TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 2

Sunday, 26 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Dalam episod kedua The Sixth Sense Season 2 terbitan tvN ni baru ada kemunculan panel tetap keenam, Lee Sang-yeob. Masa ni baru team production bagitahu kenapa diorang ambil keputusan untuk jemput pelakon kacak join variety show yang semakin popular sejak mula ditayangkan pada tahun 2020. Respon daripada penonton bila nampak Lee Sang-yeob dalam The Sixth Sense Season 1 Episode 1 dan mula request supaya pelakon tersebut dikekalkan. Ada juga yang request sebab suka dengan sisi kelakar Sang-Yeob masa join variety show Running Man. 

Dengan tema ‘Original Restaurant’, kesemua panel perlu teka yang mana satu adalah palsu hasil rekaan dari team production. Kali ni team production pastikan semua menu yang dihidangkan adalah idea original dan kalaupun restoran tersebut adalah palsu, mereka akan cipta satu menu baru hanya untuk perdayakan panel. Banyak scene dalam episod ni masuk fyp dekat Tik Tok gara-gara perangai Jessi bila dia tak ada mood nak berlengah sebab dia tengah datang bulan. 

Suka tengok masa diorang pergi ke restoran pertama sebab dekat kawasan Jongsu ada banyak istana dan kawasan bersejarah. Lorong untuk ke restoran pertama pula dihias cantik sebagai tarikan buat pengunjung dan pelancong yang datang ke kawasan tersebut. 

Keunikan restoran pertama adalah menu yang dihidangkan diperbuat dari bahan-bahan organic yang ditanam sendiri oleh pemilik restoran. Sebahagian kecil daripada tanaman hidroponik diletakkan di restoran tersebut dan selebihnya terletak di ladang yang terletak tak jauh dari restoran. Bukan setakat menu yang dihidangkan berkonsepkan hijau malah interior pun ada ciri-ciri eco-friendly bila tanaman di taman hijau menjadi sumber makanan untuk ikan hiasan. Kalau dapat makan dekat situ walaupun harga menu dia sedikit mahal dari restoran biasa pun tak kisah sebab menu dia organik, berkhasiat, sedap lepastu menjaga alam sekitar. 

Restoran kedua pula berkonsepkan solo dining dengan tema restoran Perancis bila pemilik restoran adalah sepasang suami isteri hasil perkahwinan campur dua negara – Korea dan Perancis. Wife dia cantik sangat macam model Perancis dengan suara husky. Kisah cinta diorang berdua pun romantik bila kedua-duanya bertemu di kota Paris. 

Dari pertemuan tu lah masing-masing come up dengan idea untuk mulakan business solo dining di Korea tambah pula sekarang dunia dilanda pandemik covid-19 yang memerlukan penjarakan fizikal. Konsep solo dining di Perancis bukan sesuatu yang baru atau janggal tapi di Korea masih adapt ke arah tu walaupun ada wujud beberapa restoran dengan konsep ni macam restoran kepunyaan Seungri dalam iKON TV (2018)

Restoran ketiga pun unik bila pemilik restoran menggunakan konsep hologram dalam bilik yang disediakan. Walaupun konsep ni nampak macam agak sukar untuk diterima sebab harga yang mahal tapi pemilik terpaksa mencari keunikan untuk bersaing dengan restoran lain. Konsep ni bukan sesuatu yang baru sebab I pernah nampak hologram ni dekat hotel 5 star di KL. I nampak dalam IGstory member je lah, nak pergi sendiri tak mampu hihu

Susah jugak lah nak teka yang mana satu adalah palsu sebab kesemuanya ada relevant point dengan keunikan yang tersendiri. Bak kata So-min dia guna rasa makanan sebagai tanda ukur untuk teka yang mana satu palsu masa mengundi. Kalau salah pun dia akan cuba dengan lebih gigih lagi episod seterusnya. Kalau teka betul menang emas, kalau salah kena redho je lah kan?

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.