Producer : Jung Chul-min
Cast : Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Nam Ji-hyun, Chae Jong-hyeop
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021
Trailer :
Sama macam episod-episod sebelum ni bila Jae-sok akan sakit kepala dan pasrah setiap kali the girl puji penampilan masing-masing.
‘As far as I can conclude, that’s just an everyday greeting.
1. You’re so cute
2. You’re so beautiful
3. You’re so sexy
Those are just greetings. ‘ – Jae-sok
Dekat intro scene lagi set The Sixth Sense dah berbunga sebab Jessi bagitahu yang mak dia suka tengok Sang-yeob. Tambah berbunga bila panel jemputan Nam Ji-hyun dan Chae Jong-hyeop dijemput masuk. Bukan setakat Mijoo dengan So-min yang tersengih tengok Jong-hyeop, yang dekat rumah pun tersengih sekali. Dia senyum comel hiksss
Tema untuk episod ni ialah ‘Spiciness Makes Us Craves It!’ so kesemua panel kena teka yang mana satu restoran palsu hasil rekaan team production yang bertungkus-lumus mencipta tempat dan menu baru semata-mata untuk perdayakan panel. Sambil main game sambil membantu peniaga restoran yang kebanyakannya terjejas akibat pandemik covid-19.
Restoran pertama menghidangkan menu Spicy Braised Chicken with Crab dengan 4 tahap kepedasan yang berbeza. Level pertama owner guna serbuk cili Cheonyang, level kedua dengan serbuk cili Hanoi merah, level ketiga pula dengan serbuk cili Habanero manakala level terakhir, yang terpaling pedas di restoran tersebut ialah dengan menggunakan serbuk cili Carolina Reaper.
Carolina Reaper tu yang terpaling pedas sampai pernah masuk dalam Guiness World Book Record so bila ada customer yang request Level 4, owner cuba pujuk supaya tak pilih tahap tu. Tapi setiap hari mesti ada Level 4 yang terjual.
Restoran kedua, Haru Restaurant ni cantik sangat interior dia sebab dia buat konsep garden barbecue restaurant. Rumah dan restoran dia digabungkan sebab ada kawasan laman yang luas. Kalau shooting drama memang best lah bak kata Na-Ra. Restoran ni dibuka pada tahun 2019 dan menjual pork tomahawk sebab daging lembu mahal sangat.
Daging babi akan dipanggang seterusnya disalut dengan sos panas yang menggunakan 15 jenis bahan kemudiannya disalai menggunakan arang. Sebelum dihidang kepada pelanggan, daging tersebut akan dipanggang sekali lagi supaya daging dimakan dalam keadaan suhu yang panas. Nak panggang pork tomahawk ni memerlukan skill memanggang yang bagus supaya daging lembut dan juicy.
So-min dengan Na-Ra syak Haru Restaurant tu palsu sebab tempat memanggang tu agak pelik bila menggunakan kayu sebagai ruang lantai tapi owner restaurant kata dah dua tahun dia guna tak pernah ada masalah pun sebab dia dah alas kayu tu dengan bata merah.
Restoran ketiga ialah restoran yang menghidangkan soft tofu udon kepada panel. Restoran ni sudah lama beroperasi sejak generasi ke generasi cuma anak owner berubah lokasi kedai lepas 30 tahun diuruskan si ibu. Soft tofu udon ni berbeza dengan udon biasa bila kuah dia berwarna merah sebab ada sos pedas. Mi udon yang digunakan pun lebih nipis dari mi udon biasa. Bahagian topping pula ada seaweed flakes dan sesame seeds.
Sebelum covid-19, restoran soft tofu udon ni boleh jual sebanyak 200 mangkuk sehari dengan satu menu sahaja tapi sekarang dah banyak terjejas. Mijoo rasa tempat tu fake sebab props dekat dinding tu sama macam restoran sebelum ni dalam Episod 7 bila ada banyak tandatangan dari selebriti yang eprnah berkunjung. Sang-yeob pula rasa soft tofu udon tu macam produk jjamppong yang dikomersialkan.
Panel jemputan, Ji-hyun dengan Jang-hyeop tak ambil masa yang lama pun untuk pilih restoran mana adalah palsu. Tapi betul ke apa yang diorang teka? Jawapannya ada dekat Viu ;)
‘1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.