Bila Bella Beranak

Tuesday, 24 August 2021

Tak pernah imagine macam mana jadi pusat membiaknya kucing dalam rumah ni. Geleng kepala tengok Bella bunting padahal dia muda lagi. Sebelum ni nak neuter dia tapi macam tak sampai hati pulak bila tengok kucing dekat klinik tu sampai ada yang menggigil tahan sakit. Tapi bila tengok Bella tercungap bila perut sarat pun rasa menyesal jugak. 

Lepas 2 bulan usung perut sana sini, tepat jam 11 malam tarikh 1 Ogos 2021, Bella beranak seekor demi seekor. Jangan tanya lah yang mana sulung ke tengah ke bongsu memang tak tahu sebab biar dia beranak sampai sudah je dalam kotak tu. 

Esok pagi nampak la semua anak dia ada kembar 3 ekor dengan seekor warna oren berbelang. Geleng kepala dah sebab kalau warna oren ni mesti lasak kemain. Kecik gila diorang ni masa hari kedua dengan ketiga. Pegang pun terasa lembik lagi. 



Yang oren ni kelakar jugak lah seminggu awal tu sebab warna dia pekat dekat kepala tapi habis ink bila sampai ke bahagian belakang dengan ekor. Mak dia jenis bertompok orennya so semi lasak lah. Dua minggu lepas beranak ni Bella nak cari tempat baru untuk anak-anak dia. Masalahnya dia aim almari baju. Memang tak lah nak bagi dia masuk dalam almari. Masa dia survey tu pun ada yang dah tertarik benang dah. 


Pernah sekali dia bawak semua anak-anak dia duduk dekat belakang laci almari baju. Tu kalau anak dia tersepit dekat laci memang cari pasal lah cerita dia. Tak kacau pun anak-anak dia masalahnya tapi dia yang selalu bersangka buruk. Bukan salah kitorang kalau masuk bilik tiba-tiba anak dia menjerit. 

Sudahnya cari kotak besar untuk Bella dengan anak-anak dia stay dekat dalam tu tapi tak lama pun sebab bila anak-anak dia mula dapat kaki, merata la diorang pergi. Suara memasing dah la nyaring. 


Memandangkan sekarang musim tengkujuh, semua menempel dekat dalam bilik tidur. Masing-masing tak aktif sangat pun sebab banyak habiskan masa dengan tidur je. Ada la seekor dua yang merayap sana-sini tapi sekejap je. Ada yang suka back flip. 


Diorang ni takde nama lagi sebab tak tahu jantan ke betina. Kang bagi nama jantan tiba-tiba nampak dia betina. Lagipun bukannya diorang faham lagi bila panggil nama haha. Dah la muka sama semua, macam mana nak bezakan? 

Since Bella memerlukan me time so kitorang la jaga anak-anak dia lepas diorang settle menyusu. Tak sampai sebulan lagi tapi semua dah tumbuh gigi jadi most of the time jadi tempat diorang test gigi dan kuku. Cepat betul progress diorang eh. I memang first time jaga anak kucing tengok dari keluar dari perut sampai sekarang. 

Kalau dulu tidur dengan Bella, sekarang tidur dengan anak-anak dia. Kira telinga ni dah immune dah bila diorang mengiau. Elok je tidur nyenyak macam biasa sebab penat betul dengan kerja sekarang. Penat mental. Lemau, homesick, murung semua lah ada. 


So far bila perati nampak lah yang kembar 3 ekor ni lasak sebab bapak diorang ajar main gigit sana sini pastu main aci ligan. Antara 3 ekor tu nampak lah ada yang hyper, average dengan pasif. Yang oren tu macam shy shy cat sebab dia suka menyorok bila diorang bertiga ni bergomol with each other. Kadang tu dia lagi suka tidur daripada berjalan merata. Pastu anak mak, menyendeng je kalau Bella ada sekali. Dah la paling comel, so galeri handphone memang penuh dengan gambar dia je :')


Mata diorang semua follow mata bapak padahal mata Bella cantik jugak lah warna kuning jingga. Bila dia tenung sebab berdendam tak bagi makanan yang dia suka, keluar lah mode mata ular dia. Sayang anak-anak dia tak ada pun yang mewarisi mata tu. Semua mata warna biru cair. 

Buat masa sekarang ni tak ada perancangan lagi nak bagi orang, nak lepas ataupun nak bela sebab 4 macam banyak sangat. Padan muka tak neuter awal-awal haha tapi besar kemungkinan bela je lah. Nangis lah nak vaksin, neuter dengan suntik cacing untuk semua. Wish me good luck. 

7 comments

  1. Heee.. Comel ja semua kittens tu.. Akak baru bela kittens... Besar skit dari ni.. Vet ckp maybe dalam 2 bulan... Mmg manja sgt dgn anak2 semua... Geram bethol

    ReplyDelete
  2. Alolo comeynya... time kecik² nie memang suka tengok gelagat diorang tapi bila dah besar Ya Allah... ada jea akal diorang.. 😂

    ReplyDelete
  3. eeee gerammmm! comel betul!
    saya pun baru je neuter kucing, sebab takut tak terjaga kalau banyak sangat kucing xD

    ReplyDelete
  4. si oyen mmg bukan calang2 kan.. cantik2 anak2 bella

    ReplyDelete
  5. Cute jeee. Cantik putih tu. Good luck bela oyen hahahahah

    ReplyDelete
  6. Ya Allah comelnyaaaa! Jaga jaga, gangster kampung tuu ada sekor warna oren tuu hahahaha. Tapi biasa oren ni jantan. Tunggu besar sikit, nampak la ada fishball ke tidak dekat ekor mereka hahahaha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.