Mooncake Pandan 1 Yolk, Corus Hotel

Wednesday, 15 September 2021

Jarang dapat makan moon cake walaupun dah masuk sempadan waktu musim bunga dengan musim luruh sebab nak beli pun mahal jugak satu kek bulan tu haha. Tahun ni client belanja satu office makan mooncake dari Corus Hotel. 


Box dia cantik dengan corak bunga warna ungu, biru terang dan oren. Dalam box besar ni ada box untuk kek bulan tu. Box kecil dekat dalam tu lagi cantik lah sebab warna ungu, warna favorite I . 


Tak pasti berapa banyak flavor yang Corus Hotel keluarkan tahun ni sebab yang office dapat ada 4 flavor je - Pandan with 1 Yolk, Kacang Merah, Low Sugar 1 Yolk dengan Emperial White (Pandan). 


Since ada 4 box je so I ambik yang Pandan with 1 Yolk tu. Jangan tanya kenapa sebab I pun tak tahu kenapa. Just randomly ambik je bawak balik. 

'Memandangkan I balik lambat hari ni, I nak redbean supaya wife I tak marah I' - En. Fendy


Cenggini lah rupa dia bila belah 8. Tak mampu diknon nak habiskan kalau belah 4 je sebab isi dia kan mampat. Makan 1/8 ni pun dah kenyang di tekak. Memandangkan I suka makan kuning telur masin tu so rasa dia sedap je lah untuk kek bulan perisa ni. Crust dekat luar tu tak lah rangup sangat tapi tak lah rapuh sangat. Just nice. Sama jugak lah dengan inti dia, bila makan dia melt dekat dalam mulut. 

Semalam dapat lagi dua kotak kek bulan Corus Hotel ni so I nak try Emperial White pulak sebab kacang merah dah diambil orang. Laju betul....

6 comments

  1. Aduh.. sedapnya... Rasa macam nak beli juga..

    ReplyDelete
  2. cantik dia punya packaging... sedap lak tu nampak

    ReplyDelete
  3. Sedapnya moon cake yang ada egg yolk. Lama dah tak makan sebab harganya agak mahal.

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi rasa kuih bulan. nanti nak cuba juga laaa. mana tahan asyik tengok dan baca je

    ReplyDelete
  5. Suka tengok design mooncake tu. Corak cantik. Dia punya packaging pun exclusive sangat. Tak pernah lagi makan mooncake sebab mungkin harganya yang luar biasa tu. huhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.