Lagu Nang karya Ezra Kong bertemakan kisah mitos lagenda mengenai Putri Gunung Banang, salah seorang adik-beradik Putri Gunung Ledang. Kalau Putri Gunung Ledang terkenal dengan 7 syarat aneh kepada Sultan Melaka, Putri Gunung Banang yang terletak di pinggir Batu Pahat pula terkenal sebagai penjaga kawasan tersebut.
Tak semua orang dapat melihat kecantikan puteri tersebut sebab dia tinggal di perkampungan bunian. Kalau dicari memang tak jumpa tapi kalau sesat dalam hutan, kemungkinan dia akan munculkan diri. Ada yang kata Putri Gunung Banang adalah penjaga harta di alam bunian. Kisah puteri ni pernah dijadikan filem pada tahun 1959 terbitan Shaw Brothers dan pernah juga diceritakan dalam lagu Sharifah Aini.
Kalau dulu komposer dan penulis lirik Pak Ngah yang selalu buat lagu dengan genre etnik kreatif tapi sekarang Ezra Kong pula yang tiup dan hidupkan kembali warisan budaya kita kepada generasi muda. Lagu ni boleh tahan lah sebab melodi dia rancak tapi lirik lagu tu tak menarik penceritaannya ditambah pula sebutan Iman Troye yang kurang jelas.
Kudos to team production terutamanya art team dan VERSE 1wardrobe team yang sediakan busana songket yang cantik dengan fesyen yang menarik.
LIRIK LAGU NANG
Penyanyi : Iman Troye
Lirik : Ezra Kong, A. Ramlee
Komposer : Ezra Kong
Studio : XO House
VERSE 1
Kicau murai batu puteri
Bunyi-bunyian jelita
Tak nampak waktu dicari
Bila sesat di jumpa
Satu di antara tujuh
Datangnya dari Jawa
Baru bertemu aduh aduh
Kau tanya namanya
Baru bertemu aduh aduh
Ini jawabnya...
PRE CHORUS
Nada malam irama pujangga
Teringat gurindam aha aha
CHORUS
Nung ba ba ba ba
Nang nang nang
Ho-o-wo
Asalkan aku bahagia
Yang penting kita senang bila bersama-sama
Asalkan kita bahagia
Tidak perlu punya apa-apa
Nang nang nang
Nang nang nang kita
Tidak perlu punya apa-apa
Nang nang nang
Nang nang nang kerna
Kerana kau berhati mulia
VERSE 2
Puncaknya menjulang tinggi
Menghadap selat Melaka
Jika tak kau ketahui
Ini kisah lagenda
Adik beradiknya tujuh
Oh cantik dan menggoda
Baru bertemu aduh aduh
Ku tanya namanya
Baru bertemu aduh aduh
Dan ini jawabnya...
Nada malam irama pujangga
Teringat gurindam a-ha a-ha
Nung ba ba ba
Ba nang nang nang
Ho-o-wo
Asalkan aku bahagia
Yang penting kita senang bila bersama-sama
Asalkan kita bahagia
Tidak perlu punya apa-apa
Nang nang nang
Nang nang nang kita
Tidak perlu punya apa-apa
Nang nang nang
Nang nang nang kerna
Kerana kau berhati mulia
BRIDGE
Walaupun miskin dan tak berharta
Namun hatinya jujur saksama
Cukuplah buat hamba
Ho-o-wo
Asalkan aku bahagia
Yang penting kita senang bila bersama-sama
Asalkan kita bahagia
Tidak perlu punya apa-apa
Nang nang nang
Nang nang nang kita
Tidak perlu punya apa-apa
Nang nang nang
Nang nang nang kerna
Kerana kau berhati mulia
POST CHORUS
Bukan kerna rupa bukan kerna harta
Kerana kau berhati mulia
Bukan kerna rupa bukan kerna harta
Ia
Kerana kau berhati mulia
Kerana kau berhati mulia
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.