Producer : Jung Chul-min
Cast : Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Ahn Bo Hyun
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021
Trailer :
Walaupun dah confirm ada The Sixth Sense Season 3 tapi tetap terasa bila weekend sunyi tanpa 6 orang panel ni. Kisah cinta Jessi dengan Sang-yeob pun akan disambung ke Season 3 haha. Memandangkan episod 14 adalah episod terakhir untuk Season 2 jadi team production bawa kelainan sikit dalam permainan. Kesemua panel termasuklah panel jemputan, Ahn Bo Hyun dibawa ke kawasan pinggir bandar dengan bunyi air sungai yang tenang dan bukit yang menghijau.
Dalam permainan kali ni kesemua panel perlu mencari 2 kedai atau tempat palsu yang direka oleh team production. Memandangkan kena cari 2 tempat palsu, ada banyak tempat jugak setiap panel kena nilai yang dibahagikan kpada 2 bahagian. Bahagian atas dan juga bahagian bawah. Kesemua panel kena melawat semua tempat dengan simbol S.
Tempat pertama ialah rumah kepada atlet bina badan yang pernah mencecah 150kg kemudiannya berjaya turun berat dalam masa 6 bulan. Berbeza sangat muka dia lepas badan dia fit. Dia tak kurus tapi sado sebab dia kan bina badan. Kelakar masa pergi sini sebab semua panel kena exercise guna botol air dengan kaedah Tabata. So-min dengan Mijoo dah macam nak putus nyawa buat 3 jenis exercise tu. Lepas habis exercise, atlet tu ajar resipi diet yang sedap. Rasa macam nak buat jugak ikut resipi dia sebab senang nak buat.
Lepas settle dekat tempat pertama, semua panel pergi ke cashierless mart untuk lunch dekat situ. Punya lah happy Mijoo bila Bo Hyun ada dekat set lepastu melayan je perangai gedik dia, kemain baik hati nak buatkan ramyeon untuk semua orang. Happy betul Bo Hyun bila dia tengok Mijoo comel sampai tak putus-putus senyum. Dah la handsome, dia senyum pun comel.
Kemudiannya semua panel bergerak ke galeri lukisan tapi cabaran untuk mereka semua bila kena pastikan semua gambar adalah lukisan. Sekiranya ada di antara lukisan tersebut kelihatan seperti gambar atau panel syak semua adalah gambar, maka tempat tu akan dikira sebagai palsu. Na-Ra, Bo Hyun dengan Jessi ada bad agmatism jadi susah lah untuk diorang pastikan gambar atau lukisan dari jarak jauh.
Then diorang bergerak ke food truck yang menjual burger dengan special menu yang akan dihidangkan kepada semua panel ialah Too Much Burger. Owner guna dakgalbi fried rice sebagai buns sebab dia suka rasa nasi goreng. Kiranya burger ni bukan sahaja sedap malah ada identiti rasa Korea.
Dalam sehari dia boleh dapat jualan sebanyak 5,000 hingga ke 6,000 dollar tapi disebabkan covid-19, pendapatan dia agak terjejas. Bila panel tanya berapa harga TBG, agak mengejutkan jawapan owner bagi tu sebab murah sangat dengan bahan yang banyak macam tu. Avocado sibiji pun dah mahal. Lain cerita lah kalau dekat Indonesia.
Dah habis melawat food truck, semua panel bergerak ke rumah kecil yang mempunyai beberapa skincare dan pakaian wanita. Semua panel dapat tengok video clip tarian sepasang ibu dan anak menari di social media. Uniknya duo ni bila si ibu yang berusia 49 tahun nampak muda sama seperti si anak yang berusia 20-an. Ja-sok cakap dia macam pernah nampak sebab video diorang berdua selalu viral dekat social media.
Dah la corak permainan berubah, hint pun tak membantu bila mereka kena fikir apa riddles yang dimaksudkan dari hint yang diberi oleh team production. Bo Hyun syak food truck tu palsu sebab truck dia nampak baru lepastu harga macam tak masuk akal. Mijoo pun pilih tempat yang sama sebagai palsu tapi berjaya ke diorang berdua menang emas dalam episod terakhir ni?
Tak sabar nak tengok Season 3 nanti, hopefully semua panel sihat and makin bijak menilai yang mana palsu. Terima kasih sebab menceriakan weekend I dengan perangai masuk air semua panel. Thanks team production pulun hasilkan yang terbaik dan jemput selebriti datang ke variety show ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
i suka episod ni, guest dia sporting je melayan perangai gedik Mijoo. hepi la Mijoo akhirnya cinta dia berbalas..hahaha. sedih dah habis season ni, tak sabar nak tunggu season 3..
ReplyDeletehahaha kannn! Kelakar masa dekat cashierless mart tu siap ambilkan tisu bagai. Pastu laju pulak dia report dekat Jessi pasal Sang-yeob
Delete