Pengalaman Turunkan Berat Dengan Trufitz

Sunday, 29 August 2021

Siapa yang tak kenal Trufitz, produk supplement daripada pelakon terkenal, Fazura kan? Disebabkan selalu nampak IGstory Fazura minum Trufitz ataupun promo sales untuk produk ni, kita pun jadi terjebak sekali lah nak cuba. Betul ke 7-Day Formation seperti yang product ni claim? 


Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan produk makanan tambahan yang diluluskan oleh KKM dan mula mendapat perhatian sejak tahun 2017 ni. Trufitz ialah jus gabungan buah strawberry dan buah markisa dengan morosil yang bertujuan untuk menyingkirkan lemak secara detox. 

5 bahan utama yang terdapat dalam Trufitz adalah : 

i. Green Coffee - membantu meningkatkan metabolisme tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat. 

ii. L-Carnitine - melancarkan peredaran darah dan bagus untuk kesihatan jantung. 

iii. Raspberry Ketone - Meningkatkan penghasilan hormon adinopectin yang membantu membakar lemak dengan lebih cepat. 

iv. Beet Root - Melancarkan sistem pencernaan

v. Hoodia - Membantu untuk mengawal selera makan supaya kenyang lebih lama daripada biasa.


Diperbuat dalam bentuk juice on-the-go di mana boleh diminum tanpa perlu bancuh atau kaedah penyediaan yang lain. Buka je penutup sachet dan minum jus yang berkuantiti sebanyak 35ml sebelum makan, satu hari sekali. Boleh diambil sama ada belah pagi ataupun petang. 

Dalam satu box berwarna pink pastel ni ada 7 sachet yang dijual dengan harga RM59.00 tapi disebabkan beli masa TruDolly buat promo sales, dapat lah beli satu kotak dengan harga RM39.00 je tak termasuk kos penghantaran. 

Jadi berbalik kepada persoalan di atas tadi, betul ke Trufitz ni boleh membantu mengurangkan berat badan dalam masa 7 hari? Jawapannya betul sebab lepas minum jus Trufitz ni rasa kenyang dan minum lebih banyak air dari biasa. Bab membuang atau detox tu pun betul sebab fiber yang ada pada jus buah-buahan tu. 

Tapi turun berat tu tak lah sebanyak macam dalam testimoni yang diiklankan sebab guna pun 7 hari je kan jadi turun dalam 2kg hingga 3kg je pun. Kalau tak minum satu kotak Trufitz ni pun boleh je turun 2kg tu dengan syarat makan fiber dan minum air putih/masak/mineral/kosong 3 liter sehari. RM59.00 agak mahal jugak lah untuk dijadikan rutin harian. 

Mungkin ada yang boleh turun lebih banyak dari pengalaman I sebab jaga makan dan workout. Hasil dia ikut pada cara pemakanan dan lifestyle masing-masing lah. For me, I tak akan repeat dah sebab mahal satu hal, rasa buah markisa tu pun a bit manis dekat tekak. Tekstur jus Trufitz ni cair dan tak sticky, sesuai lah dengan konsep on-the-go tu. Anyway a good product from TruDolly dan Fazura.

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.