Caj Notari Awam Untuk Salinan Sijil Digital Vaksin

Monday, 20 September 2021



Minggu lepas ada dapat call ada staff Syarikat XXX nak buat appointment untuk khidmat notari awam sebab dia nak hantar pekerja dia ke negara luar. Dalam senarai semak semua dokumen tu salah satunya salinan digital vaksin yang disahkan dengan notari awam. 

First time dapat request untuk notarikan salinan sijil digital vaksin ni sebab first time jugak merasa hidup di zaman pandemik kan. Bila Selangor dah menginjak ke Fasa 2 jadi kerja pun berjalan macam biasa lah. Pening jugak masa dapat call tu sebab benda baru so kita refer pada yang lebih arif. 

Bila dah usulkan kepada Managing Partner, dia bagitahu dah keluar circular pasal Notari Awam pada salinan Sijil Digital Vaksin. Memandangkan sijil digital vaksin ni sesuatu yang penting sebab melibatkan nyawa orang lain, maka prosedur pun agak ketat dan teliti. 

Sumber : Sinar Harian

Kepada individu yang datang untuk buat notari awam pada salinan sijil digital vaksin perlu tunjukkan pada lawyer bahagian Profile pada aplikasi MySejahtera. Bila lawyer dah jadi saksi bahawa Sijil Digital Vaksin tu asli dan butiran peribadi sama dengan butiran pada Kad Pengenalan, baru salinan tu akan disahkan benar menggunakan seal Notari Awam. 

Harga untuk satu pengesahan pada Sijil Digital Vaksin adalah RM100 hingga RM150. Kalau caj notari awam pada dokumen biasa dalam RM50 macam tu tapi untuk salinan sijil digital vaksin ni agak tinggi lah harganya. 

Bagi yang tak pernah tahu tentang Notari Awam, meh nak cerita sikit alang-alang dah share pasal ni.
 
Notari Awam adalah orang yang dilantik oleh Peguam Negara menurut Akta Notari Awam, 1959. Biasanya, Notari Awam adalah Peguambela dan Peguamcara yang telah mempraktikkan guaman tidak kurang dari 15 tahun.

Berdasarkan Akta Notari Awam, 1959 kuasa dan fungsi Notari Awam adalah sama seperti dengan Notari Awam di England di mana fungsi utama adalah mengesahkan dan membuktikan dokumen yang akan digunakan di luar negara (di luar Malaysia) kerana Notari Awam diiktiraf di peringkat antarabangsa. Secara ringkas, seorang Notari Awam boleh:

i. menjadi saksi diatas apa-apa pelaksanaan perjanjian/persuratan;

ii. mengesahkan penyata/salinan yang diakui sah diatas apa-apa dokumen termasuk pasport, dokumen pengenalan, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, transkrip akademik, penyata bank, bukti surat cara pembayaran vide bil utiliti;

iii. mengesahkan dan menerima bukti dokumen termasuk pengeluaran Sijil Pengesahan;

iv. mengendalikan apa-apa sumpah atau pengakuan diatas mana-mana afidavit atau perakuan berkanun untuk digunakan di mana-mana mahkamah atau tempat di luar Walau bagaimanapun, pengecualian yang penting kepada apa yang boleh dilakukan oleh Notari Awam adalah untuk menguruskan apa-apa sumpah dan pengakuan untuk kegunaan di mana-mana mahkamah di dalam Malaysia.


Untuk urusan Notari Awam di firma guaman, individu atau tuan empunya dokumen mesti hadir secara peribadi dan menandatangani dokumen-dokumen di hadapan Notari Awam. Segala dokumen akan disahkan menggunakan tarikh semasa bukan tarikh yang telah berlalu (backdate)

Hopefully entry ni boleh membantu kepada sesiapa yang mencari maklumat berkenaan Notari Awam. Kalau ada pertanyaan lanjut boleh drop comment dekat bawah ataupun DM I dekat my social media. Have a nice day everyone. Stay safe and take care. 

7 comments

  1. Notari awam ni Pesuruhjaya Sumpah lah kan? Sebab baru tahu pasal Notari Awam ni.Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukannnn. Pesuruhjaya Sumpah tu lain. Yang tu kena ambil exam under gov

      Delete
    2. Oooo...baru tahu. Mekaseh😁💕

      Delete
  2. Macam Pesuruhjaya Sumpah ke? Ke lain? Boleh buat entri pasal dua-dua fungsi ni tak nanti?

    ReplyDelete
  3. baru tau notari awam tu ape,.. hihik

    mahal jgk caj utk pengesahan sijil vaksin.. huhukk

    ReplyDelete
  4. Harap2 yang mengesahkan betul2 telus la. Jgn ada yg tutup sebelah mata

    ReplyDelete
  5. TQ Share pasal nie Farhana.. info baru ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.