25 Filem Bollywood Genre Romantik Di Netflix

Sunday, 19 September 2021


Bosan asyik buat movie review je, kali ni buat senarai movie Bollywood dengan genre romantik yang boleh ditonton di Netflix. Sebelum ni perasan jugak kalau buat entry yang ada list movie ni ramai yang jadikan rujukan. Bosan atau buntu nak tengok movie apa bila buka Netflix boleh la belek entry ni. 

I buat untuk Netflix je sebab memang ada OTT platform tu je. Untuk streaming platform lain, kalau I tahu senarai movie dekat dalam tu, I buat entry baru okay? List ni ikut rating personal so kalau tak kena dengan selera, I mintak maaf awal-awal. 

1.  I Hate Luv Storys (2010)

Director : Punit Malhotra
Writer : Punit Malhotra
Cast : Imran Khan, Sonam Kapoor, Samir Soni

Jay (Imran Khan) menyampah dengan cinta manakala Simran (Sonam Kapoor) hidup mencari cinta yang sempurna. Pertemuan mereka di set penggambaran mengubah persepsi tentang cinta bila kedua-duanya jatuh cinta. Movie ni kelakar sebab parody kepada Dharma Productions yang terkenal dengan kisah cinta saga. 

2. Tanu Weds Manu (2011)


Director : Aanand L. Rai

Writer : Himanshu Sharma

Cast : R. Madhavan, Kangana Ranaut, Jimmy Sheirgill, Eijaz Khan, Swara Bhaskar, Deepak Dobriyal

Manoj Kumar Sharma a.k.a. Manu (R. Madhavan) baru balik dari London dan habiskan cuti dia ke merata tempat bersama keluarga dan kawan baik dia, Pappi (Deepak Dobriyal) untuk mencari calon isteri yang sesuai. Di Kanpur dia jatuh cinta pandang pertama dengan Tanuja Trivedi a.k.a. Tanu (Kangana Ranaut) dan setuju untuk berkahwin. Kemudiannya Tanu minta Manu batalkan perkahwinan tersebut sebab dia sudah ada teman lelaki. 


3. Zindagi Na Milegi Dobara (2011)

Director : Zoya Akhtar
Writer : Zoya Akhtar, Reema Kagti, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast : Hrithik Roshan, Abhay Deol, Farhan Akhtar, Katrina Kaif, Kalki Koechlin, Naseeruddin Shah

Imran (Farhan Akhtar), Kabir (Abhay Deol) dan Arjun (Hrithik Roshan) pergi bercuti ke benua Eropah selama 2 minggu dan cabar diri masing-masing untuk hilangkan rasa takut dengan join aktiviti extreme. Dalam percutian tersebut masalah peribadi, percintaan dan persahabatan mula terlerai dan mereka bertiga mula sedar apa yang penting dalam hidup. 

4. Ek Main Aur Ekk Tu (2012)


Director : Shakun Batra
Writer : Ayesha Devitre, Shakun Batra
Cast: Kareena Kapoor, Imran Khan, Ratna Pathak Shah, Boman Irani, Ram Kapoor

Hidup serba serbi sempurna mengikut definisi keluarga melelahkan Rahul Kapoor (Imran Khan) sehinggalah dia berjumpa Riana Braganza (Kareena Kapoor) yang lebih tua tapi hidup mengikut kehendak hati dia sendiri. Pertemuan pertama di pusat terapi dengan salah faham yang besar antara mereka menjadikan mereka lebih rapat dan selesa bersama. 

5. Barfi! (2012)


Director : Anurag Basu
Writer : Anurag Basu, Sanjib Dutta
Cast : Ranbir Kapoor, Priyanka Chopra, Ileana D'Cruz

Barfi seorang lelaki yang bisu dan pekak jatuh cinta dengan gadis cantik, Shruti (Ileana D' Cruz). Mampukah cinta mereka bertahan sedangkan Barfi kekurangan serba-serbi. Dalam masa yang sama Barfi perlu menjaga Jhilmil (Priyanka Chopra) yang autism dan dalam diam menyukai dia. 

6. Tere Naal Love Ho Gaya (2012)


Director : Mandeep Kumar
Writer : Abhijeet Sandhu
Cast : Ritesh Deshmukh, Genelia D'Souza, Om Puri, Tinnu Anand, Smita Jaykar, Chitrashi Rawat

Mini (Genelia D'Souza) yang menyampah dengan keputusan ayah dia supaya bertunang dengan Sunny pilih untuk larikan diri bersama Viren (Ritesh Deshmukh). Niat Viren untuk merompak semula wang hasil penat lelah dia bekerja bertukar menjadi penculikan gara-gara idea licik Mini. 

