Dari Khamis lepas nampak kawan dekat Twitter retweet updates dari account Popcat pasal kedudukan Malaysia dekat website tu. Curious betul apa yang netizen Malaysia dok berlumba sakan sangat dari siang membawa ke malam. Masa tu nampak ranking Malaysia dekat nombor ke-14 tup tup esoknya dah naik ke tangga kedua! Ramai jugak yang celebrate dapat silver medal katanya.
Sebelum tidur saja lah gatal tangan buka website Popcat ni. Cara nak join mudah je klik je dekat kucing tu. Bila mulut dia ternganga dan keluar bunyi pop maka satu klik dikira. Tak perlu daftar ataupun log in. Setiap klik akan dikira mengikut vpn masing-masing. Kalau buka melalui vpn Malaysia maka klik akan dikira di bawah negara Malaysia lah. Kalau ada yang rajin pergi tolong negara lain, dipersilakan juga.
Website Popcat ni dibina oleh saintis komputer dari University of Sheffield - Joshua Rainbow, Edward Halls dan juga Freddy Heppell. Tak pasti projek yang bermula pada Disember 2020 ni untuk apa tujuannya. Yang pastinya website ni viral sejak April 2021 kemudiannya makin menggila minggu ni.
Apa ganjaran yang netizen Malaysia akan dapat kalau menang tempat pertama/kedua/ketiga? Tak tahu. Tapi kalau saja-saja main nanti jadi gian lepastu tangan lenguh hahaha. I main benda ni masa tengok movie so tak terasa la bila klik tu. Popcat ni untuk hiburan di kala lemau dikurung terlalu lama je, jangan ada yang sakit hati ataupun jadi terpaling berguna pulak bila tengok orang lain update pasal benda viral ni. I dah berjaya pengaruh orang lain, so good luck lah siapa yang terjebak hahaha kbai.
Nampaknya negara2 Asia yang mendominasi
ReplyDeleteMemang hangat sekarang game popcat ni dekat twitter, semua pakat menyumbang tenaga duk main klik game ni. Yang guna auto click tu lagi mudahh kan, sebab tak lenguh jari kita, sebab dia auto click hahahaha.
ReplyDeletehaha, inilah bah pula popcat yang trending tu.
ReplyDeleteoh game rupanya. awal tu saya ingatkan ape lah sebab tgk status kwn ramai duk main benda ni. ketinggalan saya nie :p
ReplyDeletealaa ketinggalan pun takpe sebab game tak penting pun haha
Delete