Movie Review | Soekarno (2013)

Saturday, 18 September 2021

Pengarah : Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Ben Sihombing

Pelakon : Ario Bayu, Lukman Sardi, Maudy Koesnaedi, Matias Muchus, Sujiwo Tejo, Tika Bravani, Ferry Salim, Emir Mahira, Agus Kuncoro

Syarikat Produksi : Dapur Film, MVP Pictures

Pengedar : MVP Pictures

Genre : Biografi

Durasi Tayangan : 137 minit

Tarikh Tayangan : 11 December 2013

Trailer :


Masa Hari Kemerdekaan Indonesia yang lepas, Netflix suggest movie Soekarno so tanpa berfikir, tekan je play. Lepas 2 minggu tengok secara merangkak baru berjaya habiskan dengan perasaan yang hambar. Mungkin menyampah dengan cara olahan pengarah Hanung Bramantyo persembahkan watak Bung Soekarno (Ario Bayu). Atau mungkin juga menyampah dengan karakter sebenar beliau. 

Movie Soekarno yang diterbitkan oleh Dapur Film dan MVP Pictures memaparkan kehidupan Presiden Indonesia yang pertama sejak dari zaman kecil persekolahan sehingga lah negara Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945 selepas pengunduran tentera Jepun gara-gara pengguguran bom atom di Hiroshima. 

2 jam 17 minit memang terasa panjang untuk menyelami sisi kehidupan peribadi Soekarno yang mana tiada lah dipaparkan dengan baik semangat patriotismanya. Mungkin juga pada pandangan sesetengah pihak yang merasakan durasi ini terlampau singkat untuk dipaparkan dalam sebuah movie. Tak ada masalah dengan lakonan Ario Bayu yang mirip dengan fizikal Bung Soekarno baik dari tona suara mahupun bahasa badan. 

Malangnya watak Soekarno seperti opportunist yang mengambil kesempatan atas ideologi Bung Hatta (Lukman Sardi) ataupun Sjahrir (Tanta Ginting) yang lebih agresif dan realist dalam menentang tentera Jepun. Dalam perdebatan mereka bertiga tentang kemerdekaan Indonesia, watak Soekarno tenggelam dan lebih banyak berdiam. 

Dalam movie Soekarno cuma ada dua kemunculan watak isteri-isteri dia yang diambil iaitu isteri kedua, Inggit Garnasih (Maudy Kusnaedi) dan isteri ketiganya, Fatmawati (Tika Bravani). Dari gaya Soekarno flirt dengan Fatmawati pun nampak perangai mata keranjang dia. Agak menggelikan bila perbuatan grooming dipersonakan sebagai cinta sejati walhal cuma mahukan anak lelaki. Lupa terus tanggungjawab dia pada anak-anak bersama Inggit. Masa tengok movie ni memang tak tahu-menahu langsung tentang Soekarno mempunyai 9 orang isteri tapi jadi kekecewaan ni datang sepenuhnya dari apa yang dipaparkan dalam movie.  

Kalau dekat sekolah Soekarno tertawan dengan Fatmawati dek kerana semangat juang dan intelektual dia, kenapa pengarah tak perbanyakkan lagi dialog patriotism atau ideologi dari Fatmawati dalam membantu Soekarno buat keputusan-keputusan penting? 

Mungkin pada zaman tu perbuatan grooming tak ada salahnya tapi boleh saja kalau penulis Ben Sihombing dan pengarah buang episod ni. Lebih baik fokus kepada kisah perjuangan dia bersama Hatta dan Sjahrir ataupun banyakkan lagi perbualan dia bersama rakyat kebanyakan ataupun dengan pihak agamawan yang banyak memberontak sehingga kiai terbunuh dan juga di dewan rakyat semasa membincangkan prinsip negara. 

'Seorang pemimpin itu harus bisa menggenggam hati rakyat. Rakyat, Kusno, sama misteriusnya dengan alam. Tetapi bila kau sanggup memikat hatinya, mereka pasti akan mengikutimu.'

Macam mana Soekarno boleh menentang idea Sjahrir supaya segerakan proklamasi gara-gara mengelakkan pertumpahan darah sedangkan pembunuhan dan penindasan berlaku secara kejam di hadapan mata dia tapi cuma diabaikan. Siapa patut dipersalahkan? Soekarno ataupun pengarah? Apa tujuannya wujudkan movie yang boleh mencetuskan banyak sisi buruk kepada figura yang berjuang untuk kemerdekaan? 

Ada beberapa momen yang terlihat terburu-buru untuk dihabiskan seperti Jepun terus bagi kemerdekaan sepenuhnya kepada Indonesia bukan sahaja Jakarta seperti perbincangan asal. Soekarno dan Hatta pula tidak mempertikaikan langsung sebaliknya gembira dengan kejayaan mereka. Boleh kata movie ni lemah pada screenplay dan juga emosi. 

Masa movie Soekarno ditayangkan pun ada banyak pihak yang protes malah keluarga Soekarno sendiri membantah dan saman Hanung Bramantyo. Sinematografi dari Faozan Rizal memaparkan visual dengan baik ditambah wardrobe dan props yang diberikan perhatian untuk menghidupkan era sebelum kemerdekaan. Musik latar dari Rossa berjudul Indonesia Pusaka menyimpulkan naskhah Soekarno dengan baik. Movie Soekarno adalah filem Indonesia yang dihantar ke Anugerah Oscar ke-87 namun tidak tercalon. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.3/10

3 comments

  1. Di era dia lah Indo mula membolehkan perkahwinanan bukan seagama.

    Cerita ni ammi x tgk lagi tp cerita BJ Habibie ammi dh tgk. Best gak

    ReplyDelete
  2. Kalau dilihat dari kualitasnya, memang film ini tidak terlalu bagus. Tapi kalau sekadar hiburan, mungkin bisalah.

    ReplyDelete
  3. Rajin Farhana tengok filem genre macam nie.. Kak Sha baca review Farhana jelah.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.