Director : Piyachart Thong-Uam
Writer : Piyachart Thong-Uam, Pookie Paweenut Pangnakorn, Manow Waneepan Ounphoklang, Jan Puchong Tuntisungwaragul
Cast : Araya A. Hargate, Paopetch Charoensook, Thongchai Thongkanthom, Ratthanant Janyajirawong, Paris Intarakomalyasut, Pattarasaya Kreuasuwansri, Gunn Svasti Na Ayudhya
Production Company : GDH 555
Distributor : Netflix
Genre : Comedy
Running Time : 110 minutes
Release Date : 5 December 2019
Trailer :
Selalu nampak movie ni dekat Twitter so alang-alang tengah bosan pilih la movie ni dekat Netflix. Filem yang bertemakan LGBT ni mengisahkan tentang Golf (Thongchai Thongkanthom) tanpa sengaja cederakan ratu industri hiburan negara, Cathry (Araya A. Hargate) sampai dimasukkan ke hospital. Pihak advertiser tak nak terima alasan untuk tangguh dan kemungkinan besar manager Goryah (Niti Chaichitatorn) akan disaman sebab breach contract.
Memang tak lah Goryah nak tanggung saman sebanyak 50 juta baht tu kalau bukan salah dia. Golf dengan Kim (Ratthanant Janyajirawong) cuba cari pelanduk dua serupa di klinik plastic surgery sebab trend muka Cathry tengah hot sekarang. Nasib mereka baik bila berjumpa dengan Nam (Araya A. Hargate), tukang masak nasi goreng kari di warung tepi jalan.
Semuanya serba-serbi sama seperti Cathy tapi gigi dia ada taring dan telinga lebih besar. Suara juga lebih serak dari Cathry dan berperangai kasar seperti lelaki sedangkan Cathy sopan santun dan lemah-lembut orangnya. Golf dapat idea supaya Nam diam sahaja di set nanti dan kurangkan senyum supaya tak ada yang syak. Mereka perlukan Nam untuk berlakon dalam iklan komersial satu ni sahaja untuk elakkan dari disaman.
Nak ubah Nam menjadi Cathry bukan sesuatu yang mudah bila perangai berbeza ibarat langit dan bumi. Apatah lagi fashion style dia yang jauh berbeza taste dengan fashionista Cathy yang pernah mencuri tumpuan di karpet merah Cannes.
Dalam masa yang sama Gus (Paopetch Charoensook) berbelah bahagi antara bekas kekasih dia, Top (Kritsanapoom Pibulsonggram) yang datang kembali ataupun pilih untuk bersama Win (Gunn Svasti Na Ayudhya) yang rapat dengan Jjiang (Keetapat Pongruea) sedangkan Gus tak suka kanak-kanak. Natty (Pattarasaya Kreuasuwansri) yang lesbian tergoda dengan Kim dan berusaha untuk dapatkan anak supaya boleh menjadi pewaris tunggal harta ibu dia.
Dari awal movie sampai ke hujung sakit perut gelak tengok perangai memasing selesaikan konflik kecuali Gus yang kekal tenang. Dia adalah watak utama dalam movie ni tapi tenggelam dengan watak Golf dan Kim sebab tak ada yang menarik pun tentang konflik cinta tiga segi dia. Malah konflik dia antara punca momentum komedi bertukar kepada drama yang cliché. Nasib baik lah Top, Gus dengan Win dilakonkan oleh pelakon yang handsome.
Walaupun konflik Natty kelakar dengan desperate attempt untuk mengandung tapi dilema ni yang selalu wujud dalam kehidupan LGBT. Penulis bijak dengan mengolah dan kembangkan dengan cara yang kelakar dan santai. Lagi best kalau ditambah lagi scene Natty menggoda Kim sebab scene mereka berdua menghiburkan dan mempunyai chemistry serta dinamik yang kuat.
Penggunaan visual yang menarik dengan lighting dan tona warna hangat menambahkan impak pada suasana yang ceria. Tak banyak panorama yang menarik pun sebab kebanyakan babak berlatarkan set studio ataupun di rumah sahaja. Banyak scene yang menggunakan teknik slo-mo untuk membuatkan situasi tersebut bertambah kelakar macam scene Cathy pegang tangan Golf yang berpeluh. Music score pun sesuai dengan genre yang dibawa dengan background sound yang jelas.
Mungkin ada beberapa babak dalam movie Tootsies and The Fake terbitan GDH 555 yang menggunakan slapstick comedy dan tak logik tapi tetap menghiburkan. Tertanya juga kalau ramai yang bedah muka supaya sama dengan muka pelakon terkenal, macam mana agaknya penerimaan pelakon tersebut. Nasib baik pengarah ada tunjuk pasal ni dalam scene di hujung cerita. Movie ni syok kalau tengok sekali je lah, second time layan dah jadi biasa dah.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10
Kalau cerita Thailand ada orang recommend tu maksudnya best lah tu. haha
ReplyDeleteover betul si cathry yang fake tu..haha
ReplyDeleteAduh.. boleh pula dia buat pembedahan muka sama dengan artis ye.. kikiki..
ReplyDelete