Pengarah : Rizki Balki
Penulis Skrip : Upi Avianto, Uki Lukas
Pelakon : Boy William, Gisella Anastasia, Tissa Biani Azzahra, Erick Estrada, Gabriella Desta, Mamat Alkatiri, Mbok Tun, Marshel Widianto, Indra Jegel, Fajar Nugra, David Saragih
Syarikat Produksi : MVP Pictures, Multivision Plus (MPV)
Pengedar : MVP Pictures, Netflix
Genre : Komedi / Romantik
Durasi Tayangan : 97 minit
Tarikh Tayangan : 7 Februari 2019
Trailer :
Diadaptasikan dari novel The Laundry Show karya penulisan Uki Lukas, movie ni mengisahkan tentang Uki yang mesra dipanggil Kokoh (Boy William) menyampah dengan kehidupannya yang bekerja makan gaji. Dek kerana motivasi yang dia selalu tonton di televisyen, dia tekad untuk berhenti kerja untuk membuka kedai cuci baju dengan menggunakan ilmu dan skill yang dipelajari oleh ibunya.
Nak buka bisness bukanlah sesuatu yang sukar tapi nak maintain perniagaan dengan kepuasa pelanggan tu yang susah sebenarnya. Tak pasti kenapa Uki tak menitikberatkan skills pekerja sehinggakan perniagaan terjejas dek kerana perangai para pekerja yang banyak kerenah. Baru lah dia faham kenapa boss syarikat lama dia mudah stress.
Dalam movie ni watak dengan perangai atau personality selekeh diambil untuk mewujudkan rasa komedi seperti Mbok Ani (Mbok Tun) yang rabun teruk sehingga tak dapat bezakan kemeja dengan celana. Sama juga dengan Ujang (Fajar Nugra) yang sentiasa masuk kerja lambat dan beri pelbagai jenis alasan walaupun tidak masuk akal kepada Uki. Bukan watak Uki sahaja yang sakit hati tapi kita jadi geram sekali dengan perangai Tiur (Tissa Biani Azzahra) yang culas buat kerja.
Belum habis memikirkan masalah pekerja, timbul lagi satu masalah bila ada kedai laundry baru dibuka di barisan lot hadapan. Habis semua pelanggan tertarik ke sana disebabkan kedai laundry yang lebih cantik, mesin yang moden, bau wangian yang lebih harum serta pekerja yang lebih cantik fizikalnya berbanding kedai laundry milik Uki. Terkejut bukan kepalang bila pemilik kedai laundry baru tersebut ialah gadis yang sama dia jumpa di pasaraya tempoh hari.
Uki sakit hati dengan Agustina (Gisella Anastasia) kerana pada dia perempuan tersebut sengaja datang untuk bunuh perniagaan dia. Banyak lagi tempat lain yang kosong dan tiada kedai laundry tapi kenapa perlu buka di hadapan kedai Uki? Agustina pula tetap dengan keputusan dia untuk buka di situ. Kalau Uki yakin dengan business dia, tak perlu lah melatah bila ada pesaing.
Sejak Agustina buka kedai di situ dah boleh nampak lah plot akan terarah pada persaingan antara dua kedai yang menawarkan khidmat yang sama. Dari awal movie lagi dah boleh nampak yang perusahaan Uki akan kalah sebab kelemahan terbesar adalah pada pekerja dia. Olahan Rizki Balki membuatkan movie The Laundry Show yang bertemakan start-up dan usahawan muda ni tampak cliché dan hambar.
Tak banyak pun babak romantik antara Agustina dan Uki kecuali di hujung cerita itupun dirasakan hambar tanpa chemistry antara mereka berdua. Watak Agustina tak dikembangkan dengan baik dan pengarah tak cuba letak backstory supaya penonton rasa kasihan dan connected dengan struggle dia sebagai anak keluarga kaya tapi dipandang rendah baik oleh keluarga sendiri mahupun orang luar.
Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh watak Uki mengenai kaedah mencuci kotoran degil tapi tips tu tak banyak dan cuma dikongsikan melalui teori sahaja bukan dipraktikkan di kedai dobi dia kecuali pada babak mereka membantu Agustina ketika diuji oleh ayah dia. Menarik kalau Agustina bertukar ilmu perniagaan kepada Uki sebab dia lahir dalam keluarga yang sudah kenal selok-belok dunia bisnes. Agustina buka kedai dobi pun untuk buktikan kepada keluarga yang dia boleh cari duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga.
Walaupun sinematografi dari Ahsan Andrian nampak menarik dengan beberapa props yang tampak moden dan sesuai dengan latar cerita ni tapi skrip, naratif dan alur cerita tersangat lemah sehinggakan 97 minit terasa tersia.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10
kalau alur cerita lemah, paparan yang cantik pun tak mampu nak backup.. idea pengarah dah menarik..
ReplyDelete