Shopee | Pampas

Thursday, 19 August 2021

Bila dah ramai sangat yang beli Pampas, kita pun mula lah terjebak sekali kan? Bila ambil gambar macam kosong je tak ada props, boleh dah start beli sikit-sikit props aesthetic yang murah dekat Shopee. 

Pampas grass ni sebenarnya lalang setinggi 3 meter je pun kalau dekat negara Amerika Selatan tapi sejak lockdown ni mula jadi kegilaan di Malaysia untuk deko rumah. Kreatif lah lalang dekat belakang rumah orang Amerika tapi jadi deko hiasan dekat rumah Asia. Sama lah dengan daun semalu, semak dekat lama kita tapi comel sebagai hiasan di rumah westeners sana. 


Kebanyakan pampas grass yang dijual secara kering di Shopee berwarna coklat dan yang Pana beli pun warna yang sama jugak. Kalau dekat Amerika ada warna putih, kuning cair, ungu dan juga pink. Masa belek Shopee tak jumpa lagi yang berwarna selain coklat ni. 

Sebenarnya dari tahun 2017 dah mula jadi kegilaan dekat Instagram tapi bila dikorek-korek balik makna di sebalik tanaman pampas di laman rumah ni, jualan pampas menurun. Di UK pada zaman 1970s, mana-mana rumah yang ada tanaman pampas ni adalah jemputan untuk bertukar isteri. Tak boleh imagine kalau lahir zaman dulu, hidup jadi hamba lelaki semata. 

Nasib lah new generation buat pampas ni sebagai hiasan elegan tanpa sebarang makna dan cuma berniat untuk cantikkan rumah. T.T

Kebanyakan seller dekat Shopee akan jual dua jenis Pampas grass sama ada tinggi yang berukuran 50cm hingga 70cm, yang rendah pula berukuran 35cm hingga 49cm. Yang dalam gambar ni saiz pendek je sebab nak try dulu. Pampas ni dari kedai Azmall.my sebab penghantaran dia cepat dan pampas dibungkus dengan baik. Baca review semuanya happy dengan service seller. 

Masa tu beli 5 batang je sebab pasu kecil je nanti tak cantik pulak kalau mampat sangat sebab pampas ni suka mengembang. Dah sampai terus jemur sebab sekarang dah nak masuk musim tengkujuh so hujan lebih banyak dari matahari. Dua hari jugak lah menjemurnya sebelum letak dalam pasu. Tips nak jaga pampas grass kering ni jangan letak dekat kawasan berangin sebab nanti tertanggal, tak kembang ataupun patah. 

Bila dah guna sebagai props gambar ni memang berpuas hati lah sebab cantik. Lepas ni nak beli yang tinggi pulak letak sebelah cermin panjang. Heeee~!

6 comments

  1. Mula-mula baca ingatkan apa tadi pampas rupanya hehe. Lawa ! Memang cantik buat props untuk fotografi.

    ReplyDelete
  2. kalau dalam chinese drama mesti pampass grass ni deko yg selalu ada. nampak cantik kot bila buat hiasan kat rumah :)

    ReplyDelete
  3. Ingatkan makanan, rupanya props! Hahahaha
    Macam menarik jugakk ni sebab boleh mencantikkan gambar macam gambar ana tu :D

    ReplyDelete
  4. Pampas nie pun ada dalam senarai akak tapi bila duk fikir bebudak bulus nie, kang dibuat main, naya jea.. terus hanya save in the cart jea... hihihi tapi seriously memang cantik...

    ReplyDelete
  5. Selalu jga mengusha brg brg deko dekat shopee tuu.. pampas ni mmg lawa 😍😍

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.