7. Gori Tere Pyaar Mein (2013)


Director : Punit Malhotra
Writer : Arshad Sayed, Punit Malhotra
Cast : Kareena Kapoor Khan, Imran Khan, Shraddha Kapoor, Nizhalgal Ravi, Sujatha Kumar, Manoj Bakshi, Neelu Kohli, Esha Gupta

Sriram Venkat (Imran Khan) dari keturunan India Selatan tapi lebih moden cara hidup dia sebab grad dalam Degree in Engineering di Amerika. Bila pulang ke India dia jatuh cinta dengan feminist cantik, Dia Sharma (Kareena Kapoor Khan) tapi mereka berpisah kerana berbeza pandangan dalam kebanyakan perkara. 

8. Hasee Toh Phasee (2014) 

Director : Vinil Mathew

Writer : Harshavardhan Kulkarni, Anurag Kashyap, Purva Naresh, Vinil Matthew

Cast : Sidharth Malhotra, Parineeti Chopra, Adah Sharma, Manoj Joshi, Sharat Saxena

Antara keserasian dan kecantikan, yang mana satu dapat bertahan dalam perhubungan? Nikhil (Sidharth Malhotra) secara tak sengaja berjumpa dengan Meeta (Parineeti Chopra) dalam majlis kahwin. Tak susah pun untuk dia jatuh suka dengan Meeta bila mereka berdua serasi bersama. Sayangnya Meeta dalam perjalanan ke Goa sebagai transit sebelum dia ambil PhD dan buat research dalam fizik di China. Nikhil kemudiannya bercinta dengan Meera (Adah Sharma) yang cantik dan kaya. 7 tahun kemudian Nikhil bertemu kembali dengan Meeta dan dia mula mempersoalkan keputusan dan pilihan hidupnya. 

9. 2 States (2014)

Director : Abhishek Varman

Writer : Abhishek Varman, Hussain Dalal

Cast : Arjun Kapoor, Alia Bhatt, Ronit Roy, Amrita Singh, Revathi, Shiv Kumar Subramaniam

Krish (Arjun Kapoor) berjumpa dengan pakar psikatri sebab rasa lemas dan serabut hingga nak bunuh diri kerana percintaan dia bersama Ananya (Alia Bhatt). Percintaan antara 2 negeri yang berbeza budaya, warna kulit dan bahasa timbulkan banyak pergaduhan antara dua buah keluarga. Diadaptasi dari kisah cinta penulis novel Cheetan Bhagat. 

10. Humpty Sharma Ki Dulhania (2014)

Director : Shashank Khaitan

Writer: Shashank Khaitan

Cast : Varun Dhawan, Alia Bhatt, Sidharth Shukla

Kavya Pratap Singh (Alia Bhatt) ditunangkan dengan NRI dan permintaannya cuma satu, untuk pergi ke Delhi mencari lehenga rekaan Manish Malhotra. Di sana dia berjumpa dengan Rakesh "Humpty" Kumar Sharma (Varun Dhawan), pelajar kolej yang nakal. Movie ni adalah tribute kepada movie Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. 

11. Khoobsurat  (2014)

Director : Shashanka Ghosh

Writer : Indira Bisht, Juhi Chaturvedi

Cast : Sonam Kapoor, Fawad Khan

Mrilanini "Mili" Chakravarty seorang fisioterapi yang bekerja dengan kumpulan kriket, Kolkata Knight Riders. Dia mendapat tawaran untuk bekerja di istana tapi bukan mudah untuk dia menyesuaikan diri di sana dengan perangainya yang clumsy dan bising. Lama kelamaan dia jatuh cinta dengan putera raja tapi adakah cinta dia akan diterima? 

12. Tamasha (2015)

Director : Imtiaz Ali

Writer : Imtiaz Ali

Cast : Ranbir Kapoor, Deepika Padukone, Piyush Mishra, Javed Sheikh, Vivek Mushran

Percutian di Corsica menemukan Don (Ranbir Kapoor) dan Mona Darling (Deepika Padukone) dengan naratif penceritaan yang dicipta oleh Don supaya mereka berdua tak stuck dalam perjumpaan tipikal. Lagipun tak mungkin mereka berdua akan berjumpa lagi di India. Tapi takdir menemukan mereka berdua dengan karakter sebenar dalam kehidupan sebenar. 

