TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 6

Monday, 27 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Moonbyul Mamamoo, Solar Mamamoo

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Kalau The Sixth Sense Season 2 Episode 5 ada kemunculan Jun-ho 2PM, kali ni team production jemput 2 orang idol group dari Mamamoo. Jessi yang paling happy sebab Solar kawan baik dia dalam industry. Jarang nak dapat selebriti perempuan sebagai panel jemputan sebab panel tetap pun Jae-sok dah tak mampu control. Menangis dia kalau ada tambahan panel lagi. 

Tapi bukan senang nak panggil panel jemputan sebab Jae-sok kata team production dah call seramai 100 orang tapi Mamamoo je yang terima jemputan tu. Kalau call iKON sah-sah la YG Entertainment tak bagi pergi sebab tak puas peram diorang dekat basement tsskkkk

Tema untuk episod kali ni berunsurkan makanan juga ‘Food That Turned You Around, Become Millionaires’ maksudnya pemilik restoran tu dapat sale tinggi sebab menu yang disediakan kepada pelanggan. Masa nak pecahkan kesemua panel ikut team, Solar macam tak percaya langsung Jessi ada level sixth sense yang tinggi. 

Restoran pertama dipenuhi dengan suasana retro dengan interior yang comel dan terletak di kawasan pasar basah Yuengchon Market. Di restoran ni ada menu tteokgalbi yang menjadi kegilaan sampaikan 2,000 biji dijual dalam sehari. Kalau ada perayaan boleh mencecah sehingga 3,000 biji tteokgalbi sehari. Satu set tteokgalbi dijual dengan harga 10 dollar dan harga dia agak murah lah sebenarnya sebab saiz dia tebal. Memang puas makan. Sedap pulak tu sampai So-min tak berhenti makan. 

Restoran kedua dengan konsep yang moden dan minimalist mempunyai rice cake yang popular dan mendapat permintaan tinggi terutamanya pada musim perayaan. Kedai tu nampak kecil sebab diorang lebih kepada online sales sebab lebih senang untuk reach customer dan kedai tu cuma untuk customer yang datang pick-up rice cake je. 

Disebabkan nervous sangat bila jumpa semua panel The Sixth Sense, kedua-dua pemilik rice cake tu jadi gugup sampaikan tak mampu nak jawab soalan Solar dengan So-min. Nasib baik Jae-sok tenangkan keadaan sebelum ada yang pengsan dekat situ. Bila dapat makan beberapa rice cake yang popular dekat kedai tu habis terdiam semua sebab sedap sangat rasa dia. 

Kelakar bila So-min mengadu depan staff sebab semua camera tertumpu dekat Mamamoo padahal dia dengan Sang-yeob tak berhenti ulas rasa rice cake tu macam mana. Sang-yeob chill je sebab dia dah pasrah dengan nasib dia dekat variety show tu. Tambah pula kalau ada panel jemputan lelaki yang famous datang ke set. 

Na-Ra dah kusut bila pergi ke restoran ketiga yang menjual yukjeon gimbap sebab interior dalam restoran tu macam sama dengan restoran palsu dalam Season 1. Nak teka yang ni palsu pun tak boleh jugak sebab dalam Episod 5 ada jugak yang sama tapi sebenarnya restoran asli. Moonbyul syak restoran ketiga tu palsu sebab menu yang ditampal di dinding tu ada corak lusuh yang sama. 

Yukjeon gimbap tu macam sedap bila tengok panel makan. Famous pulak tu dekat social media sampai jualan boleh mencecah 600,000 dollar setahun. Menu yang disediakan pun tak banyak sebab dia fokus dengan yang jadi pilihan ramai je. Dalam sehari pun 500 gimbap terjual. Owner restoran tu pun dah berusia, tak mampu la dia nak sediakan banyak menu. 

Kebanyakan panel pilih restoran ketiga sebagai restoran palsu hasil rekaan team production sebab diorang rasa awkward dan fishy bila owner panggil suami dia sweet macam tu depan orang. Lagipun sebelum ni kalau suami isteri dia macam malu-malu tak pun merajuk macam owner flat udon dalam Episod 3 tu. Betul ke tak pilihan panel kena tengok variety show ni dekat Viu lah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.