Drama Review | Hometown Cha-Cha-Cha

Tuesday, 19 October 2021

Director : Yu Je-won

Writer : Shin Ha-eun

Cast :  Shin Min-a, Kim Seon-ho, Lee Sang-yi, Kim Young-ok, Lee Yong-yi, Lee Bong-ryun, In Gyo-jin, Hong Ji-hee, Gong Min-jeung, Jo Han-cheol

Production Company : Studio Dragon, GT:st

Distributor : Netflix

Genre : Romantic / Comedy 

Running Episodes :  16 episodes (60 minutes per episode)

Release Date : 28 August 2021 – 17 October 2021

Trailer : 


Drama yang trending di Netflix arahan Yu Je-won ni mengisahkan tentang Yoon Hye-jin (Shin Min-a), doktor gigi yang kehilangan kerja di Seoul akibat pergaduhan dengan majikan. Dalam keadaan mabuk dia telah membuat posting mengutuk perangai majikannya di dalam forum komuniti doktor pergigian. Walaupun pendirian dia ada benarnya tapi perbuatan tersebut membuatkan ramai klinik lain tidak mahu mengambil dia bekerja. 

Stress dengan situasi tersebut, dia tenangkan jiwa di Gongjin, kawasan kampung yang terletak di tepi pantai yang indah. Gongjin merupakan tempat yang mempunyai kenangan buat dia dan ibunya ketika kecil. Sedang dia termenung di tepi pantai, kasut tumit tinggi dia hanyut dibawa ombak. Nasib baik lah Hong Du-sik (Kim Seon-ho) perasan kemudian pulangkan kepada Hye-jin. 

Disebabkan Du-sik cuma jumpa sebelah sahaja, terpaksa lah dia pinjam selipar tandas Hwajeong Raw Fish Restaurant. Kebetulan Hwa-Jeong (Lee Bong-ryun) nampak Hye-jin dan panggil dia untuk lunch di situ. Bila Hwa-jeong tahu Hye-jin adalah doktor gigi dia cuba pujuk supaya buka klinik gigi di Gongjin sebab mereka terpaksa pergi sejauh 30 minit untuk dapatkan rawatan. 

Dari situ bermulalah perjalanan kehidupan Hye-jin sebagai doktor gigi di Gongjin, mengenal budaya di situ dan perjalanan cintanya. 

“Money and success aren’t the only valuable things in life. Happiness, self-contentment, world peace, love… Anyway, life isn’t a mathematical situation. It doesn’t have a clear answer. There’s no right answer either. You’re just given a problem and it’s up to you how you solve it.” – Hong Du-sik

Drama Hometown Cha-Cha-Cha adalah remake kepada filem Mr. Handy, Mr. Hong (2004) arahan Kang Seok-beom dan Shin Jung-goo. Tak pernah lagi tengok filem tu tapi yang pastinya drama keluaran eksklusif Netflix ni lebih menarik dan dikembangkan dengan lebih baik oleh penulis Shin Ha-eun. Bila dibikin dalam template drama ni lebih senang penonton kenal setiap watak yang ada dan rasa connected sepanjang 16 episod. 

Jalan cerita Hometown Cha-Cha-Cha sebenarnya ringkas dan cliché sebab drama yang biasa kita jumpa dalam hidup kita seharian tapi olahan pengarah yang kreatif bila dia wujudkan beberapa misteri dan tease penonton pada episod-episod awal kemudian jelaskan sedikit demi sedikit. Sebab tu penonton berteka-teki dan curious nak tahu jawapannya. 

‘You see, there are three mysteries in Gongjin. Number one, the real reason why Ms Yeo and Mr. Chang divorced. Number two, Chief Hong’s whereabouts for five years.’ – Mi-seon

Nak tahu misteri yang ketiga tu tengok sendiri lah drama ni haha anyway drama ni sarat dengan kejiranan, pengajaran tentang kehidupan, perhubungan dan persahabatan. Elemen komedi, drama dan romantik diadun dengan baik menjadikan drama ni cukup rencahnya. Lakonan semua pelakon baik yang utama mahupun sampingan menyerlah dalam watak yang diberikan. 

Seon-ho dengan Min-a nampak sama cantik sama padan untuk lead pairing dengan chemistry yang kuat untuk babak romantik. Suka tengok watak Du-sik dengan Hye-jin buat aktiviti sama-sama di Gongjin. Basuh selimut dekat laman rumah nenek Gam-ri (Kim Young-ok), jalan-jalan dekat pantai Gongjin ataupun cycling sambal menikmati angin laut. Dah la memang suka tengok Min-a berlakon especially kalau dia buat scene gedik sebab comel sangat. Dia senyum bahagia pun cantik! Wardrobe dia pun cantik kebanyakannya sebab dia memang suka dengan fesyen dan barang berjenama. 

Kalau dah nampak Studio Dragon sebagai syarikat produksi, dah tak perlu nak risau dah bab visual sebab team production akan paparkan panorama latar tempat dengan indah. Bot milik keluarga Du-sik atas bukit, suasana pantai Gongjin, ladang gandum dan banyak lagi. Selain keindahan semulajadi, interior dan props unit kepunyaan setiap watak dihias mengikut karakter mereka. Rumah Du-sik dan bar kepunyaan Oh Yoon (Jo Han-cheol) antara my favorite picks sebab menggunakan citarasa vintage. 

Tapi ada satu scene yang menggunakan vfx dan lemahkan visual sebab ketara benar perbezaan dengan babak lain. Patutnya tak perlu pun sebab laut Gongjin tu dah cantik dah. Nasib baik lah dalam drama ni tak ada ramen sotong walaupun penduduk Gongjin suka makan sotong. Menangis terliur tengok menu diorang kalau ada yang melibatkan sotong. Tapi craving pulak tengok scene Hye-jin dengan Du-sik makan ketam. 

Music album drama Hometown Cha-Cha-Cha hasil karya Lim Ha-young ni pun not bad lah, sesuai dengan mood, emosi dan penceritaan macam lagu Always - Seungmin Stray Kids. Lagu yang paling best ialah lagu daripada idol group rekaan, D.O.S masa diorang perform on stage untuk festival di Gongjin. 


Drama yang bertemakan healing ni hadir tepat pada waktunya di saat ramai yang mula stress berkurung terlampau lama atau sesak dengan kehidupan kota. Duduk dekat kawasan kampung pun tak ada masalah sekarang asalkan ada internet dengan courier service macam dekat Gongjin kan? Tapi tu dekat Korea lah, Malaysia ni macam hmmm tengok tempat la kot. 

Dekat hujung drama ni ada banyak situasi yang lebih kurang sama dengan Seon-ho berkenaan skandal dengan ex-girlfriend dia. Dah la marathon layan drama ni masa skandal tu keluar terus rasa macam sama benar dengan situasi sekarang. Hopefully dia buat comeback lepas dia berehat dan selesaikan masalah peribadi dia sebab sayang bila bakat yang besar dalam dunia lakonan tu tersia. Fighting Chief Hong!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

2 comments

  1. dah lama dia dalam industri baru je nak popular dah jadi macam ni. kesian betul..

    ReplyDelete
  2. Kesian dia.. tu lah.. harapnya isu dia tu dapat selesai dan dia muncul balik.. suka tengok senyuman dia.. drama ini tak tengok lagi..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.