13. Shaandaar (2015)

Director : Vikas Bahl

Writer : Anvita Dutt Guptan

Cast : Shahid Kapoor, Alia Bhatt, Pankaj Kapur, Sanah Kapoor, Vikas Verma, Niki Aneja Walia, Sushma Seth, Sanjay Kapoor, Shibani Dandekar

Keluarga Arora akan mengahwinkan anak perempuan sulung mereka, Isha Arora (Sanah Kapoor) dengan Robin Fundwani (Vikas Verma) dek kerana business deal untuk syarikat Shaandaar bersama Fundwani. Mengikut Akta Syarikat, keluarga Arora telah pun diisytiharkan bankrap dan satu-satunya jalan keluar dari status ni adalah dengan berkahwin dengan keluarga kaya. Dari perkahwinan ni, perancang perkahwinan yang kacak, JJ (Shahid Kapoor) jatuh cinta dengan Alia Arora (Alia Bhatt).

14. Dil Dhadakne Do (2015)

Director : Zoya Akhtar

Writer : Reema Kagti, Zoya Akhtar

Cast : Anil Kapoor, Shefali Shah, Priyanka Chopra, Ranveer Singh, Anushka Sharma, Farhan Akhtar, Vikrant Massey, Ridhima Sood, Rahul Bose

Keluarga Mehra adakan sambutan ulangtahun perkahwinan di atas cruise mewah supaya dapat mencari investor merangkap keluarga besan kepada anak bujang mereka. Malangnya Kabir (Ranveer Singh) jatuh cinta dengan penari bernama Farah Ali (Anushka Sharma). Ayesha (Priyanka Chopra) pula nekad untuk bercerai tambahan pula bila Farhan muncul kembali. 

15. Pyaar Ka Punchnama 2 (2015)


Director : Luv Ranjan

Writer : Rahul Mody, Tarun Jain, Luv Ranjan

Cast : Kartik Aaryan, Nushrat Bharucha, Sonnalli Seygall, Ishita Raj Sharma, Omkar Kapoor, Sunny Singh

Dengan tagline 'Love is injurious to health', 3 jejaka terfaktab hidupnya setelah bertemu 3 orang gadis cantik dengan ciri-ciri idaman yang mereka inginkan. 

16. Fitoor (2016)

Director : Abhishek Kapoor

Writer : Abhishek Kapoor, Supratik Sen

Cast : Tabu, Katrina Kaif, Aditya Roy Kapur, Aditi Rao Hydari, Ajay Devgn, Lara Dutta

Diadaptasikan dari Great Expectation karya Charles Dicken (1861) dengan berlatarbelakangkan kehidupan di Kashmir bila Noor (Mohammed Abrar Sheikh) mempunyai bakat yang besar dalam seni tapi hidup miskin bersama pakcik dan kakak dia. Pendapatan keluarga mereka bergantung kepada pakaian yang dijual dan juga kerja-kerja bertukang di rumah Begum Hazrat (Tabu). Di rumah Begum, Noor jatuh cinta dengan Firdaus (Katrina Kaif) sejak kecil. 

17. Bareilly Ki Barfi (2017)

Director : Ashwiny Iyer Tiwari

Writer : Nitesh Tiwari, Shreyas Jain

Cast : Ayushmann Khurrana, Kriti Sanon, Rajkumar Rao, Pankaj Tripathi

Bitti Mishra (Kriti Sanon) jatuh cinta dengan cerita yang dikarang oleh Pritam Vidrohi (Rajkumar Rao) namun penulis sebenar adalah Chirag Dubey (Ayushmann Khurrana) yang baru sahaja putus cinta. Dari persahabatan mereka bertiga mula wujudnya cinta tiga segi. 

18. Jab Harry Met Sejal (2017)


Director : Imtiaz Ali

Writer : Imtiaz Ali

Cast : Anushka Sharma, Shah Rukh Khan

Harinder "Harry" Singh Nehra (Shah Rukh Khan) bekerja sebagai tourist guide di Amsterdam dan hidup membujang kerana menyampah dengan komitmen. Bila bertemu dengan Sejal Zaveri (Anushka Sharma) yang kehilangan cincin pertunangannya, Harry jatuh cinta tapi pendamkan saja perasaan dia kerana respect dengan relationship Sejal. 

19. Luka Chuppi (2018)


Director : Laxman Utekar

Writer : Rohan Shankar

Cast : Kartik Aaryan, Kriti Sanon

Di bandar kecil Mathura, parti politik berkempen supaya ban live-in relationship untuk mengekalkan kesucian perkahwinan. Tapi naak perempuan kepada ketua parti politik tersebut jatuh cinta dan cuba untuk tinggal bersama kekasihnya sebelum mereka berkahwin. Rashmi nak pastikan Guddu sesuai dengan lifestyle dia bukan sahaja bergantung semata dengan cinta. 

