Director : Raj Nidimoru, Krishna D.K.
Writer : Raj Nidimoru, Krishna D.K., Sita Menon
Cast : Sendhil Ramamurthy, Tusshar Kapoor, Nikhil Dwivedi, Preeti Desai, Sundeep Kishan, Pitobash, Radhika Apte, Girija Oak, Amit Mistry, Zakir Hussain
Production Company : Balaji Motion Pictures
Distributor : ALT Entertainment, Balaji Motion Pictures, Netflix
Genre : Crime / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : October 2010 (Pusan), 29 April 2011 (India)
Trailer :
Berlatarkan kehidupan slum area di kawasan bandar Mumbai, penulis Raj Nidimoru, Krishna D.K. dan Sita Menon mengangkat konsep ‘Karma is a Bitch” ke dalam naskhah mereka. 3 kisah yang diceritakan dalam movie ni diambil dari kisah sebenar yang disiarkan di dalam akhbar.
Bermula dengan 3 sekawan di mana Tilak (Tusshar Kapoor) adalah pemilik kedai cetak secara kecil-kecilan. Kawan-kawan dia, Mandook (Pitobash Tripathy) dan Ramesh (Nikhil Dwivedi) bantu dia mencuri beberapa manuskrip untuk diterbitkan kemudiannya dijual di kawasan lampu isyarat dan menggunakan kanak-kanak sebagai pekerja.
Abhay (Sendhil Ramamurthy), NRI yang baru sahaja pulang ke India untuk mulakan bisnes kecil diugut oleh samseng jalanan. Walaupun Abhay halau tapi mereka tetap berdegil dan mula mengintip girlfriend dia, Shalmili (Preeti Desai). Buat laporan polis pun tak diendahkan sebab polis di kawasan tersebut makan rasuah dari geng samseng yang mengganggu Abhay. Nak tak nak Abhay terpaksa bayar setengah juta kepada mereka tapi jumlah tu cuma salam perkenalan.
Sembang pasal rasuah, Sawan Murthy (Sundeep Kishan) stuck dengan perjalanan karier sukan dia bila peluang untuk menjadi ahli kriket yang ke-8 dalam pasukan negara akan diberikan sekiranya dia mampu bayar sejumlah wang sebanyak Rs1 juta kepada broker yang tamak. Mana dia nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat? Sejal (Girija Oak) pula tambah lagi beban yang ditanggung dengan lamaran perkahwinan pilihan keluarga.
Kietiga-tiga kisah ni berjalan serentak di kawasan yang sama dan mempunyai pertalian dengan seorang watak iaitu Mr. Tipu (Amit Mistry) yang menjalankan bisnes haram di kawasan tersebut. Ketiga-tiga kisah akan bertembung pada hari yang sama iaitu pada hari pemujaan Lord Ganesha. Masa tu lah nasib kesemua watak akan diceritakan melalui pilihan mereka sendiri sama ada hajat mereka akan tercapai ataupun tidak. Kisah mereka bertiga menggunakan latar masa selama 11 hari sebelum perayaan tersebut.
Awalnya macam kesian juga dengan watak Abhay sebab kena peras ugut dengan samseng dekat situ tapi bila tengok gaya dia nak stay dan fight macam ada something yang dia buat sebelum ni. India jadi tempat dia bersembunyi dari kisah silam dia? Ada scene Shalmili tegur parut dekat belakang badan dia. Lagi bertambah yakin bila dia tak kekok langsung masa pegang pistol yang dibeli dari Mandook dan Ramesh. Dia tak kisah langsung pun keluarkan duit untuk merasuah sesiapa sahaja yang menghalang niat dia.
Pembikinan filem Shor in the City ni menelan bajet sebanyak Rs3 juta di bawah production house Balaji Motion Pictures jadi visual dia tak lah cantik sangat. Sesuai lah dengan latar movie ni bila mengetengahkan kehidupan masyarakat kelas rendah. Music score dari komposer Sachin-Jigar dan Harpreet tak lari dari tajuk movie Shor (Bunyi bingit) bila kebanyakan lagu berentak rancak dengan lirik yang berkait dengan jalan cerita. Lagu Saibo nyanyian Shreya Ghoshal menang beberapa award untuk kategori Best Playback Female.
Movie Shor in the City diolah mengikut template black comedy jadi kebanyakan babak ada dialog yang berkisar jenayah tapi diadun sebagai elemen komedi. Tergelak tengok scene Tilak berjumpa dengan budak lelaki yang cedera disebabkan bom yang dipasang oleh mereka bertiga. Scene diorang rompak bank pun kelakar. Watak Sapna (Radhika Apte) tak banyak dikembangkan sangat pun tapi chemistry Radhika dengan Tushaar mencuri tumpuan dan bertindak sebagai penyeri dalam kekusutan kota Mumbai.
Walaupun ada masanya momentum cerita mula mendatar tapi kemudiannya pengarah naikkan balik mood tu dengan paparkan keresahan dari kesemua watak yang terlibat. Jadi curious nak tahu apa pengakhiran nasib mereka semua. Bila tengok ending memang puas hati lah layan movie ni selama 112 minit.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10
Tak pernah tengok. Tapi jalan cerita macam best. Kalau keluar dekt TV mungkin tengok hehe
ReplyDeletemenarik farhana! tq review kan :)
ReplyDelete