, masih lagi slow. Setiap kali call Unifi memang ulang dialog yang sama je. Every weekend memang tutup wifi sebab taknak dia overheat sampai connection jadi lemah. Selang 3 hari mesti restart modem tu supaya dia tak overheat tapi masih sama.
Dari bulan lepas dah perasan connection makin slow. Mungkin sebab musim tengkujuh. Mungkin jugak sebab 5G tower installation. Tapi..... tu semua teori rambang je. Terpaksa lah I call Unifi lagi. Tak bestnya bila call Unifi ni kita kena tunggu lama sangat untuk dapat bercakap dengan operator dia. But Alhamdulillah, today went well.
I baru tahu apa maksud sales department Unifi bila dia kata office I tak boleh pakai MESH. Turns out dekat bangunan pejabat Oasis Square Ara Damansara ni tak ada fibre optic. Business plan yang kitorang guna sekarang ni cuma provide internet speed sebanyak 50mbps dan guna VDSL (Very high-speed digital subscriber line). VDSL ni guna cooper dan sebab tu lah tak boleh nak upgrade dah kepada pakej internet yang lebih tinggi sebab pakej yang lebih tinggi speed ni guna fibre optic.
Kalau nak upgrade jugak kena install dulu fibre optic ataupun tanya dekat technician team sama ada boleh install infra ataupun tak dekat bangunan tu. Dalam masa yang sama boleh daftar nama pejabat dan alamat pejabat dekat mana-mana TM Point untuk dimasukkan dalam Fibre Optic Request List. Bila dah daftar dekat request list ni pihak TM akan buat survey dan penilaian sama ada tempat tu sesuai ataupun tak untuk pemasangan fibre optic. Nak tahu berapa lama masa yang diambil untuk proses tu memang susah nak jangka sebab berbeza tempat, berbeza masalah dan struktur dia.
Kalau bangunan pejabat selalunya ada pihak pengurusan so boleh jugak minta diorang yang liaise dengan pihak TM. Lepas dah habis dengar penjelasan pihak Unifi tu, I terus call pihak JMB nak tahu kalau diorang dah pernah request untuk fiber optic installation. And yuppp they did. Yeayyy!
JMB dah daftar masa awal tahun haritu dan pihak TM dah hantar orang untuk proses pemasangan fibre optic. Mungkin dijangka siap dalam hujung bulan November jadi bulan Disember lah paling awal pun dapat upgrade business plan dengan speed yang lebih laju sampai 800mbps. Hopefully tak tertangguh lagi lah, jelak dah dengan isu wifi slow ni.
Susah nak buat kerja kalau wifi slow. Dulu saya hadap benda sama dengan unimobile. Asyik kata akan pergi cek je, tapi sama je. Lama lama, tukar la.
ReplyDeletekat office lama ammi di sebelah Evolve tu..kitoarng guna TIME rasanya.
ReplyDeletekat office baru ni kene pakai UNIFI sbb itu je yg ada kat bangunan ni..kuota maxis dah penuh. Sendu je masa awal2 tu sampailah guna MESH pastu guna router sendiri. nak harap modem unifi semata mmg hmmmm jelah
Dekat rumah pun WiFi mcm loading
ReplyDeleteBila sy bukak blog melalui phone ni
Hmm kita bab benda ni tak berapa faham sangat. tapi rasanya kat office tu guna unifi kot. memang sendu tapi kadang-kadang tu ok juga la.. tapi apa-apa kita mudah guna data sendiri je untuk buat kerja kalau tak jenuh la
ReplyDeleteMemang tak best internet slow bila nak buat kerja. Lagi-lagi kalau nak cepat. Semoga opis awak dapat upgrade secepat mungkin
ReplyDeleteKat area kampung2 pedalaman macam wak ni
ReplyDeletenilah maslah utamanya.
Dekat area tempat akak nie pun baru pasang fibre optic.. sebab ada permintaan dan okay untuk dipasang..
ReplyDelete