20. Love Per Square Foot (2018)

Director : Anand Tiwari

Writer : Anand Tiwari, Sumeet Vyas

Cast : Vicky Kaushal, Angira Dhar, Alankrita Sahai, Ratna Pathak Shah

Sanjay Chaturvedi (Vicky Kaushal) rimas bila hidup di rumah flat kerajaan yang kecil dan sempit. Sama juga dengan kehidupan Karina D’Souza (Angira Dhar) yang hidup di rumah pak cik dia dan setiap kali jiran tingkat atas hentak kaki atau melompat, rumah mereka akan berdebu. Sanjay dan Karina cuba apply rumah bersama melalui skim perumahan untuk pasangan yang baru berkahwin. 

21. Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga (2019)

Director : Shelly Chopra Dhar

Writer : Gazal Dhaliwal, Shelly Chopra Dhar

Cast : Anil Kapoor, Sonam K Ahuja, Rajkummar Rao, Juhi Chawla

Mengisahkan tentang Sweety Chaudhary (Sonam Kapoor) yang jatuh cinta dengan Kuhu (Regina Cassandra) bila berjumpa pertama kali di wedding saudara dia. Kuhu asalnya nak jodohkan Sweety dengan abang dia tapi rupanya Sweety suka perempuan macam dia jugak. Diorang mula berjumpa secara diam-diam di Delhi tanpa pengetahuan keluarga.

22. Motichoor Chaknachoor (2019)

Director : Debamitra Biswal

Writer : Debamitra Biswal, Bhupendra Singh

Cast : Nawazuddin Siddiqui,Athiya Shetty,Vibha Chibber, Navni Parihar

Anita aka Annie Awasthi (Athiya Shetty), gadis muda yang nak berkahwin dengan lelaki yang bekerja di luar negara supaya dia dapat show off depan kawan-kawan dia yang dia boleh jejak kaki ke luar negara dan kahwin tanpa bayar hantaran. Kebetulan anak jiran dia yang baru pulang dari Dubai mencari calon isteri tapi usianya jauh lebih tua dari Annie. 

23. Kabir Singh (2019)

Director : Sandeep Reddy Vanga

Writer : Sandeep ReddyVanga

Cast : Shahid Kapoor, Soham Majumdar, Kiara Advani, Arjan Bajwa

Kabir Rajhdeer Singh (Shahid Kapoor) top student di medical college Delhi dan top student ke-27 di India tapi ada masalah dengan anger management. Kabir jatuh cinta dengan Preeti yang cantik tapi pendiam. Gara-gara perangai panas baran dia, Preeti dikahwinkan dengan pilihan keluarga.

24. Malang (2020)

Director : Mohit Suri

Writer : Aseem Arrora

Cast : Aditya Roy Kapur, Disha Patani, Anil Kapoor, Kunal Khemu, Ellie Avram

Mengisahkan Advait Thakur (Aditya Roy Kapur) yang menunggu selama 5 tahun untuk keluar dari penjara dan balas dendam atas insiden pembunuhan Sara (Disha Patani) yang disengajakan oleh sekumpulan pihak polis di Goa untuk tutup kesilapan mereka. Sara dan Advait dicucuk dengan heroin berdos tinggi. Sementara Advait dipenjarakan, Sara pula dicampak dari jambatan ke dalam laut supaya tiada siapa tahu apa yang berlaku pada malam Hari Krismas di Goa.

25. Haseen Dillruba (2021)

Director : Vinil Mathew

Writer : Kanika Dhillon

Cast : Taapsee Pannu, Vikrant Massey, Harshvardhan Rane, Aditya Srivastava

Kehidupan perkahwinan Rishu (Vikrant Massey) dan Rani (Taapsee Pannu) bertukar kelam selepas kehadiran Neel (Harshvardhan Rane). Kerana malu dikutuk oleh si isteri tentang kisah ranjang, Rishu ambil keputusan untuk menjauhkan diri. Pada masa tu Neel datang menghiburkan hati Rani yang kesunyian.

3 comments

  1. i tak pernah tengok satu pun filem dalam list ni. adoi nampak sangat dah lama giler tak layan hindustan..haha

    ReplyDelete
  2. Saya bab bab filem hindustan boleh terus excited nak tengok kalau ada shah Rukh Khan. Mungkin nak try tengok yang sejal tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Semua tak tengok lagi.. Lama tak layan filem hindustan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.