Director : Milan Luthria
Writer : Rajat Arora
Cast : Ajay Devgn, Emraan Hashmi, Kangana Ranaut, Prachi Desai, Randeep Hooda, Asif Basra
Production Company : Balaji Motion Pictures
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Drama
Running Time : 135 minutes
Release Date : 30 July 2010
Trailer :
Once Upon a Time in Mumbaai berlatarkan bandar Mumbai pada tahun 70-an di mana underworld yang menguasai bandar terkenal di negara India. Movie ni diinspirasikan dari dua watak besar dalam underworld yang masih lagi disebut sehingga sekarang.
Watak Sultan Mirza (Ajay Devgn) direka berdasarkan Haji Mastan manakala Shoaib Khan (Emraan Hashmi) pula adalah Dawood Ibrahim yang pernah memerintah Mumbai kemudiannya lari dan menetap di Dubai. Dalam movie arahan Milan Luthria ni diceritakan bagaimana Sultan Mirza masuk ke dunia gelap dan kotor ni dan tawan hati rakyat biasa dengan bantu dari segi kewangan bila kerajaan gagal. Bola kata ala Robin Hood lah.
Sultan Mirza jatuh cinta dengan pelakon terkenal, Rihana (Kangana Ranaut) dan banyak movie pelakon tersebut dibiayai pembikinannya menggunakan wang dari sumber haram. Samapi sekarang kebanyakan movie di Bollywood jadi platform kepada underworld untuk cuci duit haram sebab tu produser tak kisah langsung pun kalau movie tu tak perform dekat box office.
Dalam masa yang sama ACP Agnel Wilson (Randeep Hooda) yang baru sahaja dihantar ke Mumbai sentiasa memerhati aktiviti haram Sultan Mirza. Usaha dia sentiasa gagal sebab Sultan Mirza ada ramai mata-mata dan pengikut setia. Dia diamkan saja bila Shoaib Khan mula rapat dengan Sultan Mirza sebab Shoaib adalah anak kepada rakan polis juga. Lagipun mudah kerja dia kalau bandar Mumbai selamat tanpa jenayah berbahaya.
Movie ni agak famous masa zaman 2010 dulu sebab hit dekat box office. Dah lama cari tapi tak jumpa sebab movie lama kan. Nasib baik ada Netflix, boleh la tengok movie cult classic yang berkisarkan tentang pertemuan dan pengkhianatan dua nama terkenal di dunia gangster. Movie Once Upon a Time in Mumbaai juga adalah comeback kepada Ajay Devgan kepada avatar don selepas movie Company (2002).
I’m not a fan of his acting sebab dia agak lemau dan senada sepanjang movie tapi disebabkan Emraan Hashmi, momentum movie ni tampak menarik dan bernyawa. Mungkin juga sebab karakter sebenar don tersebut tu memang macam tu. Dia cuma seludup arak untuk dijual dan expand business dalam bidang real estate and property.
Sepatutnya watak Sultan Mirza ni ditawarkan kepada Sanjay Dutt tapi terpaksa tolak sebab busy dengan schedule shooting movie lain. Kalau Sanjay Dutt yang berlakon mungkin avatar Sultan Mirza lebih bengis dari yang sepatutnya. Tapi sesuai lah dinamik dia dengan Emraan sebab energy level mereka sama. Second half movie ni lebih dimonopoli oleh Emraan Hashmi dengan gaya dan business strategy yang jauh berbeza dengan Sultan Mirza.
Watak Rihana dan Mumtaz (Prachi Desai) tak dapat banyak screentime dan ruang untuk jadi watak yang kuat pun dalam movie ni sebab masing-masing cuma penyeri dalam hidup Sultan Mirza dan Shoaib. Masing-masing dapat peluang untuk bersinar dalam lagu Tum Jo Aaye Zindagi Mein dan Pee Loon. Music album dari Pritam yang menghasilkan beberapa lagu hits menjadi kekuatan movie Once Upon a Time in Mumbaai sekaligus memenangi beberapa anugerah untuk beberapa kategori seperti Best Music, Best Playback Song dan lain-lain.
Set, wardrobe dan props menghadirkan suasana pada zaman 70-an hingga 80-an terutamanya pada watak Rihana yang hidup dalam dunia glamor. Untuk watak Sultan Mirza, selain diinspirasikan dari Haji Mastan, gaya yang mengenakan pakaian serba putih diambil dari watak Vijay dalam movie Deewar (1975).
Perjalanan cerita Once Upon a Time in Mumbaai ada masanya mungkin draggy dengan durasi sepanjang 135 minit tapi lakonan dan dialog yang mempunyai esen dari dunia gelap membuatkan naskhah ni antara yang terbaik dalam memaparkan kisah gangster.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.8/10
2010 ceritanya. lama juga
ReplyDeleteNanti nak carilah. Boleh layan back-to-back dengan Mumbai Dohaara :)
ReplyDeleteLemau ye Ajay Devgan.. samalah tak berapa minat beliau.. kikiki..
ReplyDelete