B.I Online Concert with LiveXLive!

Monday, 4 October 2021


Lepas sebulan tunggu tarikh 3 Oktober 2021 muncul, akhirnya penantian tu tamat juga. Sebab tak nak terasa lambat sangat, I sibukkan diri dengan kerja je. Kebetulan pulak bulan September memang busy jadi online concert ni adalah self-reward. Takut jugak tau kalau terlepas online concert ni sebab tiket yang kitorang beli adalah live ticket. Dah lah ni pertama kali join konsert atas talian. Pertama kali jugak tengok konsert B.I secara solo. Eh semua lah pertama kali!


B.I pun bagitahu walaupun ni online concert tapi dia tetap nervous untuk perform depan ID. Selalunya kalau pergi konsert ada lightstick tapi untuk fandom ni tak wujud lagi. Online concert je kan, bukannya B.I nampak pun kitorang bahaha. Ada ID yang guna Konbat je untuk ambik feel dekat konsert. Beberapa hari sebelum konsert, B.I suruh ID pakai baju warna kuning sebab dia kata comel. Dia nampak comel, kitorang rasa macam itik haha


Untuk online concert ni ada pakej meet and greet dengan B.I tapi dalam beberapa minit je dah sold out. Tahniah la untuk 100 orang yang berjaya jumpa B.I walaupun seminit je tempohnya. Seminit pun dah cukup untuk bahagia ye dak? 


Punyalah excited nak layan konsert even tengok pengumuman penaja keluar pun happy. One thing for sure, baik konsert fizikal ataupun konsert atas talian, kedua-duanya tetap start lambat dari yang dijadualkan hahaha

Persembahan pertama dari Pink Sweats dengan 4 buah lagu. since I tahu lagu At My Worst je, quite mehhh la bila dia nyanyi 3 lagi lagu. Sambil layan lagu dia, sambil lipat baju. Kau hado?!

Persembahan kedua dari Afgan woot woot! I tak sangka betul Afgan boleh naikkan nama dekat industri Kpop. Haritu dia kolaborasi dengan Jackson Wang untuk lagu M.I.A, kali ni dengan B.I pulak untuk lagu Lost At Sea. Afgan makin ganteng sekarang. Suara pun makin sedap. Age like a fine wine. 


Habis je performance Afgan, terus keluar teaser B.I, perghhhh sakan menjerit sebab happy konsert dah nak start. Ha'ah memang lah tadi dah start tapi penyanyi dia bukan B.I kan? Hewww B.I start dengan lagu Waterfall dari album Waterfall. Then dia stop kejap untuk greet semua fans. 

"Hello everyone! my fans, my love, IDs" 


I faham bila dia berucap dalam English je. Tang Korea I faham annyeong je lah kan. Sengih je lah walau tak faham. Kemudian B.I sambung performance dengan illa illa, Got It Like That feat Destiny Rogers. Ingatkan Destiny perform dekat situ rupanya dia nyanyi asing. Tak syok lah sebab nak tengok chemistry diorang masa perform on stage. 

Menariknya online concert ni bila 131 Label guna skin melengkung dengan visual yang menarik sesuai dengan lagu yang dipersembahkan. Lighting dengan spotlight pun membantu menghidupkan suasana dan mood persembahan tu. Walaupun serba ringkas tapi konsep dalam online concert ni menarik. As always, creative!


Maybe sebab SOP covid, tak ramai pun dancer yang B.I bawak naik atas stage. Yang rasa mengimbau kenangan bila dia bawak dancer seramai 6 orang siap ada yang berbadan kecil macam Jay iKON. I cannot lah kalau small hints macam ni. Rasa nak nangis sebab rindu iKON. Menjerit lagi bila B.I perform lagu One and Only dan Be I sebab lagu ni release masa dia dalam YG. 


Lagu Be I tu mungkin lah dah jadi hak milik dia sebab lagu tu untuk survival show Show Me The Money 3 tapi One and Only tu ada dalam album Return - iKON. Boleh tak nak jadi badut and assume B.I dah beli semua lagu iKON? Since dia producer dan song writer kan? 

