Director : Shivam Nair
Writer : Neeraj Pandey
Cast : Taapsee Pannu, Akshay Kumar, Prithviraj Sukumaran, Manoj Bajpayee, Anupam Kher, Taher Shabbir
Production Company : Plan C Studios, Cape Of Good Films
Distributor : T-Series Films, Reliance Entertainment
Genre : Action / Thriller
Running Time : 147 minutes
Release Date : 31 March 2017
Trailer :
2 tahun selepas kejayaan Baby (2015), penulis Neeraj Pandey buat prequel yang menceritakan bagaimana ejen Shabana Khan (Taapsee Pannu) sertai organisasi rahsia ni. Dalam setahun mereka menilai 15,000 orang calon ejen wanita dan finalize hingga 4 orang dan Shabana dipilih berdasarkan skills dan kekuatan dia.
‘National defenses have two faces. One which is visible to all, like the army, navy and the air force which are legitimate, recognized institutions. Their work is appreciated, acknowledged and felicitated. They have a uniform, a designation and are respected. They are the pride of the nation. And the other is us. We work in anonymity. No uniform, no designation. The only silver lining that what we do is even beyond their comprehension. Life is bad and death is even worse.’ - Ranvir Singh (Manoj Bajpayee)
Bermula dengan tragedi kematian Jai (Taher Shabbir), Shabana dapat tawaran untuk segala maklumat yang dia perlukan dan juga bantuan untuk menuntut bela atas kematian kekasih dia. Dengan syarat, selepas selesai misi balas dendam tersebut, dia perlu selesaikan pula misi organisasi tersebut dengan membunuh Mikhail (Prithviraj Sukumaran) yang dikehendaki oleh Interpol juga India. Shabana setuju dengan tawaran tersebut. Tak ada pilihan pun sebenarnya sebab kalau dia reject, dia akan dibunuh sebab dah tahu tentang organisasi tu.
Team production untuk movie Naam Shabana terbitan Plan C Studios dan Cape Of Good Films ni berbeza sangat dengan team Baby. Even pengarah pun tak sama bila Baby adalah arahan Shivam Nair dan bukannya Neeraj Pandey sendiri. Bila sentuhan berbeza, hasilnya pun berbeza lah. Jalan cerita agak bosan ditambah pula dengan watak Shabana yang tak dikembangkan dengan baik.
Visual dari Sudheer Palsane mencacatkan lagi naskhah action thriller ni bila kebanyakan stunt tak dipaparkan dengan baik. Tak ada elemen saspen dimasukkan macam scene Shabana lompat dari rooftop ke rooftop bangunan sebelah untuk kejar suspek. Next scene we know dia dah ada dekat rooftop bangunan sebelah. Movie ni untuk wujudkan rasa kagum pada ejen Shabana macam mana Neeraj hidupkan perasaan tu pada ejen Ajay (Akshay Kumar) dalam Baby. Tona warna pada beberapa scene dan beberapa technical glitch pun mengganggu screenplay.
Kalau dalam Baby, pengarah tak tekankan sangat music album, kali ni T-Series letak 3 buah lagu yang menarik untuk tarik perhatian audience. Kerjasama komposer Rochak Kohli dan Meet Bros menggunakan penyanyi bersuara emas Bollywood dengan lagu balada berjudul Rozana untuk scene percintaan antara Shabana dan Jai. Lagu Zubi Zubi dan Dil Hua Besharam catchy. Sesuai lah dimasukkan bila jalan penceritaan berubah kepada bosan. Ada cameo dari Elli Avram pulak tu.
Walaupun movie Naam Shabana ni lemah dan tak mencapai expectation tapi jealous dengan kawan sebab dia berjaya jumpa Akshay Kumar masa diorang shooting di area Kuala Lumpur. Kebanyakan lokasi dalam movie ni bertempat di Melaka, KLIA, Petaling Street Kuala Lumpur dan Lucknow, India. Tak tahu la kenapa tak dapat jin masa tu, kalau tak dah boleh jumpa Akshay Kumar dengan Elli Avram. Haihhh
Dengan kegagalan movie Naam Shabana di box office, mungkin tak ada dah kot installment baru untuk franchise yang bertemakan hero tak didendang ni. Sayang lah sebab one of promising franchise dengan tema yang bagus tapi tak dijaga dengan baik. Kisah Shabana ni pun diambil dari kisah undercover agent sebenar di India. Neeraj kata boleh jadi in future dia akan release new installment kalau dia rasa nak release. Tsskkk
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10
Alamak filem action tapi action stunt tk banyak tak syiok lah gutu. heheh
ReplyDeleteAduh.. sayangnya.. First film okay.. bila second jadi macam ini pula..
ReplyDeletemaybe next okay balik kot.. Tapi mungkin dah tak ada sebab yang ini tak okay..