Director : Hwang Dong-hyuk
Writer : Hwang Dong-hyuk
Cast : Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Wi Ha-joon, Oh Yeong-su, HoYeon Jung, Kim Young-ok, Gong Yoo, Lee Yoo-mi
Production Company : Siren Pictures Inc.
Distributor : Netflix
Genre : Survival / Thriller
Running Episodes : 9 episodes (30 minutes per episode)
Release Date : 17 September 2021
Trailer :
Disebabkan ramai sangat yang memuji drama terbaru keluaran Netflix ni sampai penuh timeline dengan stills, review dan meme dari Squid Game, kita pun jadi terjebak sekali lah. Lagipun drama ni ada 9 episod dengan durasi selama setengah jam je, marathon terus satu malam. Drama Squid Game ni ambil masa selama 12 tahun untuk hasilkan skrip yang berkualiti dan 2 tahun untuk shooting juga editing sebelum Siren Pictures Inc. yakin untuk terbitkan.
Bagi penonton luar mungkin tak familiar dengan Squid Game tapi dekat awal drama pun dah diceritakan macam mana sekumpulan kanak-kanak bermain permainan tradisional ni. Uniknya Squid Game bila pengarah dan penulis Hwang Dong-hyuk mengangkat permainan tradisional mereka ke medium visual dengan bantuan VFX yang cemerlang dari Netflix. Taman permainan yang digunakan pun comel bermain dengan warna untuk lock audience dari segi visual.
Gara-gara kemerosotan ekonomi yang melanda negara Korea Selatan, banyak syarikat yang muflis dan terpaksa ditutup mengakibatkan jumlah pengangguran yang tinggi ataupun pekerja yang tak dibayar gaji selama beberapa bulan. Semua peserta yang join Squid Game mempunyai masalah kewangan yang teruk.
Pekerja di bawah syarikat rahsia ni dah lama perhatikan 456 orang peserta yang terdesak dari segi kewangan ni dan umpan mereka untuk menyertai Squid Game. Syaratnya mudah, menang 6 permainan kemudian bawa pulang ganjaran wang yang besar. Yang mereka tak tahu bila kalah main game, mereka akan dibunuh on the spot. Setiap nyawa bernilai 0.1 billion won dan seorang pemenang akan bawa pulang kesemua duit.
Adat lah dalam hidup ni mana ada orang offer ganjaran besar tanpa syarat. Kelakar lah semua peserta ni berlagak naif. I memang takkan tergolong dalam peserta Squid Game ni lah sebab dengar Gong Yoo cakap kena bayar balik 100k kalau kalah pun dah cuak. Mana nak cekau duit bayar 100k untuk main game yang berlandaskan pada nasib? Syarat yang Gong Yoo bagi pun agak straightforward pada awal permainan. Lepas diorang kalah baru keluar tawaran baru so terang-terang lah dekat sini pilihan tu terletak pada peserta sepenuhnya. Point I yang ni sekaligus menafikan drama ni ciplak konsep mana-mana survival movie atau drama yang pernah wujud haha.
Memandangkan konsep Squid Game ni adalah survival jadi banyak lah pengajaran yang penonton boleh dapat dari drama ni secara langsung atau tak langsung. Sebab tu lah ramai yang suka update sembang pasal life lesson walaupun sekecil perkara tapi pengarah berjaya lahirkan impak yang tinggi dengan alur cerita yang saspen dan menarik. Berdebar bila tengok game tarik tali sebab pengarah sengaja letakkan elemen saspen walaupun team Seong Gi-hun (Lee Jung-jae), Cho Sang-woo (Park Hae-soo), Oh Il-nam (Oh Yeong-su) dan Kang Sae-byeok (HoYeon Jung) ada strategi untuk menang. Lepasni mesti ramai yang guna strategi yang sama.
Lakonan semua pelakon memang cemerlang dengan watak dan karakter yang dicipta oleh pengarah. Backstory semua watak utama sebenarnya adalah bingkisan bagaimana mereka akan mati dalam game tu macam watak Ali yang semasa hidup ditipu oleh pengurus syarikat, sama juga lah masa dia meninggal, gara-gara ditipu orang. Ataupun watak yang semasa hidup licik dan bijak dengan strategi untuk kaya tapi end up nothing, sama juga dalam game ni bijak dengan strategi untuk menang but end up nothing juga bila mati.
I tak rasa ni spoiler sebab dekat awal lagi I dah mention cuma seorang sahaja pemenang yang tinggal. Pengarah pun dah bagi hint dekat tajuk setiap episod, ‘One Lucky Day’ so dekat situ pun dah boleh agak siapa yang akan menang sebab dekat backstory dia bernasib baik sahaja dalam hidup. Dalam game tu pun dia banyak bernasib baik. Walaupun dia bernasib baik tapi banyak perkara berharga dalam hidup dia terlepas. Sebab orang macam dia, datang 50 peluang untuk buat pilihan pun dia tetap buat pilihan yang salah.
Squid Game ni bila dari perspektif peserta mungkin menarik lah tapi realiti dia macam pelik jugak sebab game rahsia ni dah lama dianjurkan sejak berdekad lagi tapi polis tak pelik ke bila ada sejumlah penduduk yang hilang dalam satu masa? Bukan setakat peserta tapi pekerja dekat kawasan rahsia tu pun ramai jugak.
Lagipun watak detektif tu macam sia-sia dia nak beria hantar bukti dekat bos dia sebab peserta yang join Squid Game semuanya secara sukarela dan sedia maklum dengan akibat yang diterima. Tak tahu lah detektif tu pakai smartphone apa sebab power betul bateri dia boleh tahan lama sampai berhari dekat kawasan hutan tu. Mungkin dia on bila perlu je kot. Dekat Episod 1 pun game manager dah jelaskan dekat Sang-woo tentang legal procedures.
Squid Game ada Season 2 ke tak? Mesti lah ada sebab pengarah dah bagi hint bila Hwang Jun-ho (Wi Ha-joon) nampak senarai pemenang Squid Game sejak tahun sekian sekian. Kira macam Battle Royale ataupun franchise The Hunger Games lah bila juara bertempur dengan juara. Tapi bila Season 2 nak muncul tu yang jadi persoalan sebab shooting season 1 pun dah ambil masa 2 tahun. Korea Selatan tengah berperang dengan third wave covid-19 so mungkin kena tunggu lama sikit lah. Anyway, siapa yang belum layan Squid Game dan tahan dengan konsep brutal, boleh lah tonton dekat Netflix.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.6/10
Ramai yang cakap drama ni best tapi saya belum berpeluang untuk tonton lagi.
ReplyDeleteMemang lain macam dia punya drama.. bagusnya bila dia angkat permainan tradisional sebagai elemen cerita..
ReplyDeleteMai suka Squid Game...Rasa heran tgk orang duk compare dengan AIB + yang tetibe tekankan part dlm toilet tu padahal boleh je dilajukan dan banyak lagi isu lain dlm movie tu. Tengok dan enjoy dah ler... Hahaha over tauuu netizen ni kekadang.
ReplyDelete