Terharu tengok B.I guna mic stand dengan microphone Swarovski yang fans dia hadiahkan. Earpiece pun ID yang hadiahkan untuk dia guna. Bila dia perform lagu Help Me lepastu berpaut pada mic stand tu as if simbolik kepada situasi masa zaman perit dia lepas kena buang dari YG. Fans trend hashtag dan ucapan supaya terus kuat dekat florist B.I sampai dia buat keputusan untuk stay dan bergerak solo. 


Sepanjang konsert ni kejap happy, kejap rasa nak nangis, kejap rindu sebab B.I cakap Long Time No See. Untuk orang luar mungkin benda biasa lah tapi untuk iKONIC ataupun IDKONIC, benda tu mengimbau kenangan lah sebab ada lagu berjudul Long Time No See dari zaman Mix & Match (2014) dulu. Lagu untuk iKONIC yang support Team B sejak WIN (2013)


Dalam lagu iKON banyak adlib 'uwiiiii' sebab B.I suka buat adlib macam tu tapi dalam album Waterfall tak wujud langsung adlib tu. Bila dia buat dekat konsert rasa macam dia sengaja drop hint lol *clowning is free*

Happy tengok B.I perform dengan Tablo dan Epik High sebab senior dia dalam YG dulu tapi friendship stays sampai sekarang. Sadly Lee Hi tak dapat join online concert ni. Kalau tak, dah boleh perform No One, Daydream dengan Savior sama-sama. 


Lepas performance dengan Epik High, ada Illusion Radio bila DJ Hanbin jumpa dengan singer B.I which is cute! Sebelum ni dah ada yang pernah buat dah macam IU etc. It is not new but still cute. Sebab balance game yang B.I main dalam radio tu terus trending Bobby dekat Twitter sebab B.I pilih headband bunny. Bersepah la tweet yang berkait dengan Double B. Hopefully lepas iKON keluar dari YG, album Double B boleh release sekali. 


Tak habis dengan Bobby, makin kecoh Twitter bila B.I nampak macam Yunhyeong masa dia perform lagu Flow Away. Tak tahu lah dia sengaja drop hints ke apa, dah la B.I serumah dengan Yunhyeong masa dekat YG dulu. Bila B.I lapar, Yunhyeong masakkan. Bila perform atas stage pun dia suka tease Yunhyeong aaaaa penat lah macam ni. 


Hujung konsert rasa sedih lah sebab dah nak habis dah bila semua lagu B.I dah nyanyi. Lagu dalam album Waterfall kebanyakannya lagu sedih walaupun rentak dia rancak sebab B.I memang suka konsep macam tu. Macam lagu Remember Me dengan Gray. Koreografi dan performance pun comel. B.I kata dia tak nak menangis dekat konsert ni tapi masa dia nyanyi lagu Re-Birth tu boleh nampak mata dia bergenang. 


Adat lah dalam concert ada encore session, B.I pun dah faham sangat dengan perangai fans dia. Dekat encore, ada lagu Lost At Sea yang dibikin khas untuk konsert ni. Dia cakap kalau boleh dia nak buat konsert sampai 3, 4 jam tapi memandangkan dia baru ada 1 album je so terpaksa lah tamatkan konsert dengan hati yang berat. Pelik jugak kenapa dia tak nyanyi lagu-lagu dalam album Midnight Blue. Lagu Blossom, Remember Me dengan Midnight Blue tu best kot. Mungin sebab dia tak nak nangis. Lagu dalam album tu syahdu teruk.


“I can’t hear your voice but I can feel it. I finally found another reason to live, it’s because of you guys.” - Hanbin

Walaupun online concert je tapi tetap happy dan rasa berbaloi beli tiket sebab boleh have fun sepanjang 2 jam lebih dengan B.I dan artis-artis undangan lain. Tak sabar nak tunggu online concert Bobby pulak. Nak tunggu iKON macam tak kesampaian je hajat tu sebab 2021 dah nak habis, comeback album pun tak keluar lagi. 



Anyway, lepas konsert B.I update IG dengan semua hadiah yang dia dapat dari ID dan staff sebagai tanda penghargaan. Terima kasih B.I sebab cipta kenangan bersama haa gitteww. Tak sabar nak enjoy album kedua dia. 

1 comment

  1. Aduh!! Baca luahan Farhana ni pun dah boleh faham perasaan seorang peminat tu.. Such a great reward for yourself.. Nice..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.